Cara Betul Guna Keyboard dan Mouse
Kalau dah gila blogging tu semestinya kawan karib kita adalah encik keyboard dan jugak cik mouse. Takde diorang agak leceh la nak blog kan? Kecuali untuk orang yang selesa guna touchpad dekat laptop boleh la abaikan cik mouse. Tapi bagi aku guna mouse lagi senang walaupun aku taip entri ni guna laptop. Masing-masing punya citarasa mengikut keselesaan
Hari tu blogwalking ke blog budak pink yang comel ni. Masuk ke blog dia teringat Hello Kitty hehe. Kecik-kecik dulu aku suka tengok kartun Hello Kitty versi Jepun kat NTV7. Jangan ingat orang laki tak boleh suka Hello Kitty haha. Hello Kitty buat aku tertarik dengan bahasa Jepun lembut yang digunakan. Setiap episod Hello Kitty mainkan watak yang berbeza-beza tapi mempunyai sikap yang sama, suka menolong. Dah la comel, lembut tapi cerdas, suka tolong orang lain pulak. Skang ni dah takde ek Hello Kitty kat tv? Eh, dah lari dari topik ni. Budak pink yang comel sorang ni sepatutnya buat entri pasal Hello Kitty hehe.
Ok kembali ke landasan yang betul.
Tahukah korang nak guna keyboard dengan mouse pun ada caranya. Tak kena kedudukan tangan kita boleh bawa padah. Boleh dapat penyakit Carpal Tunnel Syndrome. Apa kebendanya tu? Boleh ke blog budak pink yang comel ni kalau nak tau macam mana rupanya penyakit tu.
Dalam entri ni aku nak tunjukkan kedudukan sebenar tangan kita semasa menggunakan keyboard dengan mouse. Thanks babygirl pasal perkongsian ni. Saya publish sket kat sini ye eheh. Sharing is caring rite
Ni kedudukan tangan yang betul semasa nak ketuk-ketuk keyboard.
Yang ni pulak kedudukan lengan yang betul masa nak sorong tarik mouse.
Nak pegang mouse tu mesti betul. Jangan seksa tangan sendiri.
Jarak komputer dari pandangan mata kita pun penting. Kalau tak mesti selalu rasa sakit kepala.
Padanlah tangan aku kadang-kadang rasa sakit bila guna laptop. Masa guna PC kat bilik kerja tak rasa sakit pulak. Mungkin sebab atas meja, cara duduk dengan sudut lengan pun sama macam dalam gambar kat atas. Tapi bila guna laptop selalunya aku duduk kat ruang tamu sambil tengok tv. Laptop atas meja kopi, mouse kat atas lantai. Biasanya aku duduk atas lantai sambil menyandar kat sofa. Belakang aku mudah sakit kalau duduk atas sofa membongkok guna laptop.
Kalau hari-hari amalkan cara yang salah macam ni, haih, entahlah macam mana nanti. Takut betul aku kalau dapat Sindrom Carpal Tunnel huhu.
2 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






Ergonomic
[Reply]
Kedudukan Tangan yang Betul Guna Keyboard dan Mouse | Amirez {dot} com…
Kalau dah gila blogging tu semestinya kawan karib kita adalah encik keyboard dan jugak cik mouse. Takde diorang agak leceh la nak blog kan? Kecuali untuk orang yang selesa guna touchpad dekat laptop boleh la abaikan cik mouse. Tapi bagi aku guna mouse …