Cara Membakar Dengan Mudah
Asal hujung minggu je aku sibuk. Asal hujung minggu je aku busy. Asal busy je hujung minggu. Baru hari ni dapat jamah Internet, itu pun dah lewat petang. Semalam bos bagi cuti sebab kerja Sabtu dengan Ahad tapi Cik Maxis BB berjalan ke ofis pulak. Malaih nak pi ambik.
Semalam main bowling kat One Utama, aku tengok je sebenarnya eheh. Bagi can kat 3 orang kawan lepaskan gian. Kalau aku sorang je yang strike malu pulak diorang eheh. Lepas tu karaoke dua lagu; Itu Kamu dengan Belaian Jiwa sebelum layan panggung cerita Shinjuku Incident. 1:30 pagi baru sampai rumah. Hish, jarang sangat dibuat aku begitu.
Kali ni bukan nak review cerita Shinjuku Incident yang bagi aku agak menarik sebab membuatkan kita berfikir dalam sedalamnya tentang isu perkauman. Aku cuma faham dengan fahaman aku sendiri. Kalau buat review, takut tersilap mesej pula. Padanlan cerita tu diklasifikasikan 18PL. Budak² jangan tengok, nanti terpengaruh.
Baik. Mari ke tajuk sebetulnya iaitu aku ingin mengajar bagaimana cara untuk membakar (burn) dengan mudah tanpa memasang (install) sebarang perisian lain seperti Nero contohnya. Cuma menggunakan perisian yang sedia ada dalam komputer masing².
Burn Dari Windows
Kaedah ni senang sebenarnya. Apa yang perlu dibuat ialah:
Langkah 1: Masukkan CD atau DVD kosong ke dalam CD-ROM. Mesti kena tahu yang CD-ROM itu boleh burn file (CD/DVD Writer). Kalau tak, bertahun² buat pun takkan dapat burn punya huhu.
Langkah 2: Buka folder yang mengandungi file yang hendak diburn. Klik file tersebut lepas tu klik pada Copy this folder macam gambar kat bawah ni. Sebagai contoh aku nak burn folder SMK TTDI Jaya ni ke CD.
Langkah 3: Senang je ni. Pilih je drive bagi CD/DVD Writer korang macam gambar kat bawah. Lepas tu klik butang Copy.
Lepas tu file tadi akan dicopy dulu tapi belum siap lagi proses burn kita. Ada lagi satu step untuk selesai.
Langkah 4: Buka My Computer, kemudian klik pada drive CD/DVD Writer korang. Tetingkap berikut akan terpapar. Klik je Write these files to CD. Lihat gambar berikut:
Langkah 5: Tetingkap wizard akan terpapar macam kat bawah. Taip je apa yang korang nak taip. Sebaik-baiknya taiplah nama file tersebut. Kemudian klik butang Next.
Maka, siaplah sudah proses membakar file ke CD eheh. Cuma tunggu proses writing siap je. Senang je.
Next time aku akan buat tutorial untuk burn file menggunakan Windows Media Player pula
Selamat mencuba!













April 28th, 2009 at 11:47 pm
huhuhhu… thanks bro.. hang
mengingatkat aku kembali pasal perkara ni.
memang dulu ada pakai… tapi bile asyik
dok mengharap kat nero.. so lupe taknik asal~
Azman Ishaks last blog post..Disebalik ZIPPO
April 29th, 2009 at 10:21 am
afwan bro.
aku pun baru teringat cara ni.
selalu duk guna nero sampaikan cara mudah dilupakan.
ari tu lupa nak install nero, kelam kabut nak burn cd urgent. padahal bleh je guna cara ni haha
May 2nd, 2009 at 2:01 pm
aku ingatkan bakar sampah tadi..
hahah…
aku selalu guna method ni…
jimat space hard disk aku dari install nero…
May 4th, 2009 at 6:45 am
haha.. aku ingat hang nak bakar mayat tadi.. huhu…
nero aku dah problem.. huhu..
May 4th, 2009 at 8:48 am
mayat? tgk dpn mata pun takut apatah lg membakarnya haha.
nero aku pun prob huhu
May 4th, 2009 at 11:03 pm
ceh. ingat bakar ape la tadi. :p
July 4th, 2009 at 4:48 am
adoii..
title die…
ingatkn nk belajr buat unggun api ke..
haha.. lol…
=p
July 6th, 2009 at 7:30 am
haha. tp ada satu kaedah utk membakar dgn mudah.
betul2 punya..tak tipu.
kalau jupe video tu nati sy post baru
July 6th, 2009 at 7:35 am
okeh.. waiting for that post..