Cara Mengelakkan OpenDNS pada Firefox
Tajuk entri kali ini buat aku terkenangkan blog asal berdomain amirez.com sebelum kewujudan blog yang kau lihat sekarang ini, yang lebih tertumpu kepada tips dan masalah² yang melibatkan komputer dan Internet. Kenapa aku berpaling tadah menukar style, tema atau fokus blog dari bentuk hal² yang berkaitan dengan komputer kepada bentuk sekarang ni, sila baca di sini dengan duduk bersila. Lagi best.
Tersebut pasal fokus blog, aku rasa fokus asal blog ini dah terpesong sikit. Sepertimana title bagi blog ini; Lafaz Yang Tersimpan, rasanya makin lama aku menekan keyboard meluahkan sesuatu, makin lari dari makna asal title itu sendiri. Tapi takpelah. Aku guna title tu sebab aku suka lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada UNIC eheh.
Ops, terpesong lagi. Terus ke tajuk.
Penggila si Musang Berapi boleh teruskan bacaan. Bagi pencinta Internet Explorer atau pelayar web yang lain, jangan buang masa dengan membaca entri ini. Sila baca entri lain. Atau pergi baca surat khabar jauh² eheh.
Ini kali kedua aku jadi sakit hati bila menggunakan Firefox. Apa kejadahnya keluar OpenDNS ni bila taip nama web kat address bar? Sepatutnya boleh terus ke web tersebut. Buat pengetahuan am bagi siapa² yang belum tahu, korang tidak perlu menaip penuh alamat sesuatu web di ruang address bar, memadai dengan nama web tersebut. Contoh, nak pergi ke web Maybank2u cuma perlu taip maybank di ruang address bar, korang akan dibawa terus ke website Maybank2u tanpa banyak soalan pak imam. Jelas? Tapi OpenDNS ni buat aku naik menyampah, ditambah pulak dengan Internet yang lajunya macam siput sedut. Rugi klik je.
Tapi 15 minit lepas aku jumpa jalan penyelesaiannya haha. Hanya perlu godek² sikit setting Firefox ni. Macam ni cara membuatnya…
- Buka Firefox, taip about:config di address bar dan tekan ENTER.
- Satu mesej amaran keluar, klik je butang I’ll be careful, I promise!.
- Akan keluar banyak variable, jangan usik apa² kalau belum cukup ilmu di dada.
- Pada ruang Filter kat atas tu, taip perkataan keyword.
- Double click keyword.URL yang terdapat dalam senarai.
- Tukar isinya kepada http://www.google.com/search?btnI=I%27m+Feeling+Lucky&q= dan tekan OK.
- Masalah selesai.
Try jangan tak try
6 Comments
Leave a comment
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






hahaha… dah tertekan x leh undur rrr…
brads last blog post..Catatan Penutup vii
[Reply]
yesus tu mmg jesus la, banyak jer jumpa petikan2 guna allah yesus kalau kita rajen masuk web2 indon. bagi kita Allah itu Allah Tuhan Yang Esa. mungkin bagi diorang allah itu sebagai gantinama tuhan. tapi elok la nyanyi lagi lain kalau nak nyanyi… matahariku ke. hehe…
ala, kat sanun kan caca-marba jer adanya. kalo x masakan yg kristian kawen yang Islam (?) tanpa tukar agama.
[Reply]
opendns tu ape sebenarnya?
xpaham lg…
humbleandmodests last blog post..bab 7: persetankan orang tua seperti uncle
[Reply]
owh. kurang jelas entri aku haha. nati aku update.
aku nak search guna google tadi dlm firefox, tapi tak terus masuk ke google, masuk ke opendns dulu. info yg dpt kurang depat compare ngan google, of course la kan haha.
info lanjut psl open dns bleh baca kat sini..tp bukan jelaskan maksud entri aku ni
http://www.labnol.org/internet/tools/opendsn-what-is-opendns-why-required-2/2587/
[Reply]
betul jugak tu kan brad.
eh..brad silap komen kat entri yg tak betul ni hehe. xpe2
[Reply]
terlajak perahu tak leh undur.
terlajak tekan..bleh je undur lg hehe.
kan ada button delete
[Reply]