Cara Mengetahui Handphone Anda Original Atau Tidak

Harga handphone sekarang ni kalau nak diikutkan taklah mahal sangat. Dulu handphone monotone warnah hitam putih pun boleh cecah harga RM600 hingga RM1000, contohnya Nokia Butterfly. Sekarang ni yang monotone tak sampai pun RM100 dah boleh dapat.

Tak kisah korang beli handphone jenama atau model apa pun, tapi adakah korang tahu handphone yang korang beli tu original atau tak? Berikut adalah satu cara senang untuk mengetahuinya dengan hanya mengesan melalui nombor IMEI handphone korang.

  1. Taip *#06#
  2. Nombor IMEI (International Mobile Equipment Identity) akan tertera pada skrin
  3. Perhatikan nombor IMEI yang berada pada kedudukan ke-7 dan ke-8

Contoh: 358671017470473

Daripada nombor IMEI kat atas, perhatikan nombor pada kedudukan ke-7 dan ke-8 iaitu 01. 01 tersebut adalah kod pengeluar handphone. Berikut pula adalah maksud kod tersebut:

  • 02 atau 20 (Dari China) – KUALITI RENDAH
  • 08 atau 80 (Dari Jerman) – KUALITI SEDERHANA
  • 01 atau 10 (Dari Finland) – KUALITI TERBAIK
  • 00 atau 03 atau 04 (Dari kilang asal) – KUALITI SUPER DUPER TERBAIK!
  • 13 (Dari Azerbaijan) – KURANG BERKUALITI DAN MERBAHAYA

Macam mana? Dah check nombor IMEI handphone korang?

Galaxy S II saya berkod 04. Handphone Nokia isteri saya berkod 01, logiklah Nokia dikeluarkan dari Finland. Tapi yang peliknya Blackberry Torch isteri saya pun berkod 01. Daripada maklumat yang saya dapat Blackberry dikeluarkan oleh Canada (Grade A – best quality), Mexico (Grade B – second best quality) dan Hungary (Grade C – low quality). Dah musykil dah mana satu yang betul.

Saya kurang pasti sejauh mana betulnya kod ni. Sesiapa yang tahu tu mohon sangat dapat share kat sini.

Jadi, handphone korang kod berapa? :D

Kredit: Faridah Nazuah

109 thoughts on “Cara Mengetahui Handphone Anda Original Atau Tidak

  1. Snang je nk check samsung ori ke x .. Rase nye ramai yg da tau code samsung nie *#0*# . . ..kalau ori pasti akan kluar LCD TEST” ,n sma gx kalau mde korea. . . .tpi kalau china error terus.haha

  2. nah, saya punya galaxy s2, tetapi tidak bisa chek IMEI dan ternyata itu tertulis di pcb kod 00 made in korea, saya pun beli di korea. Sama halnya dengan nokia s60 saya pun made in korea Imei 01, beli pun di korea. Nah, 1 lagi ini nokia adik saya kod 05 made in india beli di Indonesia. 1 lagi kemarin baru beli samsung galaxy y, itu pula kod 05 made in vietnam beli di indonesia. Saya ambil hipotesa. Mungkin kod 05 itu dari pabrik pembantu atau kerja sama, dengan kata lain bagian-bagian produk ini dibiuat di beda negara. Misal baterai itu pasti china. Ic itu pasti korea, japan, canada. Dan finising inilah yang jadi “patokan MADE IN. . .”.
    Yang bahaya itu jika ilegal, jika rusak siapa tanggungjawab?

    Pendapa saya demikian.

  3. assalam., nak tanya., kat sini dah check dia cakap imei need to be registeres. please request your phone retailer to activate E-Warranty.
    macam mana tu? boleh tolong?

  4. just tengok semua org da mula peng..so kat sini sya nak bgtau perbezaan model2 ori @ tidak..

    memang la dr imei kod, tp korang xterfikir ke,software,body diorang bleh ciplak,inikan pula sticker imei kod tu..

    nak tau ori, hnya vendor je yg tau..mcm kami hanya penjual..vendor bg harga yg ori,ricon,china@korea set..so atas custemor nak yg mana..

    klu ori pling senang, MADE BY ………(jenis model) satu lg MADE IN …….(negara pengeluar) klu ricon set, MADE IN KOREA BY ….. @ MADE IN CHINA BY …….

    klu china set,terang2 sangat da china..

    hanya board PCB dalaman je yg berbeza iaitu dari segi ic n cip yg digunakan..klu china punya, ic yg xde kualiti sangat la..klu ori,kat ic tu sendiri da tertulis modelnya..cam samsung,kompom da pada ic tu tulis samsung..tp yg wajib ada pada ic tu adalah perkataan JAPAN…

    bg kami, cara pling senang,cari kedai2 yg anda yakin percaya penjualannya..biar mahal,asal berkualiti..jgn murah kononnya barang kastam,tp rupenya barang ricon..

    problemnya masa nset xhidup,kene sofware @ flash, model ricon n china xleh di flash kecuali tukar ic asal pengeluar..

    ok la,letih gak cite benda ni..jom minum dlu..sorry tuan tanah,kawe nyibuk skit..ape2 bleh je tnya, just SMS @ CALL at 0148228442..or BBpin 21F21286… SEEE YYAAAAA…

    • terima kasih bro atas pencerahan ni. nak tanya sikit, ada kemungkinan tak no imei yg kita check dengan cara dail *#06# ni sebenarnya tipu?

      pasal barang rampasan kastam ni pulak sebenarnya tak ada pun. kastam tak buat kerja camtu. macam bro cakap, sebenarnya ia barang ricon. pernah dulu dioffer oleh sorang blogger padal laptop apple murah. bila kantoi sekarang ni dia pun entah ke mana.

      • mengenai no emei yg tertera pada *#06# tu pun bleh bertukar apabila telefon bimbit tu di “FLASH”..flash ni org kampung kata format la..tetapi hal begini jarang berlaku kerana jika pihak pengeluar telefon yg x ori tu buat no imei original,pihak yg original boleh saman tau..kesimpulannya,kebanyakan bleh diterima pakai dari no emei,tp xsemua..

          • sama2..just berkongsi maklumat je..

            sya nak tambah sikit,sbb rmai yg tnya..klu 05 untuk Samsung S3 cmner lak..sya terangkan dr awal ek..contohnya,SAMSUNG GALAXY MEGA yg bakal keluar pada bulan 5 @ 6 tahun ni, emei kod yg digunakan untuk edisi pertama keluaran adalah,00 @ 01…selepas habis edisi pertama,keluar pula edisi ke-2, yg kod 04,05..n seterusnya..sebab tu rmai yg sanggup beratur panjang untuk edisi yg pertama kerana bnyak keistimewaannya..samaada harga murah,software yg terkini,n yg paling penting,phone tu dtg terus dr kilang tersebut..kadang2 klu edisi pertama ni kuar,ada vendor sanggup beratur juga kerana nak bli edisi pertama tersebut..sbb bleh jual ngn harga tinggi nt krn super duper ori la katakan..so,yg edisi ke-2 @ ke-3 n seterusnya pn ori gak,cume bkn asal dr kilang yg mula2..apabila da bnyak permintaan,kilang asal akan anto design n prototype phone tersebut ke negara yg lain bg menampung pengeluaran yg bnyak..dr situ la gunanya emei kod ni..sama gak mcm korang beli seluar levi’s, ada yg ori USA,ada yg ori SINGAPORE,n ada yg ori INDONESIA..knp yg USA lg mahal dr INDONESIA?? sbb cukai,kilang asal n kualiti..so,sama la mcm phone gak..just kualiti je yg membezakan..perbezaan tersebut leh la tengok pada kod emei,function software,body,board pcb(board hijau)..nak tau perbezaannya pula,tengok post sya yg mula2..

            ni je la serba sikit yg sya tau dr pengalaman dlm bidang telekomunikasi ni..see yaa..bye..thanks Amirez (Tuan Tanah)..

          • satu info yang sangat bermanfaat dan baru bagi saya. terima kasih banyak2 bro. insyaAllah nanti saya akan compile info bro ni untuk dijadikan satu entri khas tentang no. imei :) harap dapat izin daripada bro.

  5. Samsung tab 2 sy 05..dh sy cek imei num kt stu website yg saya tak ingat lg dh.. ^o^.. emei num mmg berdaftar TP.,, BERDAFTAR ATAS SAMSUNG GS.. itu yg pelik.. nasib buruk. ^o^

    • pernah sekali dulu member tunjuk dia beli hp HTC murah. bangga betul dia dapat beli murah. tapi yang peliknya dia tak perasan ke kepelikan pada rupa bentuk hp tu? sekali tengok je dah tau bukan ori. check punya check, China mari hehe. nyesal dia haha.

  6. hubby sy bru ja blikan fon dr kawan dy yg sesak….. xtaw china ka apa… chek 357470005665264
    ory ke?? dy tulis
    MADE IN KOREA BY SAMSUNG

    • samsung saya GT-S6102 keluar 05. cuba tengak pada bahagian belakang hp tempat letak bateri. Made In / Made By

      Contoh 1: Made In China By Nokia / Samsung / Sony ( Tak tau ori atau tidak )

      Contoh 2: Made By Nokia /Samsung / Sony ( Original )

      Banyak HP sekarang ni 05. Memang tidak diketahui 05 itu ori atau tidak.

  7. Pnh jga kna tpu,,bli N9 ,,kna china pya,,plik gk hrge mrh smcm,,ngt ke ade offer,,hm,tp skg ni bli galaxy s2 04,,alhmdulillah,,BB plk 05,,x tau dr mna,,

  8. asal kilang, hehe..tak tahula sejauh mana kesahihan kod nie tapi still legitlah kalau nak sekadar nak tahu..at least bila dapat tau hp tue ori, legalah sikit hati nie..berbaloi jugala duit keluar..haha
    Entri Terbaru arrizz » Video – I am a Nurse

    • nanti dah full bateri tu boleh try check ;) tak tahulah betul ke tak. tapi ada orang tu yang sengaja beli China punya memang betul kod IMEI dia nombor China

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge