Cara Pantas Jadikan Laptop Sebagai Wireless Router

Selepas saya memiliki Samsung Galaxy S II baru-baru ni saya explore sehabis dalam setiap fungsi dan aplikasi yang ada bagaikan orang jakun yang first time guna smartphone hehe. Siapa tak rasa bangga dengan smartphone yang mendapat anugerah telefon bimbit terbaik 2011 ni. Tapi secara jujurnya niat untuk memiliki Samsung Galaxy S II bukan untuk mengikut arus teknologi. Saya ni bukanlah jenis orang yang up to date sangat. Selagi gajet sedia ada ok lagi dan selagi keperluan masih belum terbatas saya akan kekal menggunakannya sampailah masa yang sesuai untuk upgrade. Beli canggih-manggih tapi tak guna sepenuhnya fungsi yang ada rasa macam agak merugikan dan kurang cerdik. Itu pendapat peribadi saya jelah. Lain orang lain sebab membelinya, kan?

Tak lengkap rasanya pakai smartphone tapi tak dapat test keupayaan WiFi Galaxy S II ni. Nak juga tengok macam mana paparan blog kerdil ni kat dalam Galaxy S II dengan resolusi 800 x 480 piksel. Cuma masalah yang saya hadapi sekarang ni kat rumah takde wireless router. Wireless router rosak, jadi sekarang ni cuma guna wired router. Jadi, satu cara nak dapatkan WiFi adalah dengan menjadikan komputer atau laptop sebagai wireless router. Laptoplah senang, selalunya dah ada fungsi built-in wireless. Kalau PC nak kena beli wireless adapter dulu biasanya.

Ada dua cara untuk setup laptop sebagai wireless router. Cara pertama adalah dengan menetapkan beberapa setting pada Network and Sharing Center yang boleh dicari dalam Control Panel. Cara tu sedikit panjang dan agak leceh. Cara kedua adalah dengan menggunakan Connectify yang jauh lebih mudah. Hanya install dan on sahaja isyarat WiFi dah boleh diterima pada smartphone korang.

Langkah #1: Download & Install

Download Connectify di sini terlebih dahulu. Versi Lite dah cukup memadai. Kalau rasa nak cuba versi Pro bolehlah bayar dengan harga sekitar RM100. Tapi rasanya macam tak perlu kot versi Pro ni. Korang boleh tengok perbandingan antara versi Lite dengan Pro kat bawah ni:

Connectify Lite vs Pro

Dah siap download, install macam biasa. Siap install nanti akan keluar satu paparan macam dalam Langkah #2 kat bawah ni.

Langkah #2: Tetapan

Sebaik saja proses install siap, paparan seperti gambar kat bawah ni akan keluar kat bahagian kanan bawah skrin. Kalau tak ada keluar apa-apa boleh double click pada icon Connectify yang terpapar secara automatik di bahagian desktop.

Pada bahagian Hotspot Name, secara default nama Connectify-me akan digunakan. Tapi kalau korang nak tukar kepada nama lain pun boleh. Password pula adalah password untuk Connectify (buat yang baru), bukan password router korang. Manakala pada bahagian Internet pula kalau laptop korang menerima talian Internet daripada wired router bolehlah pilih Local Area Connection. Ada juga pilihan Wireless Connection tapi rasanya tak ada gunalah Connectify ni kalau memang dah ada wireless router, betul tak? Baik connect terus smartphone korang dengan wireless router sedia ada. Ini cuma untuk kes tak ada wireless router tapi nak guna WiFi dengan menjadikan laptop sebagai wireless router untuk diterima oleh smartphone korang. Tak susah pun nak faham rasanya, kan?

Langkah #3: On WiFi Pada Smartphone

Dah siap setting dalam Langkah #2 kat atas, korang bolehlah on WiFi pada smartphone korang. Kemudian Connectify akan cuba menghubungkan antara smartphone korang dengan laptop yang dijadikan sebagai wireless router. Bila smartphone korang dah dapat signal daripada laptop, pada bahagian Clients akan terpapar seperti gambar berikut:

 

Nombor IP smartphone atau apa-apa gajet lain yang digunakan akan terpapar pada bahagian Clients ni. Kalau ada lebih daripada seorang pengguna pun kita boleh check kat bahagian ni. Berkenaan dengan jarak WiFi pula adalah antara 75 hingga 125 meter, bergantung kepada teknologi WiFi router tersebut. Senang cerita kalau dalam rumah tu duduk kat mana-mana pun boleh dapat signal asalkan signal tu tak dihalang.

Selamat mencuba dan kongsi-kongsilah kepada rakan-rakan di Twitter ataupun Facebook sekiranya tutorial ringkas ini sangat membantu ;)

32 thoughts on “Cara Pantas Jadikan Laptop Sebagai Wireless Router

  1. salam.. nak tanya gak.. sy da install connectify tu.. tp masalhnya.. hp sy x jumpe connectify saya tu.. cmne yer?? sy guna samsung galaxy w.. harap membantu.. time kasih

  2. Pingback: Cara Mudah Jadikan Laptop Sebagai Wireless Router - Oh! budu | Oh! budu

    • erm..tak pernah lagi dapat error setakat ni. dah follow step by step ke? kalau tak jadi, try uninstall then reinstall. yg lecehnya versi baru ni takleh uninstall cara biasa. kalau takleh uninstall try guna software Kingsoft PC Doctor. kalau ada apa2 masalah boleh tanya kat FB k

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge