Cara Nak Check Bil Elektrik Online

TNBSebelum ni aku bagitau cara untuk check data usage pada Maxis Broadband. Dah check belum hehe. Kali ni aku nak bagitau cara untuk check bil elektrik secara online pulak. Mungkin korang dah tahu, mungkin juga ada yang tak sedar servis ni. Sangat sesuai untuk orang macam aku yang menyewa rumah kat Selangor tapi kena bayar jugak bil elektrik rumah kat kampung. Daripada tanya makcik kat kampung bil dah sampai ke belum, baik check sendiri online kan? Lagi senang!

Ok ringkas je. Korang boleh ke TNB e-Services untuk login. Baru first time masuk? Register dulu macam biasa. Pastikan korang ada bil elektrik kat tangan untuk rujuk nombor akaun pengguna. Kalau was-was, ada link untuk korang rujuk kat web TNB tu.

Boleh jugak terus bayar direct dari TNB e-Services. Pembayaran melalui Maybank2u. Kalau takde Maybank2u boleh la ke cawangan yang berdekatan untuk buka satu akaun Maybank. Deposit cuma RM250. Dah siap akaun tu keluarkanlah balik duit korang kat ATM hehe. Oh ye, jangan lupa suruh pegawai Maybank tu buatkan akaun Maybank2u untuk korang sekali.

Senang je kan. Buat apa bazirkan minyak nak ke Pejabat Pos atau Pejabat TNB buat bayaran? Bayar dari rumah je. Tapi yang penting buat bayaran online ni korang kena pastikan segala maklumat adalah betul macam nombor akaun, nama bla bla. Sekali dah bayar susah nak dapat balik duit kita tu. Dulu aku pernah bayar bil elektrik guna satu lagi e-servis tapi bila check duit tu tak masuk ke akaun diorang. Nasib baik bila ke Pejabat TNB diorang potong mana yang aku dah bayar tanpa banyak soal eheh.

5 thoughts on “Cara Nak Check Bil Elektrik Online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge