Jul 29, 2010

Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

  • Share
  • Share

Nak pasang Google Friend Connect pada blog taklah susah. Tutorial yang akan aku tunjuk nanti boleh digunakan untuk blogspot mahupun WordPress. Tapi aku lebih spesifikkan cara memasang Google Friend Connect pada blog WordPress. Google Friend Connect ni boleh dijadikan sebagai satu cabang komuniti buat blogger. Nak join senang, syaratnya cuma perlu ada email sama ada Gmail ataupun Yahoomail. Kat blog aku ni baru je pasang Google Friend Connect sebagai widget. Aku letak kat bahagian sidebar kanan bawah sekali lepas NetworkedBlog. Takde orang pun lagi yang join kecuali aku sendiri hehe. Aku rasa sangat sangat berbesar hati kalau korang sudi untuk join kedua-duanya sekali icon smile Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

Install Google Friend Connect

Langkah-langkahnya tak rumit mana. Nak pasang pun senang. Cuma pada bahagian nak pasang pada blog ada trick sikit. Jadi teruskan membaca dan ikut langkah-langkah berikut:

1. Log in ke www.google.com/friendconnect/home untuk daftar kemudian klik pada Set up a new site.

2. Korang akan dibawa ke bahagian isi maklumat tentang blog korang macam kat bawah ni:

googleconnect1 Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

Isi macam biasa. Kat bahagian Website language tu biarkan je automatik, takde masalah.

3. Dah siap isi maknanya korang dah berjaya setup akaun Google Friend Connect. Sekarang ni tinggal proses nak ambik code untuk dimasukkan ke dalam blog. Klik pada Add the members gadget.

googleconnect2 Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

4. Ok part ni kena ambik berat sikit. Pada bahagian Width tu tetapkan berapa lebar korang nak untuk widget ni muncul kat sidebar. Maknanya korang kena tau berapa lebar sidebar korang. Satu cara senang nak tau korang buka file style.php theme korang. Lepas tu cari sidebar dan tengok pada width. Ataupun korang boleh try tambah atau kurangkan nilai width ni dalam langkah 6 nanti.

googleconnect3 Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

Kat bahagian warna tu korang boleh pilih ikut warna yang sesuai dengan warna tema blog korang.

5. Dah puas eksperimen sekarang bolehlah klik pada butang Generate code untuk ambik kod widget ni. Lepas ni kena paste dalam blog pulak.

googleconnect4g Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

6. Ok sekarang ni masuk ke bahagian dashboard blog WordPress korang. Pergi ke bahagian Appearance > Widget. Drag text widget ke bahagian sidebar dan paste kod tadi dalam widget tu macam gambar kat bawah.

googleconnect5 Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

Perhatikan pada width dalam kod tersebut. Kat situ korang kena adjust supaya betul-betul fix dengan lebar sidebar. Makin besar nilai makin lebarlah widget Google Friend Connect korang. Eksperimen sampai berjaya icon wink Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

7. Klik save dan cuba tengok blog korang pada bahagian sidebar. Kalau step yang korang buat betul sepatutnya ia akan keluar macam dalam gambar kat bawah ni:

googleconnect6 Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

Kalau ada maknanya korang dah berjaya, yeah!! Nak join pulak cuma klik pada butang Join this site. Korang diberi 3 pilihan untuk join sama ada melalui email Google, akaun Twitter ataupun email Yahoo. Senang.

googleconnect7 Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

Siap sudah tutorial ringkas ni. Penat jugak nak buat huhu. Kalau sudi bolehlah join blog ni. Dan jangan lupa tinggalkan komen kat bawah untuk aku join blog korang sama icon wink Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

pixel Cara Pasang Google Friend Connect Pada WordPress

24 Comments

  • saya perasan tinggalkan komen kat sini, tp x nampak comment luv saya…aduhhhh
    juanita´s last [type] ..Buat Baru boleh Glamer &38 kaya -D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    ada beberapa kes komen luv kita tak keluar. biasanya kalau tenet slow, komen kita akan dibanned. tu kena masuk web commentluv untuk unban semula

    [Reply]

  • Ada tutorial x nak pasal comment luv ni. Saya penin lak nak buat setting dia.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    insyaAllah nanti saya buatkan. ataupun boleh rujuk blog bro Affan kat sini http://affanruslan.com

    [Reply]

  • Selain itu saya nak tanya, bolehke kita set kat commectluv kita nak entry yng mana nampak dicomment luv kita
    juanita´s last [type] ..Buat Baru boleh Glamer &38 kaya -D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    boleh. register dulu kat web comluv, pastu pergi ke tab member. kat situ boleh set berapa banyak entri yg kita boleh pilih

    [Reply]

  • Okeh. saya da deactive a few plugin Nampak working comment luv tu. Tp sayang nye la subscribe to comment pun deactive. Nape ekk
    juanita´s last [type] ..Buat Baru boleh Glamer &38 kaya -D

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh ye ke. dah update wordpress? ataupun plugin tu perlu update

    [Reply]

  • Alamak, belum settle GWT tu blog saya ada problem. Comment box x kuar..huwaaaaaaaa
    juanita´s last [type] ..Hebat sangat ke mysuperkids nie!!!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    owh..patutlah sy tengok takde comment box. try inactivate semua plugin. pastu activate satu per satu sambil tengok comment box ada ke tak. maybe ada plugin yg tak compatible

    [Reply]

  • tau x camne nak set google webmaster tools
    juanita´s last [type] ..Hebat sangat ke mysuperkids nie!!!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    senang je. register kat web google webmaster pastu isikan url blog saudari kat situ :)

    [Reply]

  • Hi,

    terima kasih banyak2 saya da cube add & surprise. Menjadi…Tq2..suke2

    Nanti saya nak tanya camne nak wat ping back :)

    [Reply]

    Amirez Reply:

    tahniah berjaya :)
    kalau ada apa2, jangan segan silu tanya ye.
    yg mana sy boleh tolong, sy akan tolong insyaAllah

    [Reply]

    juanita Reply:

    baek nye hati awak yer. :)
    Oh yer. macamana saya nak buat autoresponse comment macam saudara amirez buat ni. Adakah ia dipanggil Pingback.
    juanita´s last [type] ..Hebat sangat ke mysuperkids nie!!!

    [Reply]

    Amirez Reply:

    autoresponse comment? yg hantar ke email tu ke? itu plugin wordpress. subscribe to comment namanya :)

    pingback ni pula macam trackback. contohnya sy tulis satu entri, dalam entri tu sy masukkan link ke blog saudari. itu namanya pingback.

    ataupun dalam wordpress ada satu box send trackback. sy boleh guna box tu dgn masukkan url blog saudari untuk bg backlink kpd saudari

    juanita Reply:

    Ok. saya da activate utk subscribe to comment. Yang utk tracback tu pun plugin dalam wp gak ker
    juanita´s last [type] ..Hebat sangat ke mysuperkids nie!!!

    Amirez Reply:

    yg trackback tu bukan plugin. memang dah ada kat dashboard > posts > add new. isi je url blog sape2 untuk bagi trackbak kepada dia

  • Terima kasih. Sangat-sangat membantu artikel ni.

    [Reply]

    Amirez Reply:

    terima kasih atas kunjungan ke sini :)

    [Reply]

  • Mula2 tak tahu memang susah. Rupa senang aje bila dah tahu kan.
    amane´s last [type] ..Keputusan akhir piala suzuki 2010 – We are the champion

    [Reply]

    Amirez Reply:

    betul tu. tiada yang susah kalau kita fikir semuanya senang ;)

    [Reply]

  • Salam.

    Terima kasih kerana panduan ini. Rupanya mudah sahaja. Sekarang nak eksperimen lagi. :-)
    Hadi Rofiee´s last [type] ..Hosting bermasalah

    [Reply]

    Amirez Reply:

    sama2. harap banyak membantu ;)

    [Reply]

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks