Cara Rasulullah S.A.W. Berkomunikasi

Rasulullah s.a.w. sangat baik dalam bertutur. Baik dalam berkata-kata. Baginda suka menggunakan lafaz dan perkataan yang begitu baik, cantik dan lembut.  Jika ada insan yang cuba menggantikan perkataan tersebut dengan perkataannya, pasti tidak akan ditemui. Sebaik-baik pertuturan adalah milik Nabi Muhammad s.a.w.

Allah s.w.t. berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w. “Katakanlah kepada hamba-hambaKu, ucapkan perkataan yang lebih baik. Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan antara mereka.”

Ayat di atas seakan-akan ingin memberitahu kita agar berkata-katalah dengan baik, kerana syaitan menggunakan pertuturan dan lafaz kita untuk menimbulkan perselisihan. Oleh itu kita lihat ramai yang menghadapi masalah disebabkan mulut mereka. Ada individu yang menggunakan ayat tertentu, tetapi disalah erti oleh individu yang lain.

Banyak teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam mendidik umatnya untuk berkomunikasi dengan baik. Jadi saya ingin kongsikan video di bawah sebagai didikan memperbaiki cara kita berkomunikasi yang lebih baik.

Salam Maulidur Rasul.

«
»

This Post Has 11 Comments

  1. Qider says:

    saya sedang berusaha melaksanakannya..
    Entri Terbaru Qider » Shaklee Omega Guard

  2. hafizmd says:

    1. Best tgk ustaz ni bercerita ttg Nabi. Mmg mudah terima. Serius best!
    2. Nabi Muhammad SAW model terbaik kita, tapi berapa ramai yg mencari model entah apa2…lebih sedih bila para ustaz juga bermulut “tak baik”….begitu mengelirukan
    3. sama2 kita berusaha mencontohi Rasululllah SAW.
    4 . thanks bro kongsi entri rohani camni…terbaiik
    Entri Terbaru hafizmd » Jadual Kelayakan Piala Asia 2015:Harimau Malaya Tempang?

  3. Mama Murai says:

    saya sebenarnya teringin sangat mengeluarkan perkataan yang baik dan indah bunyinya… malangnya saya tidak mampu berbuat demikian. suatu saat barangkali.
    Entri Terbaru Mama Murai » Bagai meludah ke langit

  4. muazfaris says:

    lau kana bainana .. uuu
    Entri Terbaru muazfaris » Responsive Theme Thesis efek SEO anda

  5. hairulafiz says:

    cara berkomunikasi mengikut sunnah nabi memang menjamin kesejahteraan ummah..
    Entri Terbaru hairulafiz » Jadual Piala FA 2013

    • Amirez says:

      masyarakat kita ramai yang berpecah disebabkan lidah. kalaulah masing2 belajar cara berkomunikasi macam Rasulullah, insyaAllah aman bahagia je rakyat Malaysia ni.

  6. TehR says:

    memang banyak yang kita mesti belajar ikut sunnah junjungan
    semua contoh ada untuk semua aspek kehidupan
    Entri Terbaru TehR » Tema Sambutan Maulidur Rasul 1434 / 2013

  7. akubiomed says:

    Salam Maulidur Rasul. Tidak sifat yang lebih baik selain jujungan besar Nabi Muhammad SAW.

Leave A Reply





CommentLuv badge