May 20, 2010

Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

  • Share
  • Share

flvdirect Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya Rasanya saya perlu cepat postkan entri ni supaya tidak ada lagi rakan-rakan yang kena serangan malware FlvDirect ni. Sekali tengok macam software video player yang biasa tetapi bila saya buat sedikit carian di Internet ramai yang tak senang hati dengan software ni dan rata-rata mengatakan ianya adalah sejenis malware.

Sebelum saya tunjukkan cara untuk uninstall atau delete software ni sepenuhnya, baik saya cerita sikit pengalaman dapat software ni.

Pada suatu hari…haha…entah macam mana boleh terinstall software ni tanpa kerelaan saya. Bila saya cancel, saya ingat dah ok. Rupanya, setiap kali login ke Windows ada satu popup message muncul yang bunyinya lebih kurang macam ni, “Your FlvDirect is outdated, please update.”. Gitulah lebih kurang. Sebenarnya panjang tapi lupa nak buat screen shot. Sebab ingat cara yang akan saya tunjuk ni tak menjadi, sekali jadi daa eheh.

Lagi satu petanda korang dijangkiti dengan malware si FlvDirect ni, search engine di web browser korang bertukar rupa seperti gambar di bawah ni:

flvdirect5 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Oh, sangat tak best huhu.

Ok. Mesti korang tak sabar nak tau cara untuk hapuskan si durjana malware ni FlvDirect ni. Teruskan bacaan…

1) Uninstall FlvDirect

Langkah pertama, uninstall FlvDirect ni macam biasa menggunakan Add/Remove Program dari Control Panel seperti gambar di bawah. Right click pada FLV Direct Player kemudian pilih uninstall.

flvdirect4 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

2) Uninstall LoudMo Contextual Ad Assistant

Apekebendanya LoudMo Contextual Ad Assistant ni? Tengok pada nama semestinya kita faham ianya merupakan satu iklan (Ad) yang terpapar dengan tak malunya di web browser kita. Pendek kata ianya sejenis Adware (advertising-supported software). Baik atau tak Adware ni saya kurang pasti. Tapi yang pastinya kita tak nak hidup kita melayari Internet diganggu dengan iklan-iklan penyibuk ni. Jadi ini yang perlu korang buat untuk hapuskannya dengan pergi ke Add/Remove Program jugak macam tadi dan right click pada LoudMo Contextual Ad Assistant dan lepas tu pilih uninstall.

flvdirect7 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

3) Tukar Search Engine

Walaupun dah uninstall 2 perkara di atas, masalah belum selesai lagi sebenarnya. Kalau korang buka Firefox atau mana-mana web browser (mungkin), Search Engine pelik yang tak pernah kita lihat sebelum ni akan terpapar menggantikan Google, Yahoo atau apa-apa saja ketetapan search engine kita sebelum ni seperti gambar mula-mula tadi.

Cara nak kembalikan search engine asal kita adalah semudah berikut:

Bagi pengguna Firefox, pergi ke Tools/Options/Main. Kemudian lihat pada kotak Home Page akan tertera http://flvdirect.iamwired.net/. Itu yang mesti kita tukar dengan url search engine asal kita. Sebagai contoh, saya tukarkan dengan Google Search Engine iaitu http://www.google.com/ atau Yahoo Search Engine (http://www.yahoo.com/).

flvdirect6 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Bagi pengguna Internet Explorer, pergi ke Tools/Internet Options/General dan ikut langkah seperti di atas.

Selesai satu lagi masalah. Tapi masih ada lagi masalah lain.

4) Ubah Tetapan Carian di Address Bar

Selain menggunakan search bar ataupun dipanggil search box, kita juga boleh search melalui address bar yang mana boleh direct ke web yang kena dengan keyword carian kita. Contoh, kalau korang taip amirez di address bar, korang akan didirect ke laman Wikipedia Richard Ramirez. Itupun kalau search engine di address bar korang ditetapkan dengan Google Search Engine. Kalau Yahoo Search Engine mungkin hasil yang korang dapat sama ataupun lain.

Erk, sila ambil perhatian ye, gambar Richard Ramirez tu bukan gambar saya hehe. Saya bukan penjenayah huhu.

Tapi kalau dah terinstall si malware FlvDirect tadi, search engine di address bar adalah melalui Ask.com. Kita tak nak Ask.com. Jadi saya akan tunjukkan cara untuk menukar kepada carian Google dan juga Yahoo.

Ini untuk pengguna Firefox sahaja. Bagi korang yang menggunakan Internet Explorer atau web browser selain daripada Firefox, saya minta maaf, saya belum lagi tahu cara untuk menukarnya. Kalau korang tahu, sudilah kiranya kongsikan di sini icon wink Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Buka Firefox korang kemudian taip about:config pada address bar. Bila keluar mesej seperti di bawah, tekan saya I’ll be careful, I promise!.

flvdirect11 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Pada bahagian Filter, taip keyword.url. Senarai tadi akan ditapis dan akan tinggal satu saja seperti gambar di bawah ni:

flvdirect9 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Right click phrase pada bahagian value tu dan pilih Modify seperti gambar berikut:

googlesearch2 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Gantikan phrase tu kepada http://www.google.com/search?ie=UTF-8&sourceid=navclient&gfns=1&q= untuk Google. Untuk Yahoo saya tak pasti pula. Mungkin cuma gantikan www.google.com dengan www.yahoo.com tapi saya tak jamin betul. Sebarang masalah selepas ini atas tanggungan korang sendiri eheh.

5) Virus Scan

Masalah belum selesai sebenarnya. Bila saya buat virus scan melalui Windows Defender (saya menggunakan OS Windows 7), terdapat dua Adware yang kita tak nak seperti gambar di bawah:

Jelas tertera di atas FlvDirect dan LoudMo ni sejenis Adware yang Windows pun klasifikasikannya sebagai satu software yang tidak dikehendaki. Apa yang perlu dibuat lepas scan, klik saja Clean system dan Adware tu pun dapat dihapuskan.

flvdirect3 Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

Boleh juga cuba scan dengan antivirus yang korang guna. Pastikan antivirus korang telah update dahulu sebelum scan. Tapi daripada pembacaan saya di Internet, banyak lagi software antivirus ataupun antimalware tak dapat detect lagi Adware ni. Saya cadangkan korang download Malwarebytes Anti-Malware ni yang setakat ni saya sangat berpuas hati dengan keberkesanannya hoho. Cukup sekadar download yang free saja.

Sekian daripada saya. Harap masalah anda telah selesai icon wink Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

pixel Cara Uninstall FLV Direct Sepenuhnya

4 Comments

Leave a comment

CommentLuv badge

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks