Panduan Pengurusan Kewangan

Cara untuk Burn File ISO ke CD

Selamat pagi semua (kalau korang baca blog ni waktu pagilah haha). Hari ni aku masuk ofis awal haha. 15 minit sebelum 8:30 tu, gila semangat hari ni. Selalunya dekat² 8:30 atau terlebih 5 minit baru aku sampai. Terlebih 5 minit tu sebab susah nak cari parking kat sini. Kalau datang awal, benefitnya (chee wah..dah lama tak sebut benefit sejak habis sekolah) boleh parking depan ofis. Jadi, hari ini aku datang awal. Perasaan datang awal ke ofis memang best sebenarnya haha.

Habis office hour nanti aku terus bertolak balik ke kampung nak uruskan hal² yang berkaitan dengan pernikahan aku nanti. Jumpa tok imam nak hantar borang kebenaran berkahwin luar mukim, susun bilik aku dengan set bilik tidur baru (ehem..ehem), jumpa dengan photographer Melayu terbaik Kelantan, bla..bla..bla. Cuti sampai hari Ahad nanti. Jadi sebelum aku tak menjamah Internet selama lebih kurang 3 hari ni, suka di sini saya maklumkan bahawa saya ingin menunjukkan cara bagaimana untuk kita burn file ISO ke CD dengan 2 langkah mudah (haha apa mengarut guna ayat surat rasmi ni??).

Pendek je tutorial ni. Jadi jangan mengarut lagi. Mari kita ke tutorial yang sebenarnya…

Langkah 1: Install ISO Recorder

Kalau tanya pakcik Google atau makcik Yahoo, banyak ISO burner yang diorang boleh bagi kat korang. Tinggal kita nak pilih yang mana je. Bagi aku, ISO Recorder v2 je yang serasi dengan jiwa sanubari aku hehe. Interface yang ringkas dan senang nak faham. Lagipun saiznya kecik je, cuma 722 KB. Apa lagi, download ISO Recorder v2 kat sini. Pilih installer yang sesuai dengan OS korang. ISO Recorder ni dah boleh support Windows Vista dan juga Windows 7.

Dah download, kemudian install macam biasa. Tak perlulah nak tunjuk kat sini kan macam mana nak install eheh.

Dah siap install, korang terus ke file ISO yang nak diburn tu. Right click tetikus yang comel tu dan pilih Copy Image to CD/DVD macam dalam gambar kat bawah ni:

Langkah 2: Copy to CD

Kemudian, satu paparan akan dibuka macam gambar berikut:

Tak perlu ubah apa², tekan je button Next dan proses memburn file ISO korang akan berjalan. Kalau tak, maknya korang lupa nak masukkan CD/DVD kosong dalam CD/DVD ROM haha.

Nanti proses memburn tu macam ni:

Haha ini pun nak tunjuk ke :P Saje je snap masa proses sedang 15% berjalan sebagai hint majlis perkahwinan aku pada 15 Februari 2010 nanti. Eheh, sempat lagi tu haha. Kad yang dibuat baru je siap tadi. Bolehlah terus bawa balik kampung petang nanti tunjuk kat mak hasil design anak sulungnya sendiri yang tak berapa menjadi kad tu haha.

Selamat mencuba ;)

Related Posts with Thumbnails

2 comments so far

  1. Wan perlis
    #1

    suka magiciso..hehe
    Wan perlis´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal My ComLuv Profile

  2. Amirez
    #2

    lum try lg tu. thx wan ;)

Leave a Reply





CommentLuv Enabled

Comments links could be nofollow free.

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

One Trackback/Ping