Nak Jadi Model Peragaan

Fuh, cita² yang jarang dicita-citakan aku haha. Ingat aku ada rupa sangat ke nak jadi model? Setakat tinggi je yang melepasi tahap tinggi minimum seorang pramugara mana cukup. Tapi entah kenapa sejak dua menjak ni timbul niat nak cuba dalam bidang peragaan. Mungkin niat aku ni mengundang keajaiban bagi sesetengah orang, lagi² mak aku haha.
Tak pernahnya dia setuju dengan cita² anak sulungnya sorang ni. Dulu aku bercita² nak jadi pilot. Ditentang habis-habisan oleh mak aku dan konco²nya iaitu nenek dan makcik² aku huhu. Atuk aku rileks je. Dia lagi suka kot kalau aku jadi pilot. Barulah cucunya ni kerja dalam bidang yang berlainan. Takdelah semua jadi cikgu je, kan?
Teringat masa belajar kat matriks dulu. Nama penuh matriks tu Kolej Matrikulasi KPM Kolej Chermai (KC), terletak di kawasan lembah bernama Serting di daerah Bahau. Tak silap lebih kurang 30Km dari pekan Bahau. Matriks tu memang strategik sangat; kiri ladang kelapa sawit yang banyak b*b* hutan, kanan lak kawasan tanaman pokok yang aku tak tau pokok apa orang situ tanam, belakang lak hutan belantara. Sangat sesuai untuk belajar. Kata cikgu² kami kat hutan tu ada harimau. Sebab tu batch kitorang belakang tu dah dipagar. Dengar cerita senior² kitorang dulu pernah mandi air terjun kecik kat belakang tu. Takde pulak timbul kes harimau datang mandi sama. Mungkin harimau tu baru daftar masuk sekali dengan batch kitorang agaknya. Eh, apahal lak cerita pasal matriks aku neh? Maaflah lari topik. Mari kita pulang ke pangkal jalan…
Atas dasar kenangan terindah di KC aku telah wujudkan satu group khas untuk bekas² tupperware student KC di Facebook. Taip ‘Kolej Chermai Alumni’ dan sertailah kami sementara penyertaannya adalah percuma haha.
KB Mall Tak Runtuh Tapi Kereta Yang Jatuh

Terkejut juga bila dapat berita dari tempat kejadian bahawasanya KB Mall runtuh sekitar 6 petang tadi. Bila diselidik rupanya bukan KB Mall yang runtuh, tetapi sebuah kereta Mazda kuning jatuh ke dalam KB Mall dari tempat parking bahagian atas bumbung dan tersepit di celah escalator hingga menyebabkan 3 kematian dan 3 orang awam yang tercedera (kalau tak silap info).
Alkisahnya, sekitar 5 petang aku melayan perlawanan perseorangan Lee Chong Wei dengan Park Sun Kwan dalam pertandingan Super Series di JB. Habis je set pertama yang dimenangi oleh Datuk Lee Chong Wei, aku terima panggilan bahawa KB Mall runtuh baru sekejap tadi. Terkejut juga. Ditambah lagi dengan fly over yang sedang (atau akan) dibina berhampiran dengan KB Mall menyebabkan kes KB Mall runtuh mungkin disebabkan oleh construction tersebut akibat daripada struktur tanah yang kemungkinan longgar. Macam² la tafsiran boleh buat, faktor hujan (walaupun KB tak hujan mana skang ni) pun boleh jadi juga.
Lalu aku hebahkan di Facebook dan menerima respon yang cepat daripada kawan² yang alert. Bukan setakat Facebook, aku hantarkan mesej kepada sesiapa saja kenalan aku di Kelantan dan menerima banyak panggilan untuk pengesahan berita tergempar tersebut. Penat menaip SMS dan menjawab telefon, sambil² menonton perlawanan set kedua Chong Wei dan Park Sun Kwan di RTM1 online. Chong Wei juara weh, memang mantap persembahan beliau eheh.
Ok. Kita kembali ke pangkal jalan.
Cincin Pertunangan & RM335.92 Hilang
Hari ni hari yang sangat sangat tidak best. Mood sangat sangat tidak stabil. Pagi tadi demam sebab semalam buat kerja seharian suntuk menghadap komputer hingga bahagian depan kepala rasa berdenyut. Empat kerja nak disiapkan serentak. Akhirnya cuma siap tiga. Lagi satu terpaksa ditunda hari lain, mungkin bukan pada hari ni. Kalau buat hari ni juga confirm dan pasti hasil kerja sangat sangat tidak memuaskan. Hari ni masuk ofis tengah hari dalam keadaan otak masih lemah.
Cincin Pertunangan Hilang
Semalam, lepas selesai menunaikan solat Isyak aku terus meraba² poket seluar mencari cincin yang disimpan sebelum ke toilet. Lima poket seluar jeans hitam diseluk, tapi cincin penuh makna tu takde. Tak cukup poket seluar, empat poket jaket pula diseluk. Pun takde. Menggagau atas meja, selak segala buku dan kertas, takde. Bawah meja, celah kerusi…cincin yang dibeli dari Tomei tu tetap tidak munculkan diri.
Badan menjadi lemah. Terasa seperti kehilangan sebelah tangan. Tidak bermaya. Mulut jadi malas berbicara. Mood muram.
RM335.92 Lesap
7 Bus Kelantan Tipu ke Final Piala Malaysia
Haha. Seronok pula bila tengok Kelantan kalah semalam. Ops, jangan pula cakap aku tak patriotik dengan negeri kelahiran mak ayah aku ni. Nak cerita pasal patriotik, mari aku mulakan dengan kisah di Tok Bali.
Dari 5hb lepas hingga 7hb aku berada di Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan atas urusan kerja. Sepanjang berada kat sana tak pernah aku lupakan akan satu pertandingan julung² kalinya buat pasukan bola sepak Kelantan di Stadium Bukit Jalil pada malam 7hb. Semangat berkobar² untuk menyokong Kelantan walaupun aku sejak dari dulu lagi sangat tidak gemar dengan prestasi pemain² bola sepak Malaysia. Tapi kerana sokongan dan sambutan penyokong² Kelantan yang sangat luar biasa kali ni hinggakan 65 ribu tiket dijual kepada penyokong Kelantan dan berpuluh² bas ditempah khas untuk membawa penyokong² Kelantan ke Stadium Bukit Jalil pada hari Jumaat. Siapa yang tak naik semangat kalau begitu punya luar biasa sokongannya kan?
Hari terakhir di Tok Bali selesai sekitar pukul 2:30 petang. Pukul 3 dah mula bertolak balik ke KL dengan menaiki Naza Ria yang dipandu sendiri oleh aku. Baru dapat berita daripada ayah kepada bos aku yang semangat nak ke Bukit Jalil pada hari Jumaat sebelumnya. Katanya dia sekadar menonton Kelantan menentang Negeri Sembilan di rumah je, bas yang ditempah tu rupanya tipu. Ada 7 buah semuanya yang ditipu, sedangkan tiket perlawanan masing² dah beli. Kasihan.
Dalam keadaan macam ni pun masih ada pihak yang nak mengaut keuntungan dengan cara senang. Manusia kalau dah otak bisnes, kerja haram pun sanggup dia buat. Kalau tak, bertambah lebih kurang 280 orang penyokong di Stadium Bukit Jalil.
Tapi bagus juga, sekurang²nya tak menyaksikan kekecewaan di depan mata sendiri hehe.
Ok sambung tentang patriotik aku tadi.
Accident di R&R Gua Musang
Baru je sampai KL. Bertolak pukul 4 petang, sampai tepat² pukul 10:30 malam. Memang dah bajet sampai waktu tu pun. Balik kampung Jumaat lepas cukup² 6 jam. Selalunya makan masa banyak tulah. Tapi kepala aku masih kehairanan macam mana balik raya puasa tahun lepas boleh drive cuma 5 jam setengah je. Dah la berenti kat Petronas setengah jam, minum² kat R&R Gua Musang lagi dalam 45 minit. Drive taklah laju sangat. Macam mustahil je boleh laju macam tu.
Masa bertolak dari kampung tadi rasa dah boring dah balik sorang². Hanya celoteh Dj dan lagu Jepun yang aku burn hari tu je jadi peneman. Kereta pulak agak banyak. Nak laju sangat pun tak boleh, sekitar 80 KM/j je bleh drive. Mata dah mengantuk dah drive slow² neh. Lebih kurang 100m dari R&R Guna Musang dah mula jem. Nun jauh di depan tak nampak apa² berlaku. Nak kata road block mustahil pulak tengah² hujan lebat neh. Mungkin accident.
10 minit nak ke tempat kejadian, memang sah ada accident. Sebelah jalan ditutup. Polis dah sampai dah. Sempat jugak aku rakam kereta malang tu. Kasihan dia. Tuannya tak tahulah macam mana. Harap² oklah. Saksikanlah sendiri keadaan kereta tu. Maaflah ye kawan² video kurang best. Masa rakam tu mata tengok ke depan eheh.
Pengalaman Pertama Menggoreng Nasi
Eheh..ini kisah orang bujang yang duduk di rumah bujang. Tiada yang tidak bujang melainkan yang bujang² belaka. Sekadar berkongsi pengalaman pertama menggoreng nasi ala orang bujang. Berapa banyak bujang daa…
Pagi tadi awal betul aku bangun, 4:30 pagi. Ayam jantan pun belum celik mata lagi. Ini semangat nak masak sahur punya pasal. Semangat sebab apa…sebab ini pengalaman pertama aku menggoreng nasik haha. Bila lagi nak try. Kalau goreng nasik kat rumah mesti mak marah sebab nasik habis hangus. Kalau try kat rumah bujang, hangus² pun diorang makan lagi. Kitorang tak kisah macam Aiman, asalkan perut kenyang bersahur haha.
Sepatutnya lepas sahur tadi dah post entri ini. Tapi disebabkan Maxis Be***band (tak baik mencarut eheh) ni slow macam tuntung, tak dapat² nak masuk blog sendiri. Lepas bukak puasa barulah laju sikit. Ananda Krishnan puasa jugakah? Haha.
Mari mulakan cerita…





