Perodua Myvi LE Merah Jambu

Perodua Myvi Limited Edition

Ramai yang duk cerita pasal kereta Myvi baru ni lagi-lagi yang berwarna merah jambu. Apa?? Merah jambu?? Haha. Sebut merah jambu atau pink mesti orang laki tak berapa suka. Tapi itu mungkin dulu. Zaman skang ni aku rasa ramai dah lelaki yang boleh masuk dengan kaler pink. Dulu mungkin, mana-mana lelaki yang suka pink mesti orang cakap lembut, atau kasar sket pondan. Jangan marah ek huhu.

Dunia berputar, zaman mula berubah. Tak lama lepas tu lelaki yang suka pink ni biasanya dipanggil jambu. Ada jugak yang klasifikasikan lelaki jambu ni mengikut muka putih bersih baby face macam kawan aku Adam hehe. Tambah pulak dia kerja kedai bunga mak dia, bertambahlah jambu si Adam tu. Ada mana-mana aweks nak berkenalan dengan dia tak? Rasanya dia solo lagi. Aku ingat lagi masa belajar kat U dulu, cuma aku dengan Adam je yang masih lagi solo ambik kursus pra-perkahwinan. Masa tu aku Tahun 2, Adam lak Tahun 3. Duduk sebelah Adam, aku pun tumpang jambu sekali haha.

Ok sambung pasal Myvi Pink ni. Perodua baru je lancarkan satu lagi ahli baru dalam keluarga Myvi pada 7 Julai 2010 lepas yang diberi nama Myvi Limited Edition (LE). Ada gak yang cakap LE tu stand for Lazy Engineer hehe. Mana taknya, dah berlambak Myvi kat Malaysia ni. Lepas tu keluarkan Myvi model baru tapi sikit je beza. Kalau SE tu bolehlah diterima. Sebelum ni keluar Myvi EE yang dalam macam Myvi SE tapi luar macam Myvi Ezi. EE bermaksud Exclusive Edition. Sebenarnya ni teknik marketing syarikat automotif untuk tingkatkan penjualan kenderaan diorang. Upgrade/downgrade sikit-sikit daripada model sebelumnya tu biasa.

Ada tiga warna untuk Myvi LE, Ivory White, Ebony Black dan warna baru Dazzling Red yang orang kata warna pink macam dalam gambar kat atas. Tapi sebenarnya taklah pink sangat, macam namanya, Dazzling Red – Merah Menyilau. Dalam gambar promo nampak pink tapi sebenarnya macam gambar kat bawah ni..

Baca lagi…

Lotus Evora Tiba di Malaysia

Kalau nak cerita terus terang aku cakap yang aku bukanlah seorang yang pandai bab-bab kereta ni. Tak pandai nak cerita apa kebaikannya, keburukannya, kuasa kudanya dan semua bagai terutama bahagian dalaman enjin. Yang aku tahu macam mana nak jaga performance kereta berdasarkan pengalaman memandu hampir 700Km dalam satu trip. Setakat ulang-alik Kelantan-Johor tu dah biasa, apatah lagi Kelantan-KL lagilah dekat. Kalau orang lain rasa lembik kaki nak drive balik kampung sehari, tapi aku tidak hehe. Bak kata makcik aku, Kelantan-KL ni macam pergi dapur rumah je haha. Pernah sekali balik kampung kat Kelantan terus main badminton  kat rumah Pak Su lepas drive selama 6 jam lebih dari KL. Apakah rahsianya? Hehe. Tiada rahsia, hanya sekadar enjoy ketika memandu. Kereta aku bukanlah best mana pun tapi bila diri kita dah sebati sejiwa dengan kereta, pemanduan kita akan jadi selesa. Tak percaya? Cuba cakap I Love You kat kereta kamu. Lambat-laun mesti pemanduan kamu rasa macam best. Diulangi, macam best!! Bukan best ye haha.

Ok. Sedia maklum pihak Proton dah melancarkan satu model baru keluaran anak syarikatnya iaitu Lotus yang diberi nama Evora. Sekali tengok memang memukau bijik mata aku. Baru semalam ikut ayah mertua ke Jalan Pudu tengok-tengok kereta. Teruja sungguh bila dapat sentuh Mazda RX-8 hitam lengkap dengan spoiler. Tengok bahagian interior pulak terbayang aku di atas jalan raya sedang drift dengan Lucas Black macam dalam Tokyo Drift hehe. Bilalah aku dapat peluang berlumba atas litar agaknya ek? Teringin sangat sangat kuasa dua. Impian aku sejak sekolah menengah lagi. Dapat berguru dengan Leona Chin best jugak hehe.

Apa yang bestnya Lotus Evora ni? Aku tak pernah tengok secara dekat, apatah lagi nak test drive. Jadi video kat bawah ni akan terangkan segala. Biasanya si Jeremy Clarkson ni suka sangat kutuk kereta yang bukan buatan Britain. Tapi dengan Lotus Evora, lebih banyak puji daripada caci. Erm, Lotus ni kat negara mana ye?

Daripada video ni kamu boleh rasa pengalaman memandu Lotus Evora. Saksikan.

Baca lagi…

Insiden di Lebuh Raya Pagoh

Fuh Penat.

Dari Utara ke Barat, ke Selatan, kemudian ke Timur. Macam jelajah satu semenanjung. Lagi 2 minggu ke Utara lagi, di Perak. Aku harap aku tak dapat pergi. Nak pergi majlis konvokesyen QUT di Hotel Nikko.

Bermula di Pendang Lake Resort, Kedah selama 3 hari. Kemudian ke Astana Dugang Country Resort di Putrajaya selama 3 hari juga. Rehat seminggu sebelum ke Kukup Golf Resort di Pontian, Johor selama 3 hari. Habis je di Pontian lebih kurang pukul 4 petang terus bertolak ke Dungun pula.

Ada cerita best nak bagitau eheh.

On the way ke Pontian. Lebih kurang 10km dari R&R Pagoh. Cuaca panas terik. Meter Naza Ria hitam dipecut dengan kelajuan 160km/j. Selesa, sehinggalah…

Baca lagi…

Proton Satria Neo CPS

proton-satria-neo-cps

Februari lepas Proton melancarkan siri minor evolusi bagi Proton Satria Neo terdahulu yang dilengkapi dengan enjin Campro CPS (Cam Profile Switching) yang diberi nama Satria Neo CPS. Keluaran siri kedua bagi Satria Neo ini ibarat ingin mengulangi kejayaan Proton Satria GTi yang menjadi kegilaan jejaka suatu ketika dahulu (aku pun hehe).

Selain enjin, Proton juga menukar dari sudut exterior kenderaan untuk menampakkannya lebih sporty dengan body kit ala² Proton Satria GTi. Manakala bahagian dalaman tiada perubahan kecuali kusyen kulit berwarna hitam berjalur merah, menonjolkan sifat orang berjiwa muda.

Spesifikasi Proton Satria Neo CPS 1.6L

Baca lagi…