Renew Road Tax Kenderaan Secara Online
Sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Dari setahun ke setahun rasa macam sebulan jarak masanya. Cuba korang check tarikh mati road tax kenderaan korang. Ntah-ntah dah nak luput dah tarikhnya, padahal baru ‘bulan’ lepas renew hehe. Biasalah. Kalau bil elektrik, bil Astro hatta bil telefon yang sampai ke rumah rasa macam dah terima bil dua kali dalam sebulan. Kalau bab gaji pulak rasa macam dua bulan belum terima gaji lagi, punyalah lama sebulan tu hehe.

Dua hari lepas aku teman isteri ke ofis ejen insurans nak renew road tax kereta yang akan tamat pada 14 Jun nanti. Macam biasa, bagi salinan geran kat ejen tu pastu tunggu dia bagitau berapa yang kena bayar. Jumlah yang dia bagitau kena bayar tu memang membuatkan kami rasa sedikit terkejut sebab mahal sangat. Hampir dua kali ganda bayar untuk tahun lepas punya. Timbullah rasa pelik kenapa mahal sangat. Ilmu pasal insurans kereta ni memang zero sikitlah. Tak tau langsung macam mana kiraannya. Yang tau, cukup tahun…bayar.
Disebabkan over budget (over expected sebenarnya hehe), kami tak jadi nak renew kat situ. Balik rumah aku buat carian sikit berkenaan dengan cara-cara nak renew road tax secara online. Aku try isi segala butir-butir yang diperlukan dan jumlah yang perlu dibayar boleh dikatakan hampir separuh lebih murah berbanding buat dengan ejen insurans. Banyak dah jimat tu. So, ini cara-caranya: Baca Seterusnya »
Nissan Menggunakan Enjin Campro
Nampaknya Proton Holding Berhad sudah mengecapi satu tahap yang sangat mebanggakan apabila syarikat pengeluar automotif Jepun, Nissan, membuat kerjasama dengan Proton untuk menggunakan enjin Campro bagi kendera-kenderaan keluaran Nissan.
Sebelum ni Proton bekerjasama dengan pihak Mitsubishi melalui penghasilan Proton Inspira, sekarang pula satu lagi produk kerjasama dikeluarkan antara Proton dengan Nissan yang sekaligus menunjukkan bahawa enjin Campro yang dibangunkan bersama dengan Lotus mempunyai kualiti yang diiktiraf pengeluar kenderaan Jepun. Sebagai permulaan enjin Campro DOHC 16-valve dipasang pada Nissan Vanette yang penjualannya sudah dibuka beberapa bulan yang lalu.
Berikut adalah gambar Nissan Vanette Campro yang berjaya ditemui di atas jalan… Baca Seterusnya »
5 Model Konsep Lotus Terbaru
Hari ni tak ada berita yang menarik dalam Buletin Utama tadi kecuali berita tentang 5 model kereta konsep terbaru keluaran Lotus. Kalau sebelum ni Lotus memperkenalkan Lotus Evora yang sudah memasuki pasaran Malaysia dan mendapat pujian daripada Jeremy Clarkson dalam rancangan Top Gear, kali ini terdapat 5 lagi kereta yang berkuasa tinggi dan memukau pandangan setiap pengunjung di Paris Motor Show 2010. Memang anggun dan elegan. Bayangkan korang memandu kereta-kereta ni dengan penuh gaya pada waktu malam di tengah-tengah kota dengan disinari lampu-lampu neon. Mata-mata memerhatikan korang tanpa berkelip. Dapat bayangkan tak hehe. Kalau dapat satu ni memang kembang hidung jawabnya hehe.

Lotus Esprit - 2 tempat duduk dengan enjin 5.0 liter V8 berkuasa kuda 620ps dan 720Nm tork, digandingkan bersama-sama kotak gear ‘dual-clutch’ 7 kelajuan. Harga yang bakal ditawarkan pada 2013 nanti berada sekitar $175,000.00. Baca Seterusnya »
Saman Ekor Memang Patut Dikaji Semula

KUANTAN: Kerajaan memberi jaminan akan meneliti dan membincangkan isu saman ekor dalam masa terdekat dengan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk beban ditanggung rakyat, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dua tiga hari ni selalu jugak terbaca atau terdengar berita pasal pengkajian semula saman ekor oleh pihak polis trafik. Baguslah, aku sangat sangat setuju. Cadangan nak naikkan kadar saman dari RM300 ke RM1000 beberapa bulan dulu memang melampau. Bagi sesetengah orang kompaun RM1000 tu memang patut dikenakan kepada pesalah had laju trafik tapi perlu fikir juga bukan semua orang memandu dengan laju untuk ‘berlumba’.
Ada orang yang terpaksa memandu dengan laju. Contohnya aku sendiri. Selalunya aku akan memandu sekitar 100 hingga 120 Km/j dalam perjalanan balik ke kampung. Sebab tu aku selalu dapat saman kat Kuala Lipis haha. 12hb ni roadtax kereta aku akan expired tapi buat masa sekarang aku tak dapat nak renew sebab kena blacklist saman tahun lepas. Selagi tak langsai selagi tu tak boleh nak renew.
Masalahnya takde surat saman pun yang sampai ke rumah. Dengar-dengar bukan aku sorang je yang dapat masalah surat saman tak sampai rumah ni. Bila sampai masa nak renew roadtax mulalah rasa tak puas hati sebab ada saman yang belum dibayar, sedangkan kita tak tahu pun kena saman ekor kat mana-mana. Kalau korang dari KL nak ke Kelantan pastikan korang cuma bawak bawah 70 Km/j kat area JPJ Kuala Lipis. Kat situlah aku selalu kena saman ekor huhu.
Nak elakkan masalah ni korang boleh check status saman kenderaan korang melalui SMS. Taip POLIS SAMAN [No. Kenderaan] kemudian hantar ke 15888. Maklumat saman kenderaan korang akan dihantar melalui SMS dengan caj 20 sen. Kalau nak lebih detail, nak tau tarikh, masa dengan tempat boleh taip POLIS SAMAN [No. Kenderaan] [Email] dan hantar ke 15888. Maklumat details akan dihantar ke email yang korang hantar tadi. Dengan cara ni nak check saman kereta jiran pun boleh hehe. Aku pernah cuba check saman kereta syarikat, ada 11 saman berjumlah RM2000 lebih haha. Dah bayar ke belum agaknya. Biasalah bab nak bayar saman ni la paling liat. Macam buang duit ke dalam tong sampah je rasanya.
Sebab-Sebab Memandu Laju
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





