Browsing articles in "Berita"
Jan 20, 2012

Ally Iskandar dan Farah Lee Selamat Diijabkabul

Personaliti TV3, Ally Iskandar telah selamat diijabkabulkan dengan isterinya, Farah Lee di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pagi tadi dengan dua kali lafaz. Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee dilangsungkan dalam pakaian pengantin serba putih dengan mas kahwin sebanyak RM250.

Menariknya, masing-masing menghadiahkan gajet pilihan masa kini sebagai hantaran iaitu sebuah iPhone daripada pihak Farah Lee, manakala pihak Ally Iskandar pula menghadiahkan sebuah Mac Book Pro selain daripada sebuah rumah.

gambar perkahwinan ally iskandar dan farah lee Ally Iskandar dan Farah Lee Selamat Diijabkabul Baca Seterusnya »

Jan 5, 2012

Konvoi Berbasikal Bersama Hot FM Kelate

Hari ni dah masuk hari ke empat Hot FM Kelate beroperasi di Kelantan dengan empat orang Dj muda yang berbakat. Sebelum 2 Januari lepas saya rasa stesen radio Hot FM dah mula putarkan lagu-lagu yang mengikut selera orang Kelantan bermula pukul 11 pagi lepas tamat segmen AM Crew. Hampir-hampir nak beralih radio dah rasanya bila dengar lagu-lagu Bollywood ke udara. Saya ni bukanlah layan sangat lagu-lagu Bollywood. Lagu-lagu rock 90-an boleh terima lagi tapi kalau dah selalu sangat dengar muak juga. Lagu-lagu selepas pukul 11 pagi ni hanya boleh dengar di Kelantan sahaja melalui frekuensi 105.1Hz FM. Sama macam THR Gegar Pantai Timur.

Tapi sejak 2 Januari lepas boleh dikatakan saya puas hati dengan penyampaian Dj-Dj baru Hot FM Kelate ni. Petah berbicara dalam loghat standard bercampur Kelantan sampaikan kadang-kadang diorang tersilap sebut perkataan. Terbelit lidah agaknya hehe. Saya rasa kalau nak cakap dalam bahasa Kelantan elok cakap sepenuhnya dalam loghat Kelate. Nak guna bahasa standard, guna sepenuhnya. Kalau nak campur-campur sebenarnya boleh tapi guna bahasa Kelantan yang distandardkan. Camana tu? Faham-faham jelah bagi mereka yang faham. Tapi jangan pula guna bahasa standard yang diKelantankan, pelik benor lak bunyinya hehe. Tapi not bad la, best jugak diorang ni. Saya suka dengar celoteh Dj Farid dengan Fizie.

yeahyeahtower Konvoi Berbasikal Bersama Hot FM Kelate

Hari Sabtu, 7 Januari 2012 nanti Hot FM Kelate akan menganjurkan program Yeah-Yeah Tour dengan berbasikal sejauh 9.6 Km yang akan bermula dari Tesco Kota Bharu pada pukul 8 pagi. 100 orang peserta pertama yang mendaftar akan mendapat T-shirt eksklusif Hot FM Kelate. Saya ingat nak join, nak ajak adik ipar sekali. Tapi bila teringat yang saya ni dah tak ada basikal dah sekarang ni, terpaksalah lupakan aktiviti berbasikal ni huhu. Dah lama dah tak naik basikal sebenarnya. Kalau tak silap tahun 2003 kot kalu terakhir saya kayuh basikal. Tunggu duit Innity cukuplah dulu baru nak beli basikal baru. Fixie mungkin hehe.

Kat bawah ni adalah peta laluan Konvoi Yeah-Yeah Tour Hot FM Kelate. Klik untuk paparan lebih besar. Baca Seterusnya »

Dec 9, 2011

Transaksi Tabung Haji Melalui Maybank

TH Maybank 1 Transaksi Tabung Haji Melalui Maybank Sebelum ini Tabung Haji bekerjasama dengan Bank Islam dan Bank Rakyat untuk sebarang transaksi melalui ATM. Terbaru, Tabung Haji membuat pakatan bersama Maybank Islamic Bhd. yang membolehkan pendeposit Tabung Haji melaksanakan transaksi menerusi rangkaian mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) kumpulan Maybank.

Lagi menarik apabila Maybank memberi kemudahan kepada setiap pendeposit Tabung Haji untuk membuat pendaftaran haji melalui rangkaian ATM Maybank yang menjadikannya sebagai bank pertama menawarkan perkhidmatan pendaftaran haji secara elektronik.

2.47 juta transaksi dicatatkan tahun lalu menerusi kerjasama Tabung Haji dengan Bank Islam dan Bank Rakyat, dan ia meningkat kepada 2.72 juta sehingga 15 November lalu.

Terdapat 6 perkhidmatan baru yang boleh dilaksanakan menerusi ATM Maybank dan CDM Maybank:

  1. Pengeluaran wang tunai dari akaun Tabung Haji
  2. Penyimpanan wang ke akaun Tabung Haji
  3. Pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Tabung Haji yang lain
  4. Pemindahan wang dari akaun Tabung Haji ke akaun Maybank dan sebaliknya
  5. Perkhidmatan pertanyaan baki simpanan
  6. Pendaftaran Haji

Servis baru ini bukanlah boleh dinikmati serta-merta di mesin ATM dan CDM Maybank. Pendeposit Tabung Haji perlu ke mana-mana pejabat Tabung Haji terlebih dahulu untuk menghubungkan akaun Tabung Haji dengan Maybank.

Dengan adanya perkhidmatan baru ini dapatlah kita buat transaksi ke Tabung Haji dengan lebih mudah melalui mesin CDM Maybank. Tak perlu lagi ke pejabat Tabung Haji yang selalunya hanya berada di dalam kawasan bandar sekaligus dapat mengurangkan kesesakan urusan di pejabat Tabung Haji.

Sumber: Berita Harian

Dec 10, 2010

Datuk Seri Najib Disaman RM1 Juta

Berita yang aku rasa sangat pelik untuk dibaca. Tak pernah lagi aku baca berita Perdana Menteri mana-mana negara disaman. Berikut adalah keratan akhbar dari Berita Harian hari ni.

KUALA LUMPUR: Peguam yang juga pemimpin Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), M Manoharan dan P Uthayakumar mengemukakan saman terhadap Perdana Menteri dan lima lagi berhubung dakwaan penahanan salah selama 514 hari dikenakan terhadap mereka mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Melalui saman yang difailkan semalam, mereka menamakan Datuk Seri Najib Razak, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Penguasa Pusat Tahanan Perlindungan Taiping, Perak dan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Saman dikenakan terhadap lima orang berkenaan atas sebab plaintif mendakwa mengalami pelbagai kesusahan, kesakitan, kehilangan, kerosakan serta pelbagai penganiayaan. Mereka juga terpaksa menutup firma guaman mereka kerana kehilangan keuntungan yang berterusan dan juga mengalami tahap kesihatan yang semakin merosot. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks