Selamat Tinggal Maxis BB

Rabu lepas saya ke Maxis Centre Kota Bharu untuk terminate Maxis Broadband E220 saya yang dah lama pakai sejak tahun 2008. Sebelum sampai ke Maxis Centre tu saya tersilap jalan gara-gara ikut cakap GPS huhu. Isteri dah bagitau dah kat mana Maxis Centre Kota Bharu tapi saya yang degil nak sangat guna GPS padahal bukannya susah pun nak cari hehe.
Saya tahu Maxis Centre KB terletak di Jalan Kebun Sultan, tapi saya tak tahu Jalan Kebun Sultan tu kat mana haha. Padahal selalu je lalu jalan tu tapi tak pernah ambik tahu pulak nama jalan tu apa. Sebelum ni tak pernah pergi Maxis Centre KB, jadi agak susah bagi saya nak cari lokasinya. Kalau nak ke mana-mana, saya cuma cam bangunan tu je, nama jalan susah sikit nak ingat kecuali yang selalu sangat sebut. Contohnya kalau orang tanya kat mana KB Mall, dengan hidung tingginya saya boleh tunjuk jalan. Tapi kalau orang tanya kat mana Jalan Hamzah, garu kepala yang tak gatal saya dibuatnya hehe. Mujurlah saya ni bukan posmen. Baca Seterusnya »
Download 200MB Dalam 12 Minit
Fuh! Kelajuan terpantas pernah aku dapat sejak menjadi pengguna Internet dari tahun 1996. Tahun 1996 dulu guna dial-up yang bising tu lagi hehe. Ok, cakap saja tak guna kalau takde bukti. Ini adalah screenshot kelajuan download menggunakan Internet Download Manager. Waktu mula download adalah pada pukul 11:08 pagi dan selesai download file sebesar 196MB pada pukul 11:20 pagi.

Transfer rate tertinggi adalah sekitar 470 Kbps, tapi tak sempat nak capture. Nilai 435 Kbps bagi transfer rate adalah kelajuan agak malar sepanjang download drama Jepun berjudul Antique Cake House tadi melalui laman file hosting Megaupload.
Harapnya kelajuan macam ni akan terus berkekalan
Korang pula macam mana? Mesti pernah dapat transfer rate yang lebih laju daripada ni.
Antara Maxis Broadband dan Streamyx
Ini dah entri ketiga untuk hari ni haha. Aktif sangat la pulak nak update selepas blog ni bersawang selama seminggu. Itulah, bila mood takde memang terasa malas sangat sangat nak update. Bila mood mari, jangankan satu, lima entri sehari pun takde masalah eheh.
Terlebih dahulu terima kasih kepada rakan-rakan yang beri komen dalam entri tensen aku tadi. Ada yang mencadangkan untuk aku gunakan perkhidmatan TM dengan melanggan Streamyx. Ok, entri ini diwujudkan sebagai penjelasan kenapa aku tak guna Streamyx kat rumah. Aku akan bandingkan dengan Maxis Broadband yang aku tengah guna sekarang ni kat stesen minyak Petronas Kuala Krai dengan liputanĀ HSDPA. Apa-apa pun perbandingan ini hanyalah berdasarkan pengalaman aku sendiri saja yang mungkin tidak ada ‘restu’ dengan Streamyx, sebaliknya mendapat ‘rahmat’ dengan Maxis Broadband eheh. Perkara ni fleksibel. Ada orang berpuas hati dengan Streamyx tapi tidak dengan pesaingnya. Harapnya jangan ada yang menganggap aku kondem Streamyx pula. Ini hanyalah pengalaman peribadi. Mungkin liputan Streamyx di tempat korang lebih baik tapi tidak di tempat aku.

Tahun 2008 dulu rumah aku pun seperti kebanyakan rumah yang memasang Streamyx. Masa tu aku langgan pakej 512 Kbps dengan bayaran RM66 sebulan, tanpa modem. Pakej lama. Sebulan pertama memang seronok melayari Internet dengan Streamyx. Hari-hari online, chatting, tak pernah putus. Bahagia la kejap hehe. Tapi bila masuk bulan kedua, talian Internet mula kurang memuaskan tapi cuma sekejap. Aku biarkan jelah sebab fikir maybe tu masalah biasa Streamyx.
Tensen Weh!!
Haha. Tak pernah pernah aku buat tajuk entri terlalu personal macam ni. Tapi serius, aku betul-betul tensen sejak semalam. Mana taknya, lagi tinggal 2% dah nak complete download jdrama Bloody Monday tiba-tiba boleh timeout pula. Ini bukan kali pertama, tapi dah masuk kali ketiga huhu. Sebelum ni dua-dua kali download timeout masa peratus siap download dah 90%. Sabor jelah.

7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





