Browsing articles in "Cinta"
Sep 21, 2011

Cinta Perlukan Keikhlasan

Dah lama tak buat entri pasal cinta. Dulu-dulu rasa geli juga nak cintan-cintun ni. Tengok kawan yang bercinta masa Tingkatan 5 dulu sampai menangis bagai bila bergaduh kadang-kadang terasa nak muntah pula. Tapi bila diri sendiri dah terjebak, yang duk geli-geli dulu tu dah bertukar menjadi gatal miang pula hehe. Biasalah, orang senang mengata selagi belum merasa.

Teringat semasa jadi pelajar universiti dulu aku secara tak langsung menjadi tempat orang meluahkan masalah cinta diorang. Ada yang mintak pendapat, ada juga yang mintak jadi orang tengah. Kebanyakan masalah dapat aku selesaikan. Tapi masalah cinta sendiri pula yang terabai haha. Kenangan zaman muda remaja dulu.

Ada juga yang datang meluahkan perasaan tapi tak bolehlah nak layan sebab cinta memerlukan keikhlasan antara dua insan. Sorang-sorang tak boleh, selalunya takkan menjadi. Pernah tak korang menerima seseorang itu atas sebab kasihan? Ataupun sebab dia dalam kategori ‘bolehlah’ memandangkan pakej yang ada pada dirinya cukup lengkap, cuma tinggal perasaan cinta je yang tak berapa nak ada. Jadi korang terima si dia sebab kemampuan, keupayaan dan kehebatan dirinya sedangkan nilai keikhlasan dalam cinta tak ada.

confession Cinta Perlukan Keikhlasan

Banyak situasi yang boleh kita kaitkan dalam hal bercinta ni. Antaranya: Baca Seterusnya »

Sep 13, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 2

Terima kasih atas kesudian korang untuk baca dan beri sedikit komen dalam entri Ciri-ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1 yang lepas. Agak pelik pula entri seperti itu dikeluarkan oleh seorang lelaki. Terasa gay pula haha. Tapi apa salahnya, ianya daripada pandangan wanita 100% yang disoal selidik melalui forum dan Facebook. Masih lagi ternanti-nanti komen daripada golongan wanita untuk entri yang lepas. Malu ke segan? Come on, kalau setuju katakan setuju. Kalau tak, boleh kongsikan pandangan korang pula.

Seperti yang dijelaskan dalam perenggan awal entri yang lepas, seksi tidak semestinya dipandang melalui pandangan nafsu semata-mata. Seksi juga bukanlah hanya sekadar penampilan yang mengghairahkan, baik lelaki mahupun wanita. Makna seksi itu luas dan subjektif mengikut pandangan masing-masing. Selain daripada tahap keyakinan tinggi (bukan ego atau overconfident) yang boleh menyerlahkan keseksian seseorang itu, baik lelaki mahupun perempuan, ada beberapa penampilan, gaya, sikap dan perkara lain yang boleh juga ditakrifkan sebagai seksi. Berdasarkan tajuk entri ini dikhususkan kepada pandangan beberapa orang responden wanita yang sudi berkongsi pandangan masing-masing.

Lelaki Cekap Memandu

Berdasarkan soal selidik, ramai juga wanita yang suka melihat kecekapan si lelaki memegang stereng sambil menukar kelajuan dengan lancar tanpa merasa kereta terhenjut akibat penukaran gear. Ditambah pula dengan sikap cool si lelaki menjadikan dia sangat seksi pada pandangan wanita. Ada wanita yang mengatakan cara lelaki menukar gear ibarat sedang melakukan seks??!! Pelik, tapi itulah fantasi seorang wanita yang kita sebagai lelaki tidak pernah pun terfikir.

Secara ringkasnya terdapat 5 gaya seksi bagi seorang lelaki yang cekap memandu: Baca Seterusnya »

Sep 8, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Seksi – Bahagian 1

lelaki seksi Ciri Ciri Lelaki Seksi   Bahagian 1

Pernah tak korang rasa diri korang seksi pada satu-satu masa atau tempat? Ada kajian yang dilakukan oleh orang Barat bahawa seksi itu terletak pada tahap keyakinan diri seseorang. Keyakinan seseorang adalah daya penarik kepada kebanyakan orang. Pendek kata confident adalah seksi, dan lelaki sukakan perempuan yang seksi (confident). Itu lelaki. Kalau perempuan pula? Sama juga. Tapi kali ni bukan tahap keyakinan yang aku nak huraikan. Ini adalah berdasarkan kaji selidik terhadap sekumpulan wanita yang aku buat dalam beberapa bulan lepas.

Kaji selidik ni dilakukan melalui Facebook dan juga forum. Ramai yang beri respon dan pendapat masing-masing. Melalui kesemua respon yang berjaya dikumpul dapat aku simpulkan Ciri-ciri Lelaki Seksi ni terbahagi kepada dua kategori utama iaitu luaran dan dalaman. Perlu diingatkan terlebih dahulu kaji selidik yang aku jalankan ni bukan bertujuan lucah ye. Seksi tidak semestinya bermakna lucah. Kajian ini hanyalah bertujuan untuk menjadi seorang yang sedap dipandang mata wanita. Nak juga tahu apa yang perempuan nampak seksi pada seorang lelaki. Asyik lelaki je nampak seksi wanita je kan hehe.

Dua kategori dapat dipecahkan iaitu kategori Penampilan (luaran) dan Sikap (dalaman) bagi seorang lelaki yang dipandang seksi. Kita tengok hasil kajian bagi kategori Penampilan dulu: Baca Seterusnya »

Jan 9, 2010

My Wedding Invitation

Assalamualaikum rakan² sekalian. Sihat²lah hendaknya selalu di samping keluarga tersayang. Chee wah, lama dah tak buat ayat camni sejak zaman pen pal sekolah dulu haha.

Cerita panjang dipendekkan.

Dijemput rakan² ke majlis kesyukuran perkahwinan saya pada 17hb Februari 2010 (majlis bertandang) bermula pada jam 12:30 tengah hari hingga 5:30 petang. Nak tau maklumat detail boleh download kad digital dan map yang saya buat sendiri ni yang semestinya agak cincai hehe. Link download kat bahagian last post ni. Yang pink tu majlis kesyukuran di rumah pengantin perempuan. Yang hijau tu pulak kat rumah saya.

Nak kad jemputan? Sila bagi alamat saudara/i ye, hantar terus kepada saya melalui ruangan contact me tu. Jangan lupa letakkan tajuk “Saya Mau Kad Kawen” pada ruangan Perkara. Tapi kalau yang tak dapat datang tu, bagilah peluang kepada mereka yang dapat datang untuk dapat kad jemputan ni ye. Kad buat agak terhadlah dik huhu.

b228bf52cd My Wedding Invitation

Tema simple je, tak ditetapkan pun nak warna tema apa. Nanti kang susah nak cari baju pulak. Tak pasal² kena tempah baru semata² nak datang hehe. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks