Browsing articles in "Contest"
Jan 16, 2012

Pengalaman Kena Denda di Sekolah

pengalamankenadendadisekolah Pengalaman Kena Denda di Sekolah Pengalaman kena denda di sekolah selalunya menjadi kenangan manis sesiapa saja yang pernah bersekolah. Orang tak sekolah tak dapat pengalaman kena denda ni hehe. Imbas balik pengalaman sekolah dulu memang ada pengalaman kena denda. Dulu saya ni antara student yang baik (kawan yang cakap, bukan saya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah ). Tak banyak buat hal kat sekolah. Cuma sekali dua je. Itu yang boleh ingat dengan jelas sampai ke sekarang ni.

Seingat saya cuma ada dua je pengalaman kena denda di sekolah yang betul-betul beri kesan kepada diri saya. Sekali di sekolah rendah masa Darjah 5, sekali lagi di sekolah menengah masa Tingkatan 2. Denda masa Darjah 5 ni bukan sebab nakal, tapi sebab banyak salah jawab kuiz Matematik. Denda masa Tingkatan 2 barulah disebabkan kenakalan saya icon biggrin Pengalaman Kena Denda di Sekolah

Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah

Masa sekolah rendah dulu skema sikit. Tak pandai lagi nak nakal-nakal. Jadi pengalaman kena denda sebab nakal rasanya tak ada. Yang ada pun disebabkan salah jawab soalan. Alkisahnya, cikgu Matematik yang mengajar saya masa Darjah 5 dulu suka buat kuiz. Lambat atau salah jawab akan kena denda. Dulu saya lembap sangat Matematik ni. Kira pun lambat. Tak pernah suka dengan Matematik. Yang jadi pelajar tetap kena denda, sayalah. Cikgu Zul cuma ada dua jenis je cara denda dia. Pertama, ketuk ruas jari dengan pembaris kayu. Bukan tapak tangan, itu tak cukup sakit. Ini ruas jari dari arah belakang tangan. Sakitnya jangan cakap. Tengah menaip ni pun boleh terasa. Satu soalan salah, dua kali kena ketuk. Kalau sepuluh soalan salah, alamatnya tak menulislah hari tu. Tangan terketar-ketar tahan sakit.

Baca Seterusnya »

Aug 7, 2011

Kalah Contest SEO 2DayBlogger

Pemenang bagi contest SEO anjuran 2DayBlogger dah pun diumumkan sejak petang semalam. Apa boleh buat, rezeki tak menyebelahi aku kali ni dengan pertaruhan entri Buat Duit Dengan Blog Cara Mudah baru-baru ni. Apa-apa pun tahniah kepada semua pemenang. Kalah menang dah adat pertandingan. Yang menang semestinya adalah yang terhebat dari segi SEO.

Cuma yang menjadi kemusykilan sikit apabila entri penyertaan aku tak disenaraikan sebagai blog yang masuk bertanding dalam contest tersebut. Sedangkan aku dah tinggalkan link entri pada bahagian komen dalam entri contest sebagaimana yang dinyatakan dalam syarat-syarat penyertaan. Admin pun dah reply cakap terima kasih sebab join. Tapi kalau check balik sekarang ni komen aku dan beberapa blogger yang terkemudian daripada aku dah tak ada sejak 2DayBlogger tukar theme baru. Sikit sebanyak masalah ni mengganggu emosi aku sikit sampaikan nak bertadarus semalam pun jadi tak lancar.

Terdetik juga nak bertanya kenapa blog aku tak tersenarai. Mungkin ada kriteria-kriteria pertandingan yang telah aku langgar sampaikan penyertaan aku terbatal. Sebagai seorang yang masuk bertanding hal macam tu mesti kita kena ambik tahu supaya tak berulang lagi dalam contest akan datang. Ini screenshot komen admin bila aku tanya pasal ni: Baca Seterusnya »

Jul 30, 2011

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Plan asal nak terbitkan entri ni lebih awal untuk join contest SEO daripada 2DayBlogger.com tapi aku rasa nak try test kedudukan ranking pada first page Google dengan cara menerbitkan entri pada saat-saat akhir sebelum tarikh tutup pada 31 Julai nanti. Ambik risiko jugalah ni kiranya. Sekadar nak tengok jadi ke tak. Menang kalah tu dah jatuh nombor dua. Tapi….sape tak nak menang hadiah lumayan kan hehe. Dengan ini aku memilih kategori Buat Duit Dengan Blog sebagai entri contest SEO yang kedua aku join selepas Hidup Seorang Blogger.

Perkara yang paling best daripada blogging selain daripada dapat berkongsi dengan orang lain dan juga berkenalan dengan rakan-rakan blogger, dapat buat duit dengan blog juga boleh jadi kenangan yang paling bermakna dan semestinya membuatkan kita lebih gembira. Yelah, sekadar update buat blog untuk berkongsi pengalaman, info, pengetahuan ataupun kisah peribadi tapi ada hasil daripada blog yang dibuat tu sikit sebanyak rasa berbaloilah dengan masa yang kita luangkan. Tapi, niat buat blog mesti ikhlas, bukan kerana nak buat duit je. Content yang paling penting, duit tu akan datang kemudian.

So kat sini aku nak kongsi beberapa cara mudah buat duit dengan blog korang sendiri sebagai panduan. Tahun lepas aku pernah tanya kat Facebook siapa yang nak ebook yang akan aku keluarkan tentang buat duit secara online. Ramai juga yang berminat nak dapatkan ebook free aku tu tapi atas sebab-sebab tertentu termasuklah perubahan semasa cara buat duit online ni, niat tu terpaksa aku hold dulu. Buat masa ni aku share cara buat duit dengan blog dulu sebagai permulaan.

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Baca Seterusnya »

Jun 25, 2011

Menangi Hadiah iPad2 dengan Contest F&N

Salam Sabtu semua. Biasanya hari ni kita ceria-ceria sket. Biasalah hari cuti. Masa cuti la kita nak berehat, tak pun isi masa cuti ni dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Kaum isteri dah semestinya memaksa suami masing-masing teman pergi shopping hari ni hehe. Tapi kepada yang bekerja hari ni, selamat bekerja. Half-day je kan? Petang boleh bersama family balik icon wink Menangi Hadiah iPad2 dengan Contest F&N

Hari ni ada berita baik untuk semua iaitu peluang untuk menang iPad2 melalui contest F&N yang sangat mudah. Jawab 3 soalan mudah dan korang berpeluang menang iPad2 tapi itu bukanlah hadiah utama. Hadiah utamanya adalah sebuah kereta Peugeot. Memang lumayan.

Klik link ini untuk menyertai contest mudah daripada F&N ni.

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks