Cincin Pertunangan & RM335.92 Hilang

Hari ni hari yang sangat sangat tidak best. Mood sangat sangat tidak stabil. Pagi tadi demam sebab semalam buat kerja seharian suntuk menghadap komputer hingga bahagian depan kepala rasa berdenyut. Empat kerja nak disiapkan serentak. Akhirnya cuma siap tiga. Lagi satu terpaksa ditunda hari lain, mungkin bukan pada hari ni. Kalau buat hari ni juga confirm dan pasti hasil kerja sangat sangat tidak memuaskan. Hari ni masuk ofis tengah hari dalam keadaan otak masih lemah.

Cincin Pertunangan Hilang

Semalam, lepas selesai menunaikan solat Isyak aku terus meraba² poket seluar mencari cincin yang disimpan sebelum ke toilet. Lima poket seluar jeans hitam diseluk, tapi cincin penuh makna tu takde. Tak cukup poket seluar, empat poket jaket pula diseluk. Pun takde. Menggagau atas meja, selak segala buku dan kertas, takde. Bawah meja, celah kerusi…cincin yang dibeli dari Tomei tu tetap tidak munculkan diri.

Badan menjadi lemah. Terasa seperti kehilangan sebelah tangan. Tidak bermaya. Mulut jadi malas berbicara. Mood muram.

RM335.92 Lesap

Read more

Apa Orang Malaysia Suka Ketika Memandu?

Kesesakan Lalu Lintas

Raya dah tak lama lagi dah. Confirm jalan sesak nak balik raya nanti, tambahan pulak KPM baru umumkan pihak sekolah boleh ambil cuti pada hari Jumaat ni. Rasanya Khamis malam esok mesti dah berduyun² kenderaan merangkak pulang ke kampung terutamanya ke Kelantan, termasuklah aku sendiri eheh.

Seronok jugak kalau ramai² balik kampung. Tapi yang tak bestnya kalau berlaku traffic jam. Aku tak kisah kalau jem sebab kenderaan terlalu banyak dan padat (erk…kisahlah jugak sikit hehe). Tapi aku cukup sakit hati kalau sesak sebab kereta² mahupun lori serta van ikan kat depan tu perlahankan kenderaan sebab nak tengok accident. Tak kira accident kecik ke, besar ke, diorang tetap nak tengok. Lagi² kalau ada lampu biru pakcik polis terpasang. Rasanyalah kan, pemandangan accident ni lebih menarik perhatian daripada gadis² super sexy yang ada kat tepi jalan.

Nak balik cuti Merdeka hari tu, sesak bukan main panjang. Ingat ada road block kat depan Batu Caves. Rupanya ada sebuah kereta tercium punggung kereta lain. Tuannya dah takde kat tempat kejadian tapi orang masih lagi mengcuriouskan diri untuk tengok tahap kerosakan yang dihadapi. Mana tak lama…orang duk kira berapa part yang rosak, berapa harga kemungkinan orang tu kena tanggung untuk ganti, harga ketuk dan cat lagi, pemandunya hidup lagi ke tidak…macam² orang nak tau. Buat tak tau sudah.

Balik dari Masjid Wilayah Persekutuan tadi pun sama. Haih…radio dah pesan jangan perlahankan kenderaan kalau ada kemalangan kat depan. Pesanan radio tak berkesan, mungkin kena guna iklan tv pulak kot.

Read more

Cara Senang Nak Jadi Ustaz

Ada juga line Internet malam ni. Pada ketika ini aku berada di Glory Beach Resort kat Port Dickson. Menginap di bilik (atau apartment) kelas bisnes yang setahu aku berharga RM270 satu malam pada hari bekerja. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu dapur dan ruang tamu. Cukup selesa untuk satu keluarga. Aku kat sini selama 3 hari 2 malam dengan rakan-rakan sekerja. Terima kasih kepada pihak Felcra yang menanggung kos penginapan kami termasuk makan eheh. Mana mampu nak bayar sendiri oii. Baik kumpul duit untuk kawen eheh.

Ok. Berbalik kepada tajuk kita hari ini. Hari ini aku nak berikan beberapa cara untuk kamu yang ingin mendapat gelaran Ustaz dengan senang. Tak perlu belajar ilmu agama bertahun-tahun untuk jadi Ustaz jika ikut salah satu cara yang aku bagitau ni. Cukup senang, lagi-lagi kamu yang menetap di bumi Malaysia. Caranya adalah:

Read more

Kereta Parking Kurang Ajaran

Kereta Parking Merata-rata

Ini kisah sebuah kereta yang parking tanpa menghiraukan orang lain. Ops, bukan salah si kereta, salah si pemandunya yang hanya memikirkan diri sendiri. Kisah ini berlaku petang semalam sekitar 5:30 petang ketika aku hendak ke suatu tempat dengan segera selepas habis waktu kerja.

Amalan mem’block’ kereta lain di area tempat aku kerja sudah menjadi satu kebiasaan. Sejak wujudnya sebuah bank dengan penuh gah di sini, makin banyak kereta parking di kawasan line kuning. Itu belum dikira kereta yang block di belakang kereta orang lain. Kalau sekejap tak menjadi masalah. Ini makan masa sampai setengah jam, apa kes? Pernah terjadi kepada kereta bos aku sendiri yang waktu itu dia ingin segera ke suatu tempat untuk meeting. Tak pasal² lambat jumpa klien gara² kereta dihalang dari belakang. Pulak tu, tuan empunya kereta pergi minum di gerai mamak.

Tapi petang semalam sebijik kereta Myvi hijau daun pisang ni menghalang kereta aku dari sebelah tepi dengan penuh bangganya. Ini kali pertama aku jumpa seorang pemandu yang sangat ‘berhemah’ begini. Lihat gambar di atas, itulah kereta beliau. Paling tak tahan, dia boleh selit kupon parking kat wiper. Apa ingat tak kena saman Majlis Perbandaran ke parking macam tu walaupun ada kupon parking? Hahaha memang aneh orang ini.

Read more

Mencari Pengganti

panas

Panas betul hari ini. Berlari kejap kat tempat parking kereta dah lenjun singlet baru beli aku ni. Gara² bos nak tukar keretalah ni tengahari tadi. Tiga hari aku pinjam Naza Ria dia bawa family round² KL, dia ambik DAR BMW 1.0 aku pergi Perak. Susah nak jumpa bos yang baek macam tu, sanggup berkorban demi staf. Dengar kata program kat Perak agak kelam-kabut tanpa aku di sana haha. Baru terasa betapa pentingnya aku di setiap program eheh. Sesi mengembangkan lubang hidung.

Sebenarnya emosi aku berapi² tadi. Tapi skang dah agak cool lepas solat Zohor dalam bilik aircond. Selalunya aku tak buka aircond tu, sebab bukan hal kerja. Takut dituduh salahguna hak pejabat pula walaupun pada hakikatnya bos benarkan buka aircond dalam bilik tu untuk solat. Hari ini terpaksa juga buka. Peluh menitik-nitik ke lantai, masinnya dah cukup rasa untuk buat gulai gamaknya haha.

Padanlah bumi makin panas. Bila rasa je panas, buka aircond. Aircond ni fungsinya menyedut udara panas dari dalam kawasan tertutup ke luar. Itu sebabnya kita rasa sejuk kat dalam. Siapa yang belajar Termodinamik tau macam mana aircond ni berfungsi. Bayangkan, satu ofis ada paling kurang pun dua aircond. Satu blok ada 20 ofis. Dah 40 aircond yang keluarkan udara panas ke bumi. Itu sekadar teori aku, faktor kepada pemanasan global yang kita alami skang ni.

Rasa panas aku hari ini bukan disebabkan bahangnya encik matahari. Hati aku panazzz bila handphone aku dicuri semalam huhu. Mungkin silap aku juga, handphone tu tercicir jatuh dalam AeroBus dari LCCT ke KL Sentral. AeroBus ni warna kuning. Yang merah itu SkyBus. Kalau korang jumpa, itu handphone akulah agaknya huhu.

Kat Malaysia ni kalau korang tertinggal barang kat mana² tak payah berpenat-lelah patah balik tempat tu nak ambik. Confirm lesap. Sedangkan kereta depan balai polis pun boleh kena curi, inikan pula handphone korang yang canggih manggih itu. Lagi canggih lagi kecik tubuh badannya. Lagi kecik lagi tinggilah risiko untuk disapu huhu. Beringat²lah selalu.

Aku perasan poket aku kosong bila dah naik ke KL Sentral. Patah balik kat bas tanya tiga orang konduktor India diorang cakap takde. Salah sorang tu buat² cari dengan rajinnya. Entah betul ke tak, mungkin dia yang ambik. Tapi tak nak tuduh orang melulu, lalu aku berlalu pergi tanpa handphone kesayangan aku itu huhu. Beli guna duit simpanan sendiri tu dekat setahun. RM30 sebulan simpan waktu belajar dulu.

Tengah menggagau cari pengganti. Siapa² nak hadiahkan aku handphone tu sangat² aku alu-alukan. Tengah sengkek skang ni, mau simpan duit untuk kawen.

Cadangan korang, model handphone apa yang bagus? Below RM400 ah. Aku masih ketandusan wang huhu.

p/s: nak pergi Celcom Center ambik sim card baru.

Tensen Betul Dengan Mamat Gay Ni!!!

Pernah jumpa dengan lelaki Gay? Kalau pernah, apa yang korang buat? Kalau aku jumpa lelaki gay, macam nilah aku buat; post kat blog haha. Tapi bukan semua, hanya yang mengganggu ‘kejantanan’ aku seperti lelaki ini yang aku kenal dengan nama ### (nama sebenar mungkin?!!).

Gambar yang aku paparkan ini adalah gambar dia yang sebenar. Buktinya, dia pernah on webcam dengan aku melalui Yahoo! Messenger. Tapi aku takde pulak teringin nak berwebcam dengan dia, buang karen!! Silap tak snap gambar webcam dia, lagi jelas mungkin. Yang ni bukan sengaja aku blurkan. Gambar berpiksel rendah, camtulah jadinya. Buat apa aku nak blur kalau nak post kat sini, ye tak?

Bukan niat nak mengaibkan dia. Bayangkan dah 2 tahun rasanya dia ‘mengoffer’ dirinya untuk ‘bersama’ aku. Eeii, yuckss. Dulu aku cuba bercakap baik dengan dia dengan niat supaya dapat kembalikan dirinya kepada lelaki normal lagi sejati.

Tapi aku pun ada tahap kesabaran. Sabar aku itu cuma bertahan 2 tahun saja. Sejak aku belajar di UTHM sampailah dah kerja ni dia tak habis² ‘mengajak’ aku buat perlakuan dilaknat Allah tu. Jadi inilah hasilnya, mukanya dipaparkan di Internet. Aku harap dapat tersebar luas, masuk Kosmo pun takpe, lagi bagus haha.

Ini sebahagian daripada chat aku dengan dia. Kalaulah aku dapat tunjukkan chat² kitorang sebelum ni, mesti korang termuntah hijau bernanah atas keyboard. Sungguh menggelikan. Insaflah wahai ###.

Read more

Rakyat Kelantan Merempat di Negeri Orang

kelantan dihina

Sejak aku mula bekerja di KL ni, kadang² terasa seperti berada di Kelantan pula. Pergi je mana² mesti terdengar orang bercakap dalam dialek Kelantan. Diorang bercakap dengan nada bersungguh dan megah, seolah² berada di negeri sendiri. Gelak tawa jarang tidak kedengaran bila Kelantanese mula berborak. Itulah orang Kelantan, satu bangsa yang cukup ramah, kadang² terlebih pula.

Aku bermastautin di Batu Pahat hampir 5 tahun, pun selalu terjumpa warga Kelantan berniaga kedai makan di sana. Selalunya, kedai makan Kelantan menjadi pilihan. Dan selalunya juga, mereka adalah orang Pattani sebenarnya, bukan orang yang dilahirkan di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan lagi dan lagi. Mereka lebih dikenali dengan panggilan Siam Pattani.

Ok. Ini kesinambungan daripada entri 4 hari yang lalu. Sama ada aku menyokong atau tidak, terpulang kepada kau menilai.

Read more

Page 1 of 212»

Blog Widget by LinkWithin