Apa Orang Malaysia Suka Ketika Memandu?
Raya dah tak lama lagi dah. Confirm jalan sesak nak balik raya nanti, tambahan pulak KPM baru umumkan pihak sekolah boleh ambil cuti pada hari Jumaat ni. Rasanya Khamis malam esok mesti dah berduyun² kenderaan merangkak pulang ke kampung terutamanya ke Kelantan, termasuklah aku sendiri eheh.
Seronok jugak kalau ramai² balik kampung. Tapi yang tak bestnya kalau berlaku traffic jam. Aku tak kisah kalau jem sebab kenderaan terlalu banyak dan padat (erk…kisahlah jugak sikit hehe). Tapi aku cukup sakit hati kalau sesak sebab kereta² mahupun lori serta van ikan kat depan tu perlahankan kenderaan sebab nak tengok accident. Tak kira accident kecik ke, besar ke, diorang tetap nak tengok. Lagi² kalau ada lampu biru pakcik polis terpasang. Rasanyalah kan, pemandangan accident ni lebih menarik perhatian daripada gadis² super sexy yang ada kat tepi jalan.
Nak balik cuti Merdeka hari tu, sesak bukan main panjang. Ingat ada road block kat depan Batu Caves. Rupanya ada sebuah kereta tercium punggung kereta lain. Tuannya dah takde kat tempat kejadian tapi orang masih lagi mengcuriouskan diri untuk tengok tahap kerosakan yang dihadapi. Mana tak lama…orang duk kira berapa part yang rosak, berapa harga kemungkinan orang tu kena tanggung untuk ganti, harga ketuk dan cat lagi, pemandunya hidup lagi ke tidak…macam² orang nak tau. Buat tak tau sudah.
Balik dari Masjid Wilayah Persekutuan tadi pun sama. Haih…radio dah pesan jangan perlahankan kenderaan kalau ada kemalangan kat depan. Pesanan radio tak berkesan, mungkin kena guna iklan tv pulak kot.
Cara Senang Nak Jadi Ustaz
Ada juga line Internet malam ni. Pada ketika ini aku berada di Glory Beach Resort kat Port Dickson. Menginap di bilik (atau apartment) kelas bisnes yang setahu aku berharga RM270 satu malam pada hari bekerja. Ada 3 bilik tidur, 2 bilik air, satu dapur dan ruang tamu. Cukup selesa untuk satu keluarga. Aku kat sini selama 3 hari 2 malam dengan rakan-rakan sekerja. Terima kasih kepada pihak Felcra yang menanggung kos penginapan kami termasuk makan eheh. Mana mampu nak bayar sendiri oii. Baik kumpul duit untuk kawen eheh.
Ok. Berbalik kepada tajuk kita hari ini. Hari ini aku nak berikan beberapa cara untuk kamu yang ingin mendapat gelaran Ustaz dengan senang. Tak perlu belajar ilmu agama bertahun-tahun untuk jadi Ustaz jika ikut salah satu cara yang aku bagitau ni. Cukup senang, lagi-lagi kamu yang menetap di bumi Malaysia. Caranya adalah:
Serendah Padi Berisi
Ikutlah resmi padi; makin berisi makin tunduk.
Aku masih ingat lagi arwah abah pernah terangkan maksud ungkapan di atas. Tapi waktu itu aku masih hingusan, darjah 5 rasanya. Cikgu berikan perkataan ‘resmi’ untuk dicari maknanya. Lalu aku bertanya abah. Arwah abah jelaskan kepadaku hinggalah aku betul² faham akan perbezaan antara perkataan ‘resmi’ dan ‘rasmi’. Kisah lama.
Ungkapan resmi padi tersebut diwujudkan atas tujuan supaya orang yang makin berilmu akan lebih merendah diri. Ramai juga yang aku jumpa bersikap begitu. Baguslah. Tapi ada satu perkara yang membuatkan aku berfikir.
Ada orang yang mempunyai ilmu akan sesuatu, tapi tidak disedari orang lain. Orang itu sedia untuk membantu tapi tidak ingin dikatakan seperti ingin menunjuk². Pengetahuannya disembunyikan kerana sifat merendah diri seperti yang diungkapkan si padi. Dia memilih untuk diam hingga diminta pertolongannya. Itupun jika diminta. Kalau tak?
Diam tidak bererti bisu. Diam tidak bermaksud sombong. Diam bukan bermakna tidak tahu. Tapi diam kerana berfikir.
Jadi persoalan di sini, apakah cara terbaik untuk menunjukkan kelebihan diri tanpa dianggap sebagai menunjuk² atau berlagak pandai? Mari kita berkongsi dan berbincang.
Keropok Lekor Perisa Seluar Dalam Wanita
PERHATIAN! Tiada unsur² lucah pada artikel ini. Kanak² bawah umur 12 tahun pun digalakkan membaca. Terima kasih.
Khamis lepas aku balik ke kampung sempena cuti Hari Pekerja 1 Mei lepas. Nasib baik jugak program tunda bulan 6. Kalau tak, entah bila dapat balik ‘cuti panjang’ lagi.
Jumaat tu mak aku ke Kuala Terengganu untuk berubat dengan sorang pengamal perubatan tradisional kat sana. Alang² dah ke KT rugi kalau tak beli keropok lekor dua tiga bungkus paling kurang. Niatnya itu disampaikan kepada pengamal perubatan tradisional tersebut.
Pengamal perubatan tu bagitau sesuatu kat mak. Katanya, jangan beli keropok lekor kat *tut*. Tak diberitahu pula kenapa. Tapi mak aku ni sifat ingin tahunya tinggi. Lepas puas bertanya, akhirnya pengamal perubatan tu buka mulut.
Rakyat Kelantan Merempat di Negeri Orang
Sejak aku mula bekerja di KL ni, kadang² terasa seperti berada di Kelantan pula. Pergi je mana² mesti terdengar orang bercakap dalam dialek Kelantan. Diorang bercakap dengan nada bersungguh dan megah, seolah² berada di negeri sendiri. Gelak tawa jarang tidak kedengaran bila Kelantanese mula berborak. Itulah orang Kelantan, satu bangsa yang cukup ramah, kadang² terlebih pula.
Aku bermastautin di Batu Pahat hampir 5 tahun, pun selalu terjumpa warga Kelantan berniaga kedai makan di sana. Selalunya, kedai makan Kelantan menjadi pilihan. Dan selalunya juga, mereka adalah orang Pattani sebenarnya, bukan orang yang dilahirkan di Kota Bharu, Machang, Pasir Mas dan lagi dan lagi. Mereka lebih dikenali dengan panggilan Siam Pattani.
Ok. Ini kesinambungan daripada entri 4 hari yang lalu. Sama ada aku menyokong atau tidak, terpulang kepada kau menilai.
Di Mana Ada Kelantanese Di Situ Ada Perpecahan Orang Melayu Islam
Ehem. Sebelum aku dihentam oleh orang tertentu, lebih baik aku jelaskan sejelas-jelasnya terlebih dahulu bahawa tajuk di atas dan juga entri, artikel ataupun post di bawah bukanlah hasil buah fikiran aku sendiri. Ia adalah luahan seorang pengomen atau komentar dalam entri ini.
Disebabkan komennya yang panjang mengalahkan entri² aku eheh, dengan kuasa veto ke atas blog aku ini aku paparkan komennya dalam bentuk entri baru.
Sila baca dengan tenang hingga menggigit keyboard, kemudian baru berikan hujah anda di sini secara beretika dan berilmiah. Aku akan berikan pandanganku selepas habis program 3 hari di TTDI, Shah Alam hari Ahad nanti.
Emel asal daripada saudara/i anti kelantan
Memang bukan semua kelantanese itu berperangai buruk tetapi majoriti mereka suka memecah belahkan orang melayu.
Kita tahu ramai kelantanese merempat kat negeri melayu lain untuk mencari rezeki. Itu kami tidak kisah kerana kita sama-sama islam berusaha mencari rezeki yang halal. Tetapi yang menjadi permasalahan ialah mereka ini suka berpuak-puak dan memecah belahkan orang melayu di negeri yang mereka merempat tersebut.
Sebagai contoh, di Sepang sebuah kawasan perumahan berdekatan dengan KLIA. Bagaimana kelantanese ini memecah belahkan orang melayu selangor di kejiranan melayu ini. Mereka hidup berpuak-puak dan membawa ideologi ISLE yang suka menabur fitnah, mengumpat menghina orang melayu lain. Sebelum mereka merempat disini rakyat selangor hidup aman tanpa ada perbalahan politik tetapi apabila kehadiran geng-geng merempat ini wujudnya perpecahan orang melayu! Saya juga berasa hairan bagaimana SPNB memberi peruntukkan rumah paling ramai si golongan merempat ini dan tidak mengutamakan anak watan selangor!









