Browsing articles in "Filem"
Mar 19, 2011

Review Filem Sini Ada Hantu

Dah lama nak buat review filem seram komedi Sini Ada Hantu tapi bagi laluan kepada Man Juara Raja Lawak 5 dulu semalam. Trafik tu beb hehe.

SiniAdaHantu Review Filem Sini Ada Hantu

Seminggu yang lepas aku sempat luangkan masa sikit untuk menonton filem Sini Ada Hantu yang makan masa lebih kurang satu jam setengah. Pada mulanya tak terasa nak tengok lepas rasa sedikit kecewa dengan filem Khurafat hasil arahan Syamsul Yusof yang maaflah kalau aku katakan ianya satu filem yang agak membosankan untuk ditonton. Tapi aku puji ending cerita tu, betul-betul tak dijangka. Soal lakonan tak perlulah aku buat ulasan. Baca review mana-mana pun biasanya ulasan yang sama.

Jadi, bila aku terdetik nak tonton Sini Ada Hantu ni? Haha, entry Hans hari tu la punya pasal ni. Best katanya. Kelakar pun ada. Terus buatkan hati aku berkocak nak mengisi masa terluang dengan menonton filem arahan James Lee ni yang pernah mengarahkan filem Histeria tahun 2008 dulu. Kepada Hans, harapnya boleh buat kotak search kat blog. Penat aku nak cari entri review dia yang dah ke page berapa dah. Hans ni dalam sehari ada la dua tiga kali update blog hehe.

Baca Seterusnya »

Feb 9, 2011

Review Hantu Kak Limah Balik Rumah

Al-kisahnya aku sekarang ni sangat sangat ketiadaan mood untuk update blog. Entahlah sindrom apa yang melanda aku sekarang ni sampaikan draft entry dah bertimbun-timbun buat tapi publishnya tak. Mungkinkah sebab dah lama tak dapat Buffered Earning? Eh, eh…niat blogging untuk sharing, bukan earning…la la la.

hantukaklimah Review Hantu Kak Limah Balik Rumah

Dua hari lepas aku baru berkesempatan nak tonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah yang kebanyakannya orang kata best. Bila dah ramai sangat orang kata best mestilah aku pun teruja nak join kebestan cerita ni. Jadi aku pilih tayangan midnight, tengok sorang-sorang tak berteman, barulah feel tu lebih hehe. Walaupun dah ketinggalan keretapi nak buat review, tak salah rasanya sekadar nak berkongsi pendapat sepanjang satu jam setengah lebih kurang aku melayan cerita ni dalam gelap. Sinopsis boleh baca kat sini, aku malas nak buat sinopsis versi sendiri hehe.

Review

Pertama sekali nak sentuh bab keangkeran filem Hantu Kak Limah Balik Rumah ni since ianya dikategorikan sebagai sebuah filem cereka bergenre komedi, seram dan misteri. Filem ni bagi aku agak seram tapi tak sampai meremang bulu roma, apatah lagi bulu hidung. Yang takde bulu tu lagilah tak terasa keseramannya sebab dah terang lagi nyata filem ni ada unsur-unsur komedi sebagaimana filem prekuelnya dulu, Zombi Kampung Pisang. Jadi sebelum masuk panggung tu dah set dalam kepala yang kita menonton nak bergelak tawa, bukan untuk meremangkan bulu-bulu yang ada hehe. Baca Seterusnya »

Oct 6, 2010

Download Liar Game: The Final Stage

liargamethefinalstage Download Liar Game: The Final Stage

Lebih kurang dua minggu yang lepas aku sempat melayan filem Jepun berjudul Liar Game: The Final Stage dengan duration selama 2 jam 30 minit lebih kurang. Filem ni adalah sambungan kepada dua season drama yang ditayangkan di Jepun pada tahun 2007 dan 2009. Manakala Liar Game: The Final Stage mula ditayangkan pada Februari 2010 yang lepas di Jepun.

Adaptasi daripada manga hasil Kaitani Shinobu, Liar Game: The Final Stage merupakan kesinambungan daripada dua musim drama yang terdahulu. Pada musim pertama, seorang mahasiswi bernama Nao Kanzaki lakonan Toda Erika telah terlibat secara tidak sengaja dalam satu permainan misteri dengan menipu pemain lain untuk menang. Namun Nao ditipu oleh bekas gurunya yang juga merupakan lawannya dalam pusingan pertama. Kecewa dengan tindakan gurunya Nao meminta bantuan seorang bekas banduan yang ditangkap kerana menipu wang sebuah syarikat MLM bernama Akiyama Shinichi bagi membantunya. Permainan diteruskan dan kemudian mereka telah berhadapan dengan Fukunaga, seorang pemain talam dua muka yang bijak memanipulasi orang lain.

Dalam musim yang kedua, Nao dan Akiyama meneruskan permainan dengan bantuan daripada Fukunaga. Dan akhirnya mereka kembali bertemu dalam peringkat terakhir di mana ramai pemain dari musim-musim sebelumnya turut sama menyertai. Dalam Liar Game: The Final Stage, pemain digalakkan untuk saling mempercayai untuk memenangi perlawanan. Namun, X iaitu pemain misteri di kalangan mereka secara diam-diam merancang untuk sabotaj setiap orang bagi memenangi permainan tersebut.

Liar Game: The Final Stage Part 1
Liar Game: The Final Stage Part 2
Liar Game: The Final Stage Part 3
Liar Game: The Final Stage Part 4

Download keempat-empat file dulu kemudian baru unzip seperti biasa. Dalam entri akan datang aku akan senaraikan beberapa lagi cerita-cerita Jepun yang best untuk ditonton icon wink Download Liar Game: The Final Stage  Jom layan teaser sat.

Baca Seterusnya »

Oct 3, 2010

OST Lagenda Budak Setan Menyentap Kalbu

lagendabudaksetan OST Lagenda Budak Setan Menyentap Kalbu

Dua hari lepas aku tonton filem Lagenda Budak Setan bersama isteri sebagai tayangan larut malam. Kebetulan malam tu tak ada rancangan yang best kat TV. Main Car Town kat Facebook pun dah puas. Nak update blog, masa tu tak ada idea yang datang. Apa lagi, bukak laptop terus pasang Lagenda Budak Setan yang aku download lama dah. Sayang tak dapat pasang kat TV LCD sebab aku punya multimedia player tak boleh support file mkv. Kalau tak, mesti lagi layan cerita ni.

Beberapa bulan dulu ramai kawan yang suggest tengok filem ni tapi aku tak berkesempatan nak ke panggung wayang. Sebagai alternatif aku download jelah untuk memuaskan nafsu nak tonton hehe. Mana tak cepat habis kuota bandwidth Maxis Broadband aku, download movie je keje haha.

Bagi yang belum tahu lagi, filem Lagenda Budak Setan ni adaptasi daripada sebuah novel remaja popular suatu ketika dulu hasil tulisan Ahadiat Akashah. Tapi jujurnya aku tak pernah tahu pun kewujudan novel tu kalau bukan isteri aku yang bagitau. Dia memang suka baca novel. Dua tiga hari sebelum tayangan larut malam hari tu dia sempat pinjam dengan cikgu ganti sekolahnya hehe. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks