Browsing articles in "Filem"
Jul 21, 2010

Filem Tentang Facebook

60521400 Filem Tentang Facebook Woah!! Aku tak pernah sangka laman social networking pun boleh dijadikan modal untuk buat filem. Kita dah biasa sangat tengok dalam movie-movie barat tentang penggunaan Facebook dalam aktiviti harian diorang walaupun cuma mungkin satu scene je sebut pasal Facebook dalam movie hampir 2 jam. Tapi ini lain, ianya kisah Mark Zuckerberg dalam perjalanan nak wujudkan laman Facebook kat Harvard University. Kita dah tau, tujuan asal Facebook diwujudkan cuma untuk memudahkan Mark dengan kawan-kawannya berhubung secara intranet. Tapi tengoklah sekarang, pengguna Facebook ada lebih daripada 400 juta pengguna aktif!! 70% daripadanya adalah pengguna dari luar US. Giller!! Facebook memang giller!! Dan ianya membuatkan ramai orang ketagih dengan Facebook.

Movie ni bertajuk The Social Network yang dilakonkan oleh Jesse Eisenberg sebagai Mark Zuckerberg dalam filem ni. Nama pun nak nak sama, muka pun adalah sikit iras-iras Mark. Justin Timberlake pun ada jugak dalam movie ni. Ok. Jom layan trailer dulu…

Baca Seterusnya »

Jul 15, 2010

Paranormal Activity – Kisah Angker Di Bilik Tidur

1280paranormalactivityt Paranormal Activity   Kisah Angker Di Bilik Tidur

Pernah tengok movie Paranormal Activity? Kat US movie ni ditayangkan pada tahun 2007 tapi kat Malaysia baru masuk panggung 7 Januari 2010 yang lepas. Tapi seingat aku tak nampak pula iklan ni kat mana-mana dulu. Aku mula dengar pasal filem yang dapat box office ni sekitar awal tahun lepas. Masa tu tak ambik pusing sangat sebab aku tau mat salleh ni bukannya boleh percaya sangat buat kerja-kerja paranormal ni. Hm, paranormal kat negara kita pun dua kali lima juga rasanya haha. Tapi taklah semua..haha..ayat klise.

Kebelakangan ni aku suka sangat tengok cerita-cerita paranormal terutamanya yang tengah main kat NTV7 skang ni iaitu Ghost Adventures. Walaupun tak boleh percaya sangat dengan diorang tu sebab ramai yang kata kajian diorang semuanya palsu, tapi aku suka suasana diorang tengah mengkaji roh walaupun diorang sebenarnya lebih banyak drama daripada kenyataan. Kalau kat Astro boleh tengok Ghost Lab tapi aku mana ada Astro huhu.

Petang semalam sempat aku download filem Paranormal Activity ni lepas baca satu entri ni kat blog Ariffshah.com. Movie yang panjangnya lebih kurang 1 jam 24 minit ni pada pandangan aku adalah movie seram yang paling angker pernah aku tonton!! 10 minit awal movie ni takde apa sangat, agak boring. Tapi bila dah habis tengok semua barulah aku terfikir 10 minit pertama tu mainkan peranan yang sangat penting. Tanpa babak plain dalam 10 minit pertama takkan timbul rasa meremang bulu roma pada minit-minit terakhir filem Paranomal Activity ni. Giler seram!! Korang patut tengok bagi yang tak tengok lagi. Jom layan trailer sat…

Baca Seterusnya »

Aug 6, 2009

Syurga Cinta Kurang Berkesan

syurgacinta Syurga Cinta Kurang Berkesan

Baru semalam berkesempatan menonton Syurga Cinta di panggung buatan sendiri kat rumah. Nak juga tahu adakah filem arahan Ahmad Idham terbitan David Teoh ni betul² sama dengan filem Kiamat Sudah Dekat atau tidak seperti yang dikatakan Ahmad Idham tidak meniru mana² filem lain. Kita mulakan dengan intro cerita.

Jujur, intro filem ni agak menarik. Bukan kerana gadis² seksi yang ditonjolkan di club, tapi istilah² yang digunakan oleh tiga sekawan iaitu Irham, Alex dan Zainal. Contohnya, ‘nasi lemak 50 sen’ bagi gadis Melayu manakala ’1 pound’ bagi gadis mat saleh. Dulu tak faham juga. Bila tengok filem Cinta Kolesterol kalau tak silap baru faham ‘nasi lemak 30 sen’ yang dimaksudkan oleh Chef Wan dalam filem tersebut eheh. Ada juga istilah lain tapi lupa dah.

Cuma tak berapa bestnya lagak ‘mat saleh’ Irham nampak seperti agak dibuat². Stop di situ.

Setuju juga dengan pendapat Ustaz Hasrizal di blognya Saifulislam.com. Dari segi olahan skrip patut diperbaiki. Kajian masyarakat kita yang jauh menyimpang dengan agama juga perlu dikaji dengan lebih dalam oleh pengarah. Kalau dilihat filem ni, boleh dikatakan tidak berapa nak hidup jalan ceritanya. Tapi saya suka part di mana Irham menunjukkan penyesalannya secara menyeluruh apabila hendak meneguk segelas arak di meja. Dia tersentak dan tersedar daripada dosa yang bakal dilakukannya apabila secara spontan membaca bismillah sebelum minum. Lakonannya memang hidup ketika itu. Rasanya mungkin itulah satu²nya part yang dikatakan oleh penonton² sebelum ini yang membawa kesan kepada mereka. Yang lain semuanya masih lagi ‘drama Melayu’.

Tiru Kiamat Sudah Dekat

Baca Seterusnya »

Jun 25, 2009

Transformers: Revenge of the Fallen Mengujakan

Akhirnya tertunai juga hajat nak menonton Transformers: Revenge of the Fallen kat panggung wayang. Tak dapat kat GSC 1 Utama, GSC Selayang Mall pun jadilah. Kata Leh diorang dah tukar sound system baru. Kalau still macam dulu, rasa longlai sikit nak menonton kat sana. Bila dengar semalam, bergegar juga satu badan. Mantop!!

Ad-hoc punya plan nak tengok Transformers, dapat tiket midnight. Ingat pukul 11 malam, sekali pukul 12:20 pagi haha. Layankan je walaupun mata dah mengantuk sejak pukul 11 lagi.

Berbeza dengan filem sebelum ni, Transformers 2 ni 90% aksi dan kurang lawak berbanding dulu 60% aksi dan lebih banyak dialog lucu. Memang tak berkelip mata bila tengok Autobots dengan Decepticons berlawan sepanjang masa. Boleh dikatakan takde masa nak keliplah haha. Aku paling suka part Optimus dan Bumble Bee melutut lawan. Nampak hebat dan gagah. Lagi satu, aksi diorang lebih realistik berbanding sebelumnya, rasa macam diorang ni betul² wujud di alam nyata. Kalau betullah wujud, aku nak Bumble Bee eheh. Boleh jalan² dengan Chevy Camaro. Sungguh bergaya!!

Sinopsis pendek

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks