Browsing articles in "Gambar & Fotografi"
Feb 12, 2012

IM Hassan Bakal Tamatkan Zaman Bujang

imammudahassan IM Hassan Bakal Tamatkan Zaman Bujang

Alhamdulillah dan tahniah buat sahabat saya Imam Muda Hassan yang bakal melangsungkan perkahwinannya pada 17 Februari 2012 nanti dengan menyunting Fadatul Ulfah Jamali sebagai penyeri hidupnya. Tanggal 17 Februari 2012 dipilih bersempena dengan tarikh kelahiran beliau yang ke-27 dan majlis perkahwinan akan dilangsungkan di Masjid Al Maarufiah, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam selepas usai solat Isyak. Majlis menyambut menantu bagi pihak keluarga IM Hassan belum lagi ditetapkan buat masa ini.

Peminat-peminat IM Hassan di Facebook Fan Page beliau rata-rata dah dimaklumkan tentang berita gembira ni beberapa minggu yang lepas. Bakal penyeri hidup beliau merupakan seorang pelajar Sarjana dalam bidang Usuluddin di Universiti Malaya. Perkenalan IM Hassan dan Ulfah bermula sejak berakhirnya rancangan Imam Muda 2 melalui seorang kenalan.

Baca Seterusnya »

Feb 9, 2012

Teknik Menghasilkan Bokeh Dengan DSLR

Baru-baru ni ada orang tanya macam mana nak hasilkan gambar bokeh dengan DSLR. Rasa segan pula nak jawab memandangkan saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk diajukan soalan macam ni. Tapi bagi tidak menghampakan beliau, saya kongsikan teknik untuk menghasilkan gambar bokeh dengan DSLR berdasarkan sedikit pengalaman dan pengetahuan yang saya ada.

Sebelum tu, sedikit penerangan tentang bokeh. Bokeh adalah perkataan yang berasal dari Jepun yang membawa maksud kabur (blur). Dalam istilah fotografi, teknik bokeh menjurus kepada kesan blur pada background tetapi sharp pada subjek. Lebih spesifik lagi bokeh disebabkan oleh keadaan blur diluar kawasan titik fokus kamera. Nak mudah faham bolehlah tengok contoh-contoh gambar bokeh kat sini.

Kita terus dengan teknik menghasilkan bokeh dengan DSLR. Teknik ini saya tunjukkan cara paling mudah iaitu dengan menggunakan mode Aperture priority (A) dan hanya menggunakan sumber cahaya daripada matahari. Jadi tak perlu susah payah fikirkan tentang shutter speed bagai. Nak cabaran sikit bolehlah guna mode Manual (M) tapi kena banyakkan eksperimen untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Cara-caranya:

Baca Seterusnya »

Jan 25, 2012

5 Blog Fotografi Mesti Baca

Sedar tak sedar dah setahun lebih saya meminati bidang fotografi dengan menggunakan Nikon D3100. Sekadar minat, mahirnya belum lagi. Minat bidang fotografi ni mula timbul semasa saya kerja kat KL dulu, dalam tahun 2008 hingga 2010. Masih lagi ditahap belajar. Tapi belajar daripada bacaan jelah buat masa ni. Kata orang belajar sendiri ni lambat sikit nak mahir berbanding berguru dengan fotografer yang berpengalaman. Belajar daripada guru pun secara tak berapa formal semasa Outing Fotoshoot di Batu Caves tahun 2010 dulu.

Untuk hari ini saya nak kongsi 5 blog fotografi kegemaran saya yang selalu saya jadikan sebagai rujukan dalam bidang fotografi. Kelima-lima blog ni bukan sekadar mengajar teknik-teknik fotografi, malah turut memberikan beberapa tips dan panduan dalam memilih kamera mahupun lens yang sesuai dengan keadaan. Kalau korang minat fotografi, kelima-lima blog ni boleh dimasukkan dalam list blog fotografi korang.

Blog Ijam

Ijam 5 Blog Fotografi Mesti Baca

Kalau nak tahu, bro Ijam nilah guru Outing Fotoshoot di Batu Caves dulu. Ijam atau nama sebenarnya Noorizam selalu buat outing photoshoot secara percuma dengan menggunakan jenama UFO dan lokasinya hampir merangkumi seluruh semenanjung Malaysia (ke dah sampai Sabah Sarawak?). Ijam banyak bagi tips basic untuk fotografi sesuai dengan header blog beliau yang cukup simple. Katanya, basic fotografi adalah paling penting untuk mendapatkan gambar hasil yang baik. Sangat rugi kalau beli kamera dan lens mahal tapi asas fotografi pun tak master lagi. Asas fotografi yang dimaksudkan ialah Aperture, Shutter Speed dan ISO. Tanyalah mana-mana fotografer pun, inilah asasnya yang paling penting untuk belajar dulu. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
  • Kimmy: Kipas haji eyh?
  • titan: tak faham. tak fahammm..
  • chii: topi yg mcm beret tu :-)
  • Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
  • tuan tanah: kena ada kalau selalu...
  • azura: kipas moden dah sekarang, lama...
  • azman: Yup mmg cuaca panas...
  • akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
  • chii: chii ingtkan tadi topi..adeih

Pengomen Terhangat

8 comments
7 comments
6 comments
6 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
5 comments
4 comments

Kategori

Arkib

BlogMalaysia.com