close button

Ramadzan Murabak al-Murtabak

Ramadhan

Haih, banyak benor yang silapnya dengan banner ni. Mari kita main cari perkataan tersembunyi dalam gambar kat atas hehe. Sila tinggalkan jawapan korang di ruang komen. Siapa yang paling banyak dapat jawapan yang betul akan dapat baucer berbuka puasa di rumah sendiri :D Klu, ada 5 salah eja.

Kredit gambar kepada Zunar Kartunis.

Mak Mohd Khairuddin Punya Anak

Susulan daripada entri Siapa Mak Mohd Khairuddin semalam hehe.

Mak Mohd Khairuddin

Jalan-Jalan Di i-City Shah Alam

Jalan-jalan di i-City Seksyen 7 Shah Alam

Entri kali ini cuma banyak gambar daripada celoteh haha. Boleh ke? Cubaan nak puasa esok. Nak puasa ni eloklah kalau kita kurangkan bercakap tapi lebihkan zikrullah. Moga-moga Ramadhan kita kali ni lebih berkualiti daripada tahun-tahun sudah, insyaAllah.

Hari Ahad lepas aku dengan isteri jalan-jalan ke i-City yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam. First time ke sana. Bila nak masuk tu tak sangka pulak kena bayar RM10, ingat dapat masuk free. Alahai kampungnya aku hehe. Bayar RM10 dapat kupon RM10, boleh redeem untuk makan atau masuk rumah salji. Nak tak nak terpaksalah guna jugak kupon tu. Rugi jelah kalau tak guna.

Sampai sana dalam pukul 7 malam. Makan malam dulu kat Restoran D’Taman sebelum menikmati keindahan cahaya lampu. Tak nak cakap banyak, layankan gambar-gambar yang dapat aku snap guna kamera handphone je neh huhu. Sepatutnya aku pinjam Nikon D60 adik aku dulu sebelum ke i-City, baru syok nak shoot. Rumah dia pun dekat sangat dah sebenarnya dengan i-City. Haih, rugi..rugi…

Baca lagi…

Pelawat Dari Israel

Check Nuffnang Analytic tadi. Tak sangka, ada juga pelawat datang dari Israel ek. Apa diorang nak buat ye? Nak ambik gambar aku untuk cop sebagai terrorist? Huh!!

israelb Pelawat Dari Israel

Salam Maal Hijrah 1431

maalhijrah Salam Maal Hijrah 1431

Ucapkanlah selamat datang kepada tahun baru Islam pada Maghrib nanti dengan membaca doa awal tahun 1431H. Dan pada Asar ini kita bacakan doa akhir tahun 1430H sebagai tanda akan bermulanya azam baru dalam kalendar Islam.

Ingat lagi doa akhir dan awal tahun Hijrah? Takpe kalau tak ingat, boleh dapatkan doa-doa tersebut di blog ini, ada maksudnya sekali. Aku pun tak ingat hehe. Yelah, setahun sekali. Kalau tak amal memang susah nak lekat dalam ingatan. Sama-samalah kita menanam azam baru di bulan Muharram ini.

Salam Muharram semua. Aku balik ke kampung Maghrib nanti. Bakal menempuh 6 jam perjalanan seorang diri. Harap perjalanan lancar dan hujan di Kelantan akan reda sekembalinya aku ke sana seperti selalu. Chee wah…haha…