Siapa Pandai Matematik?

Hoho. Inilah dia email yang menguji minda pernah aku cuba dulu. Sangat sesuai untuk mereka yang sukakan cabaran Matematik macam aku haha. Kat sekolah dulu kalau kelas Math je mesti terang bijik mata memandang papan hitam dan muka cikgu. Subjek lain banyak menulis, aku jadi penat. Kalau dah penat, tulisan pun jadi buruk. Bila tulisan buruk, rasa malas pula datang bertandang di hati. Bila dah rasa malas, mata pun mulalah kuyu. Kalau satu hari tu takde subjek Matematik, confirm sekolah hari tu paling tak best. Sebut pasal Matematik teringat kat Sufiah Yusof, genius Matematik yang berjaya ke Oxford University pada usia 13 tahun tapi akhirnya memilih jalan sebagai pelacur. Semoga dia kembali ke jalan yang benar sebenar-benarnya.

Panjang pulak celoteh.

Ok. Bagi korang yang ingin menguji tahap kepandaian Matematik, aku sangat alu-alukan korang untuk cuba selesai soalan Matematik ni untuk dapatkan password bagi file yang korang kena download nanti.

Kalau anda seorang engineer, sepatutnya boleh dapat jawapan kurang daripada 3 minit. Kalau arkitek, kurang daripada 3 jam. Kalau doktor, 6 jam. Akauntan, 3 bulan. Dan kalau peguam, kemungkinan tak dapat² jawapan haha. Gurau² je. Catatan masa aku, 5 minit 13 saat campur masa nak cari kalkulator dalam PC neh huhu.

Soalan:
Apakah nombor seterusnya bagi siri nombor berikut: 1, 2, 6, 42, 1806, ____???

Eheh. Jawab jangan tak jawab. Jawapan adalah password untuk buka file Excel nanti. Boleh download di sini file tersebut. File tersebut dizipkan dengan winrar. Jadi dapatkan winrar atau 7zip untuk extract.

Kat dalam file rar tadi ada satu file Excel yang bernama ‘Hall of Fame – Beat Me’. Buka file tersebut dan masukkan password yang betul iaitu jawapan bagi soalan Matematik tadi.

Kalau berjaya buka, tahniah diucapkan :)

Langkah seterusnya, taipkan nama korang dan hantarkan kepada orang lain pula. Otak kita ni kena asah selalu supaya kekal tajam eheh.

Selamat mengira!!

Layakkah Kau Digelar Shopping Cart Hero?

Shopping Cart Hero Game

Cuba main game online simple as pimple ni. Seronok juga kalau nak release sikit tekanan kerja. Jangan sampai bos jeling tajam sudah haha. Game ini dinamakan Shopping Cart Hero.

Kumpul point sampai cukup untuk upgrade. Contohnya, tambahkan beban (orang) supaya boleh lompat lebih jauh, pasang roket untuk boost lebih tinggi dan laju, tukar jenis tayar untuk kelajuan,  juga boleh upgrade sehingga mampu buat style untuk extra point. Asyik juga main game ni eheh. Mari kita lawan siapa yang score lebih tinggi.

Read more

Blog Widget by LinkWithin