Dah lama simpan entri ni sebenarnya. Tunggu masa nak dipublishkan je. Jadi hari ni, malam ni, sesuai dengan otak aku yang agak penat sejak Khamis lepas sampailah petang tadi, Amirez.com mempersembahkan satu ebook yang sangat sangat berguna untuk online business. Ebook ni adalah terbitan oleh team Flarebiz. Huh, penat sangat rasanya otak ni. Nak mengayat pun tak berapa feel. Jadi dipendekkan cerita, kalau berminat bolehlah download ebook ni. Dalam file yang didownload nanti ada dua ebook daripada Flarebiz, ebook Kegagalan Membina Minisite dengan ebook Modul Bengkel iaitu panduan membuat minisite yang digunakan oleh Flarebiz dalam salah satu bengkel yang diorang anjurkan April 2009 lepas bernilai RM97. Kalau nak download sekaranglah masanya. Mana tahu lepas ni diorang tarik balik pengedaran ebook ni secara percuma.
Download Di Sini
Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com
Sekali lagi Raja Kamil anjurkan pertandingan. Raja Kamil ni memang suka benar buat pertandingan. Senang pulak tu nak join, cuma copy dan kemudian paste dalam blog masing-masing. Lepas tu tunggu masa untuk jadi pemenang je hehe. Pemenang dipilih secara random. Kira macam cabutan bertuahlah.
Kalau menang akan dapat 3 buah MP3 player yang funky, ringan, comel dan berkapasiti 2GB setiap satu. Aku pernah dapat MP3 player ni daripada otai Internet Marketer dunia iaitu Russell Brunson tahun lepas. Nak caj MP3 player ni senang je, cuma perlu cucuk kabel USB ke PC atau laptop. Sambil baca Amirez.com sambil caj MP3 player

Agak jarang aku update blog sekarang ni. Nak kata sibuk, taklah sangat. Tapi suka buat-buat sibuk haha. Sememangnya aku jenis orang yang sangat sibuk dengan urusan keluarga, termasuklah bercuti ke Terengganu baru-baru ni hehe. Mana boleh budak-budak sekolah cuti dua minggu, aku pun mau cuti haha.
Next entri aku buat cerita pasal percutian ke Terengganu dengan family sebelah isteri, ada insiden yang tak mungkin dapat aku lupakan sampai bila-bila. Untuk entri kali ni aku nak cerita dulu pasal patung beruang besar sekor ni hehe.
Dulu aku selalu pening bila nak cari hadiah untuk kawan perempuan. Kalau lelaki senang je, bagi pendrive 8Gb pun dah melompat-lompat keriangan. Tapi untuk perempuan, pening weh! Selalunya dalam kepala aku dulu hanya satu je hadiah yang terlintas….teddy bear hehe. Tapi masalah jugak, selalunya size teddy bear yang gedabak besar barulah si dia suka. Kalau usung teddy bear besar kat Mid Valley mesti beratus-ratus mata pandang pelik kat kita haha. Jangankan bawak teddy bear, masa nak pilih kat kedai pun orang mungkin pandang slack. Diorang bukan tau kita nak bagi kat sape kan?
Tapi tadi aku terjumpa satu cara paling senang untuk beli teddy bear besar. Korang tak perlu rasa malu lagi dah nak pikul beruang sekor ni kat shopping complex. Cuma order kat www.bigteddybear2u.com je, beruang korang akan sampai ke pintu rumah dalam masa 3 atau 7 hari. Jimat duit minyak lagi haa
Baca lagi…
Masih ingat dengan PayPal Wishlist yang diheboh²kan sejak November (kalau tak silap) lepas? Masa tu ramai juga yang ragu² PayPal ni betul² bayar atau tak. Ada juga yang tak percaya langsung. Aku pun sebenarnya, pada mulanyalah. Tapi disebabkan tak perlu keluarkan satu sen pun untuk join, kenapa tidak kita mencuba kan?
Dan semalam aku mendapat habuannya setelah berkempen selama sebulan hanya di Facebook dengan usaha yang tidak seberapa. USD15 telah dikreditkan ke dalam akaun PayPal aku hoho. Senang² je dapat duit. Kalaulah dapat USD100…korang imagine la sendiri haha.
Cakap je mana orang percaya. Jadi, ini buktinya…
Baca lagi…

Hoho baru nak update pasal 2010 tengah hari 1 Januari ni. Ini pun sebab baru bukak Google Reader tadi, ada la satu entri tentang Kertas Dinding Kalendar 2010 untuk komputer ni daripada Smashing Magazines. So, kepada siapa² yang nak ‘lekatkan’ kalendar ni boleh download mengikut resolution yang sesuai dengan laptop atau komputer korang di Smashing Magazines.
Itu saja sebagai entri sulung 2010 ni eheh. Selamat Tahun Baru 2010. May Allah bless you.
Recent Comments