Browsing articles in "Islam"
Feb 4, 2012

Amalan Diet Rasulullah

Selalu kita dengar orang berusaha untuk diet sehinggakan memudaratkan diri sendiri seperti masalah anoreksia nervosa dan bulimia. Anoreksia nervosa adalah sejenis penyakit yang berpunca daripada amalan diet yang melampau. Dalam kata yang lebih tepat, anoreksia adalah aktiviti menguruskan badan dengan melakukan pembatasan makan secara sengaja dan melalui kawalan yang ketat. Manakala bulimia pula adalah penyakit memuntahkan makanan sebaik saja hendak mula menelan. Kedua-duanya berpunca daripada matlamat ingin mendapatkan bentuk tubuh badan yang langsing, sangat sinonim dikaitkan dengan golongan wanita.

Sebaik-baik contoh adalah Rasulullah s.a.w. Dalam soal diet, Rasulullah s.a.w. telah tunjukkan kepada kita cara pemakanan yang betul melalui beberapa hadis sahih. Bukan saja dapat membentuk tubuh badan yang ideal seperti Baginda Rasulullah s.a.w., malah dapat menjaga tahap kesihatan badan kita. Pakar kesihatan mengatakan kebanyakan penyakit berpunca dari perut. Jadi dengan menjaga perut bermakna kita menjaga kesihatan badan keseluruhannya.

Sebelum kita kepada amalan diet Rasulullah s.a.w., kita teliti dulu beberapa hadis sahih tentang makan dan minum Baginda Rasulullah s.a.w. seperti berikut:

  • Ka’ab bin Malik berkata: Rasulullah menjilat jari-jari Baginda tiga kali sesudah makan (Direkodkan oleh Tirmizi dan Muslim).
  • Abu Juhaifah berkata: Rasulullah berkata, “Aku tidak makan sambil bersandar.” (Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Abu Dawud dan Ibu Majah).
  • Aisyah berkata: Keluarga Rasulullah tidak pernah memakan roti gandung sehingga kenyang selama dua hari berturut-turut, sehingga Baginda wafat (Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Ibnu Majah).
  • Aisyah berkata: Rasulullah berkata, “Sebaik-baik lauk adalah cuka.” (Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Ibnu Majah).
  • Aisyah berkata: Rasulullah menyukai manisan dan madu (Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari, Muslim dan Abu Dawud).
  • Aisyah berkata: Rasulullah pernah memakan buah tembikai dengan kurma yang baru masak (Direkodkan oleh Tirmizi dan Nasa’i).
  • Ibnu Abbas berkata: Aku menuangkan air zam zam untuk Rasulullah, Baginda minum sambil berdiri (Direkodkan oleh Tirmizi, Bukhari dan Muslim).
  • Anas bin Malik berkata: Rasulullah menarik nafas sebanyak tiga kali di luar bekas minumannya emasa minum. Baginda berkata, “Cara ini lebih menyihatkan dan memuaskan.” (Direkodkan oleh Tirmizi, Muslim dan Abu Dawud).

Menjilat jari sesudah makan seperti yang diamalkan Rasulullah s.a.w. ada kebaikannya. Saintis yang membuat kajian berkenaan dengan perkara ini mengatakan bahawa amalan menjilat jari selepas makan boleh mempercepatkan proses penghadaman memandangkan di celah-celah jari terdapat 10 kali ganda lebih banyak enzim berbanding lidah. Sesiapa yang menghidapi masalah berat badan berlebihan boleh cuba amalkan cara Rasulullah ni. Makanan yang cepat hadam secara logiknya tidak akan menyebabkan kita menghidapi masalah lebihan berat badan. Ini juga bermakna makan dengan menggunakan tangan adalah jauh lebih baik daripada menggunakan sudu dan garpu. Dan sebagai tambahan, tangan yang menyuap makanan ke dalam mulut mestilah tangan kanan, kerana tangan kiri adalah suapan yang disertakan bersama dengan syaitan.

Rasulullah juga sukakan manisan dan madu. Untuk maklumat, madu yang terbaik dan paling berkualiti adalah madu sidr daripada pokok sidr yang lazimnya terdapat di negara Yaman. Apa istimewanya? Silakan Google icon wink Amalan Diet Rasulullah

Rasulullah s.a.w. juga mempunyai beberapa larangan ketika makan. Antaranya ialah:

  • Elakkan makan IKAN bersama SUSU
  • Elakkan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
  • Elakkan makan SUSU bersama CUKA
  • Elakkan makan CUKA bersama IKAN
  • Elakkan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
  • Elakkan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

Sumber ini adalah petikan daripada buku Cara Makan RAsullulah s.a.w. tulisan Prof. Dr Abdul Basith Muhammad As-Sayyid. Kredit kepada Encik Sedap. Sebagai tambahan, jangan makan buah selepas selesai makan nasi. Seelok-eloknya makanlah buah sebelum menjamah nasi.

Menurut info yang saya dapat melalui blog Lubuk Petua Warisan pula ada mengatakan jangan sesekali tidak mengambil hidangan malam kerana sesiapa yang tidak makan malam akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda.

Kita juga ditegah untuk makan makanan darat dan laut dalam satu hidangan serentak, contohnya ayam dan ikan. Dikatakan oleh ilmuwan bahawa dalam daging ayam mengandungi ion positif makanala dalam ikan pula mengandungi ion negatif. Percampuran dua ion yang berlawanan ini boleh merosakkan usus kita.

Orang Yahudi mengamalkan cara pemakanan sebegini, mengikut cara Rasulullah s.a.w. Dikatakan orang Yahudi tidak akan menghidangkan lauk ayam jika ikan sudah ada di atas meja, begitu juga sebaliknya. Malu kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. sendiri kalau tak mengikut apa yang Rasulullah ajarkan.

Diharap sedikit sebanyak informasi yang ada ini dapat mengubah diet anda bagi sesiapa yang dalam proses untuk menurunkan berat badan. Rasulullah telah tunjukkan cara, selebihnya bergantung kepada kita untuk mengamalkannya. Apa yang paling penting, berhenti makan sebelum kenyang sebagaimana yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Banyak kelebihannya selain daripada mengelakkan daripada peningkatan berat badan berlebihan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Salam Maulidur Rasul 1433 Hijrah. #MaulidurRasul

Jan 7, 2012

Ustaz Azhar Idrus Dituduh Sesat, Zina dan Ejen Iblis

ustazazharidrus Ustaz Azhar Idrus Dituduh Sesat, Zina dan Ejen Iblis Sejak progam Santai Bersama GEMS di Dataran Shah Alam sempena Tahun Baru 2012 pada 31 Disember 2011 lepas, nama Ustaz Azhar Idrus semakin dikenali ramai. Mana taknya, macam-macam finah dan tohmahan yang diberikan kepada Ustaz Azhar yang jelas hanya untuk menjatuhkan nama baik seorang ustaz yang menjadi ikutan golongan muda kebanyakannya. Makin dekat dengan pilihan raya, makin hebatlah fitnah dilemparkan kepadanya.

Saya ada terbaca dalam akhbar online baru-baru ni yang mengatakan bahawa pihak UMNO mula takut dengan ‘kehebatan’ Ustaz Azhar Idrus kerana majoriti ‘peminatnya’ adalah terdiri daripada golongan orang muda. Lihat saja pengunjung di Dataran Shah Alam baru-baru ni, seramai hampir 80,000 orang yang datang dikatakan lebih kurang 85% daripadanya adalah golongan anak muda. Sama juga dengan kuliah Ustaz Azhar Idrus di UIA tahun lepas, berpusu-pusu penonton datang memeriahkan majlis yang majoritinya adalah penuntut-penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sendiri hinggakan tidak cukup tempat duduk. Mereka sanggup berdiri dalam asakan orang ramai semata-mata untuk mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus yang sentiasa menjadi kesukaan golongan muda. Hal yang sama berlaku semasa Ustaz Azhar dijemput memberikan ceramah dalam bulan puasa tahun 2011 yang lepas di Kota Bharu, penuh sesak dengan penonton hinggakan tak cukup tempat untuk parkir kereta. Peminat, penonton dan pendengar Ustaz Azhar Idrus ada di mana-mana saja.

Saya terkejut apabila membaca satu kenyataan dalam sebuah blog yang memfitnah Ustaz Azhar melakukan zina di sebuah tandas wanita masjid di Jambu Bongkok, Marang, Terengganu sekitar pukul 1 pagi. Cerita lanjut boleh baca di sini.

Baca Seterusnya »

Dec 23, 2011

6 Rahsia Sujud Dalam Solat

Setiap hari kita menunaikan rukun Islam yang kedua iaitu solat sehari dan semalam. Sebanyak 17 kali surah al-Fatihah dibaca dalam sehari. Selain daripada melakukan suruhan Allah s.w.t., solat juga mempunyai rahsia yang jarang sangat kita ambil tahu terutamanya ketika sujud. Sesungguhnya setiap perbuatan dalam Islam itu tidak dilakukan dengan sia-sia.

sujud 6 Rahsia Sujud Dalam Solat

6 Rahsia Sujud Dalam Solat

Sujud adalah salah satu gerakan dalam solat yang paling memberi kesan kepada kesihatan kita. Sujud adalah satu keadaan yang mana kita sangat hampir dengan Allah s.w.t. Berikut adalah 6 rahsia sujud yang telah dikaji secara saintifik: Baca Seterusnya »

Dec 11, 2011

Gambar Gerhana Bulan 10 Disember 2011

Alhamdulillah semalam sempat juga menyaksikan satu lagi tanda kekuasaan Allah s.w.t. yang berlaku di langit walaupun keadaan cuaca kat sini kurang mengizinkan. Tapi sayang tak sempat nak lihat gerhana bulan penuh yang dikatakan berlaku sekitar pukul 10:30 malam sebab keadaan awan yang agak tebal pada masa tu.

Kat bawah ni ada 3 keping gambar gerhana bulan 10 Disember 2011 yang sempat saya shoot semalam walaupun agak seksa terpaksa membongkok sebab tripod tak cukup tinggi. Maaflah gambar kurang kualiti, tak cukup pengalaman shoot gambar waktu malam hehe. Cuma pakai lens Tamron 18-200mm je ni. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

  • nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
  • nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
  • nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
  • fariq fariqun: salam bro. pada...
  • mira: hehehe tu jalan skudai, bukan...
  • mira: chopp!!! ni kat jalan skudai @...
  • mira: saya bersekolah di johor bahru...
  • cikguden: sayang anak...
  • ohcikgu: pernah makan ayam dan...
  • apai: best~ cite nie memang best~

Pengomen Terhangat

3 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks