Satay Sedap di Satay Station

Dinner di Satay Station

Salam ceria saudara saudari. Dah makan? Puasa 6? Alhamdulillah. Itu yang kita mau. Semoga pahala puasa saudara saudari bertambah-tambah kali ini, insyaAllah.

Pernah dengar Satay Station? Peminat Maria Tunku Sabri dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan mesti pernah tengok restoran ni dalam TV. Dua hari lepas aku sempat ke sana untuk makan malam dengan Hassan. Idea nak makan kat Satay Station ni datang secara spontan masa bergerak pulang ke KL dari Melaka. Hassan cakap satay kat situ memang sedap. Restorannya pun unik, macam rumah kampung. Kalau datang ke sana mesti tak rasa macam datang ke restoran. Erk…restoran ke kedai makan ek? Aku tak dapat nak klasifikasikannya huhu.

Sampai kat Satay Station dalam pukul 10 malam lebih kurang. Memang betullah, tak nampak macam kedai makan pun. Sekali tengok mesti fikir rumah orang tengah buat kenduri hehe. Rumah tradisional dengan laman yang cantik, siapa sangka sebenarnya ia adalah sebuah restoran satay.

Read more

Insiden di Lebuh Raya Pagoh

Fuh Penat.

Dari Utara ke Barat, ke Selatan, kemudian ke Timur. Macam jelajah satu semenanjung. Lagi 2 minggu ke Utara lagi, di Perak. Aku harap aku tak dapat pergi. Nak pergi majlis konvokesyen QUT di Hotel Nikko.

Bermula di Pendang Lake Resort, Kedah selama 3 hari. Kemudian ke Astana Dugang Country Resort di Putrajaya selama 3 hari juga. Rehat seminggu sebelum ke Kukup Golf Resort di Pontian, Johor selama 3 hari. Habis je di Pontian lebih kurang pukul 4 petang terus bertolak ke Dungun pula.

Ada cerita best nak bagitau eheh.

On the way ke Pontian. Lebih kurang 10km dari R&R Pagoh. Cuaca panas terik. Meter Naza Ria hitam dipecut dengan kelajuan 160km/j. Selesa, sehinggalah…

Read more

Cerai Bukan Penyelesaian

cerai bukan penyelesaian

Sebelum aku bergerak ke Kedah mungkin pada malam ni, ingin aku kongsikan sedikit pendapat mengenai satu kes rumah tangga yang aku dengar melalui radio Hotfm.

Dulu aku peminat radio Era. Tapi sekarang telinga aku lebih selesa mendengar radio Hotfm. Dalam radio Hotfm selalu juga diulang satu panggilan daripada pendengar yang memberikan pendapatnya berkenaan dengan satu krisis rumah tangga yang berbunyi begini:

Si isteri membuat pengakuan yang dia pernah bekerja sebagai GRO sebelum mereka bernikah. Si suami pula tidak dapat menerima hakikat bahawa isterinya dahulu merupakan seorang GRO.

Jadi, Faizal Ismail atau FBI dengan Fara Fauzana atau Fafau membuka talian kepada pendengar untuk berikan pendapat. Adalah satu panggilan ni daripada seorang perempuan. Pendapatnya, maafkan si isteri dan lepaskannya, sebab status bekas GRO itu akan menjadi filem yang selalu bermain di depan si suami, tak mustahil bila mereka bertelingkah hal tersebut akan diungkit.

Aku tidak dapat terima pendapat akak tersebut. Bagi aku agak negatif pandangannya. Dia lebih memikirkan tentang akibat pertelingkahan suami isteri, bukan nak fikirkan bagaimana untuk elakkan pertelingkahan. Prevention is better than cure. Bukankah itu lebih baik? Perkahwinan bukan untuk sehari dua. Jadi ini pendapat aku secara peribadi.

Read more

Sesak Semasa Thaipusam

Thaipusam

Baru balik dari SM Teknik Kuala Selangor. On the way nak balik ke villa mewah lagi megah yang tak berapa nak jauh dari Batu Caves ni, aku terperangkap buat kali kedua tahun ni dalam kesesakan lalu lintas. Hari tu lepas cuti Tahun Baru Cina, kali ni cuti Thaipusam pula. Ini kali pertama aku sempat tengok kaum beragama Hindu menyambut Thaipusam di Batu Caves. Ramai sungguh, termasuk la yang Melayu turut sama memakirkan kenderaan masing² di bahu jalan sehingga menyebabkan kesesakan bertambah.

Malas nak cakap panjang. Nak tunjuk beberapa gambar yang sempat aku snap. Ada satu gambar tak dapat tangkap, gambar polis trafik yang sangat besar fizikalnya eheh. Takpelah, biarkan dia dengan tugasnya.

Aku paling tertarik dengan sorang ni. Pelik sungguh pemakaiannya dia haha. Tengoklah sendiri. Tolong beritahu kepada aku, siapa dia dan apakah dia tengah buat, sebab aku langsung tak dapat fikir apa dia tengah buat di tengah² hiruk-pikuk manusia dengan berpakaian sedemikian rupa haha.

Read more

Hari Ini Cuti, Yeay!

cuti-cuti Isnin

Hari ini cuti bagi mereka yang bekerja di Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur termasuklah ofis aku yang terletak di sempadan KL-Selangor. Cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari semalam. Macam biasalah, dibawa ke hari Isnin kalau cuti jatuh pada hari Ahad. Cuti daripada bekerja memang seronok, tapi tak seronok kalau cuti dibiarkan begitu saja tanpa pengisian aktiviti menarik.

Hidup aku hari ini bermula seawal 4:30 pagi. Sebenarnya pukul 3:30 lagi aku dah terjaga. Risau kot² si dia sampai awal. Memang betul pun si dia sampai awal setengah jam daripada jangkaan aku. Lebih kurang 4:15 dia call. Siap² mandi, pakai baju, seluar tak dilupakan juga, terus aku ke tempat dia diturunkan. Laju betul bas tu bawak. Bertolak dari kampung pukul 10:15, sampai kat sini pukul 4:30. Kadang² bila fikir tak logik akal jugak boleh sampai selaju tu. Mungkin sebab awal pagi, jalan lengang tanpa kenderaan.

Bawa si dia round² KL tanpa arah tujuan. Nak hantar terus ke rumah pakciknya takut ganggu tidur pulak. Pertama kali aku masuk KL seawal itu. Barulah terasa yang KL pun ada waktu lengang tanpa manusia. Kadang² tersilap masuk lorong bertentangan. Nasib baik cuma kereta aku yang berjalan haha.

Read more

Blog Widget by LinkWithin