Checklist Amalan di Bulan Ramadhan
Di bulan Ramadhan ni eloklah kita perbanyakkan amalan yang baik. Kalau bulan² lain kita agak liat untuk beramal, maka eloklah kita perbaiki diri di bulan yang mulia ni. Syaitan pun dah dikuarantin sebulan. Godaan syaitan dah tentu takde. Tinggal diri kita sendiri je nak buat ke tak. Apa² pun, sama² kita perbaiki diri. Yoshi!!
4.00 pagi
- Bangun berdoa kepada ALLAH dengan doa:
- Berniatlah untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikan hari itu.
- Mandi dan membersihkan diri.
- Mengambil whudu’ dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah DIA mematikan aku dan kepadanyalah aku akan dikembalikan.”
4.20 pagi
- Solat sunat Taubat
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa-dosa. - Solat sunat Tahajjud
Rakaat pertama selepas Al-Fatihah baca surah Al-Kafirun, Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas. Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada ALLAH. - Solat sunat Hajat
Rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali Selepas Al-Fatihah Rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. - Solat sunat Witir
Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir 1 rakaat. Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta, merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa-dosa kita, terima taubat kita, terima amalan kita, memperkenankan doa dan permintaan kita.
5.00 pagi
Keajaiban Sujud Ketika Solat
Sudah tak berapa lama lagi bulan Ramadhan akan menjemput kita, dijangka pada hari Sabtu ini. Bermakna pada 21 Ogos 2009 akan datang bermulalah malam Ramadhan pertama yang dihiasi dengan solat sunat Tarawikh. Marilah kita sama² berusaha semoga tahun ini kita dapat sempurnakan solat sunat Tarawikh selama sebulan.
Melilau ke Facebook tadi terlihat satu artikel berkenaan dengan lagu munajat daripada kumpulan Rabbani dalam satu blog tempatan. Pautan diklik untuk ke sana, tapi aku tertarik dengan artikel berkenaan dengan keajaiban sujud ketika solat. Berikut adalah artikel dari blog berkenaan:
Hikmah Sujud Ketika Solat
Valentine's Day – Hari Romantik Sedunia

Yeay, esok Valentine’s Day. Esok hari romantik sedunia. Esok ramai hatinya berbunga² mekar, perasaan cinta membuak² dan hidupnya diwarnai merah jambu. Esok adalah hari yang sangat dinanti²kan bagi pasangan kekasih, terutamanya remaja.
Kalau di Jepun, Valentine’s Day disambut dengan menghadiahkan cokelat daripada pasangan perempuan kepada pasangan lelakinya (setakat yang aku tahu). Cokelat itu lebih bermakna kalau hasil tangan si perempuan itu sendiri. Tak silap aku juga, ada satu tempat di sana yang mengajar remaja² perempuan membuat cokelat untuk dihadiahkan kepada lelaki yang diminatinya. Sungguh romantik.
Lain pula di negara yang kita cintai ini. Bukan cokelat dihadiahkan. Bukan bunga diberikan. Bukan juga cincin emas mahupun platinum disarungkan ke jari. Yang diberi kepada pasangan tercinta adalah kehormatan diri. Demi cinta si perempuan sanggup menyerahkan mahkota daranya kepada si lelaki, buah hatinya yang tersayang untuk membuktikan betapa dalam cintanya. Sama seperti pada sambutan Tahun Baru. Mereka ingin jadikan tarikh tersebut sebagai tarikh sejarah, dan permulaan kepada bukti cinta mereka. Dan juga permulaan kepada pembuangan bayi. Kasihan si kecil itu. Makamkanlah dia, bukan dibuang sesuka hati.
Betul juga satu rangkap ayat tentang cinta yang aku dengar sejak di bangku sekolah:
Wanita memberikan seks untuk mendapatkan cinta. Lelaki memberikan cinta untuk mendapatkan seks.
Hati² wahai kaum yang lemah. Kau mungkin kuat dari sudut lain, tapi mungkin kau amat lemah dengan kata² manis lelaki yang kau fikir boleh kau percayai. Bukan begitu caranya untuk buktikan cintamu. Jika kau berlandaskan agama, kau akan jumpa kesucian dan kemanisan bercinta. Aku fikir mana² agama juga tidak menyuruh daranya dirabakkan dengan cara haram atau tidak sepatutnya.
Aku fikir ramai sudah tahu sejarah Hari Valentine. Kalau sudah lupa, silalah baca di sini ataupun di sini.
ps: owh, lelong, amazon malah facebook’s pet society pun tengah sibuk dengan hadiah Valentine’s Day.
Punca Kenapa Muslim Murtad
Isu ni dah lama aku nak kongsikan dengan sesiapa yang betul mengambil berat denga agama Islam, tak kiralah Muslim ataupun non-Muslim. Non-Muslim pun ada yang tahu tentang agama Islam dari segi hukum dan penghayatan. Tak malukah wahai orang Islam yang hanya sekadar Muslim pada nama di kad pengenalan biru? Bangkitlah daripada duniawi yang melalaikan.
Tadi aku melawat Khai sekejap, tertarik juga dengan topik yang dia bangkitkan tentang blog² yang menghina Islam seperti ini dan ini. Aku rasa masih banyak blog² di luar sana yang cuba mengundang kekeliruan umat Islam yang cetek pengetahuan agama dan lemah imannya. Ini sungguh bahaya. Mereka pandai membangkitkan persoalan dalam ayat² suci al-Quran yang mereka tafsirkan sendiri dengan ilmu mereka yang jahil lagi bodoh.
Contohnya seperti di blog ini, penulis cuba merungkai persoalan tentang Islam yang dia cuma melihat melalui pandangan akalnya yang cetek. Tidak bertanya kepada mereka yang lebih arif untuk mendapatkan jawapan, sebaliknya membiarkan persoalan terus bersawang di kepala. Seperti belajar al-Quran secara sendirian, ibarat dia bergurukan syaitan. Dan syaitan itu tugasnya menyesatkan.
Pandangan akal selalu tersalah – al-Quran
Gaza Berdarah
Tidak aku dapat berdiam diri bila melihatkan penduduk Palestin di Gaza diperang, dibunuh, didera dengan tentera laknatullah Israel. Banyak blog WordPress mahupun Blogspot seminggu dua ini menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap apa yang dilakukan tentera Israel di Gaza. Andai aku terus leka dengan entri² syok sendiri, pasti aku dianggap tidak mempunyai belas dan sensitiviti terhadap saudara Islam di sana…walaupun jauh di lubuk hati menangis menatap wajah mereka di kaca televisyen.
Lama sudah aku pendamkan untuk menulis entri ini. Tapi aku tidak tahu apa dan bagaimana hendak aku suarakan. Jadi aku sertakan beberapa pautan kepada blogger² yang kukira menarik dan patut dibaca.
Statistik semalam jumlah manusia yang mengundi Palestin mahupun laknatullah Israel. Aku terkilan, ada segelintir manusia berbumi Malaysia yang mengundi Israel.
Undi Palestin, jika kau kasihankan saudara kita di sana. Walaupun ini kufikir tidak mendatangkan apa² kesan mahupun menghidupkan kembali rakyat Palestin yang telah syahid, sekurang²nya kau menunjukkan sedikit protes terhadap Israel. Undi sekarang!










