Makna Tersirat Lagu Aku Maafkan Kamu – Malique Ft Jamal Abdillah
Lagu Aku Maafkan Kamu hasil nyanyian Malique dan Jamal Abdillah acapkali kita dengar di corong-corong radio sekarang ni. Mula-mula lagu ni menusuk ke halwa telinga saya langsung tak faham makna setiap bait liriknya. Selama ini saya cuma layan lagu Aku Maafkan Kamu ni sekadar satu lagu hiburan yang kena dengan selera saya, lagi-lagi apabila ianya dinyanyikan oleh Malique, salah seorang tonggak utama kumpulan duo Too Phat bersama dengan Joe Flizzow si Mr. President.
Bila lagu ni didengar berulang-ulang kali, terlalu banyak yang sukar untuk difahami. Kenapa lagu Aku Maafkan Kamu ni terlalu puitis dan penuh makna tersirat agaknya ye? Saya faham gaya hip hop sememangnya diluahkan dalam bahasa yang sengaja disembunyikan maknanya. Tapi lagu ni lain sikit.
Disebabkan lagu ni terlalu puitis, bermacam-macam tafsiran pendengar boleh andaikan. Ada yang kata lirik lagu Aku Maafkan Kamu berkisarkan tentang hidup seorang penagih atau banduan yang kebiasaannya disisih masyarakat. Atas sebab itu Jamal Abdillah dipilih untuk featuring dengan Malique sebagai ‘pelengkap’ lagu Aku Maafkan Kamu. Maaf, bukan nak jatuhkan maruah Jamal Abdillah. Ini hanyalah tafsiran individu berdasarkan apa yang difahaminya.
Ramai orang membuat tafsiran dan andaian sendiri berkenaan dengan lagu Aku Maafkan Kamu ni. Bagi saya semua tafsiran ini tiada yang salahnya sehinggalah Malique sendiri menceritakan maksud sebenar lirik lagu Aku Maafkan Kamu.
Pengalaman Kena Denda di Sekolah
Pengalaman kena denda di sekolah selalunya menjadi kenangan manis sesiapa saja yang pernah bersekolah. Orang tak sekolah tak dapat pengalaman kena denda ni hehe. Imbas balik pengalaman sekolah dulu memang ada pengalaman kena denda. Dulu saya ni antara student yang baik (kawan yang cakap, bukan saya
). Tak banyak buat hal kat sekolah. Cuma sekali dua je. Itu yang boleh ingat dengan jelas sampai ke sekarang ni.
Seingat saya cuma ada dua je pengalaman kena denda di sekolah yang betul-betul beri kesan kepada diri saya. Sekali di sekolah rendah masa Darjah 5, sekali lagi di sekolah menengah masa Tingkatan 2. Denda masa Darjah 5 ni bukan sebab nakal, tapi sebab banyak salah jawab kuiz Matematik. Denda masa Tingkatan 2 barulah disebabkan kenakalan saya
Pengalaman Kena Denda di Sekolah Rendah
Masa sekolah rendah dulu skema sikit. Tak pandai lagi nak nakal-nakal. Jadi pengalaman kena denda sebab nakal rasanya tak ada. Yang ada pun disebabkan salah jawab soalan. Alkisahnya, cikgu Matematik yang mengajar saya masa Darjah 5 dulu suka buat kuiz. Lambat atau salah jawab akan kena denda. Dulu saya lembap sangat Matematik ni. Kira pun lambat. Tak pernah suka dengan Matematik. Yang jadi pelajar tetap kena denda, sayalah. Cikgu Zul cuma ada dua jenis je cara denda dia. Pertama, ketuk ruas jari dengan pembaris kayu. Bukan tapak tangan, itu tak cukup sakit. Ini ruas jari dari arah belakang tangan. Sakitnya jangan cakap. Tengah menaip ni pun boleh terasa. Satu soalan salah, dua kali kena ketuk. Kalau sepuluh soalan salah, alamatnya tak menulislah hari tu. Tangan terketar-ketar tahan sakit.
Selamat Datang 2012 Dunia Kiamat
Sedar tak sedar hari ini sudah pun menjengah tarikh 2 Januari 2012. Usia pun dah bertambah walaupun belum lagi cukup bulan. Maaflah baru ada kesempatan nak update sebagai entri yang pertama dalam tahun 2012 ni. Detik 12 tengah malam 1 Januari lepas saya langsung tak ambil kisah. Bukan tidak mahu meraikan tahun baru Masihi seperti yang dilakukan di Putrajaya. Takut nanti ada orang kata melebih-lebihkan Tahun Baru 2012 Masihi berbanding Maal Hijrah 1433. Fikiran dah dijajah dengan tahun yang ditetapkan oleh orang Barat hinggakan tahun Islam sendiri pun boleh terlupa. Khilaf saya yang jahil.
Alangkah ruginya tak dapat memeriahkan suasana menyambut Tahun Baru 2012 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Disember 2011 lepas dengan pengunjung hampir 80,000 orang membanjiri dataran. Secara peribadinya saya merasakan bahawa itulah cara yang lebih baik untuk menanti kedatangan tahun baru dengan pengisian ilmu agama yang santai oleh Ustaz Azhar Idrus dan beberapa orang artis dan selebriti TV lain yang turut sama menjayakan program tersebut. Rasanya tidak ada kondom ‘bergelimpangan’ selepas program tersebut tamat.
Hari ini masih lagi hujan, cuma tidaklah selebat dua hari lepas. Bunyi titisan air dari luar tingkap kedengaran seperti lagu yang mengasyikkan sesiapa saja yang mendengar. Kalaulah saya seorang komposer, mungkin sudah tujuh lagu saya siapkan. Malangnya, saya tidak mempunyai bakat seni lagu. Hanya mampu bermain gitar secara plucking sahaja. Itupun cuma gitar kapok. Gitar elektrik? Pernah cuba tapi sumbang.

Lagu Coffee nyanyian Yunalis Zarai menjadi peneman saya semasa entri ini ditulis. Hujan rintik-rintik di luar tingkap seolah-olah melengkapkan adunan lagu bagi menaikkan mood petang yang mendung dan tenang membuatkan fikiran saya mengelamun seketika. Apakah yang ada untuk diri saya pada tahun 2012 ini? Pada ketika ini saya diibaratkan seperti berada dalam satu terowong yang gelap tanpa cahaya di hujung jalan.
Kiamat 2012
Kata Ganti Nama Apa Yang Sesuai?
Menulis blog tanpa kata ganti nama macam bercakap dengan dinding lak rasanya hehe. Awal-awal kewujudan blog dulu-dulu biasanya orang jadikan blog sebagai satu medium untuk bermonolog. Setiap post pula selalunya lebih kepada luahan hati dan perasaan. Pendek kata menulis blog hanyalah satu komunikasi sehala.
Tapi dunia blog sekarang dah berubah. Blogger sekarang ni dah makin kreatif. Blog bukan sekadar tempat untuk bermonolog. Dulu-dulu hanya kata ganti diri pertama saja yang digunakan seperti ‘aku’ atau ‘saya’. Ada juga yang guna kata ganti nama dalam loghat tempatan seperti ‘kawe’, ‘teman’ atau ‘ambo’. Itu pun sedap juga dibaca. Rasa lebih dekat dengan kita. Tapi sekarang penulisan blog lebih santai dengan menggunakan kata ganti nama kedua seperti ‘anda’, ‘awak’, ‘kamu’ ataupun ‘korang’. Soal mesra atau tak, itu terpulang kepada golongan pembaca sasaran.
Jadi, kata ganti nama apa yang sesuai untuk saya guna ye? Haha, mukadimah bukan main panjang macam pengenalan dalam karangan SPM kertas Bahasa Melayu tapi soalan sebenar yang nak ditanya simple je. Bukannya apa, nak cari kata ganti nama yang lebih sesuai dan lebih mesra bila dibaca.
Dulu pernah guna nama panggilan sebagai kata ganti nama untuk diri sendiri. Tapi bila usia makin meningkat ni takkanlah nak kekal bahasakan nama sendiri ye tak? Umur 40 tahun, pembaca pula rata-rata sekitar umur 20-an, tapi bahasakan diri dengan panggilan nama. Tak ke pelik? Kalau perempuan lain, asalkan tak nampak rupa orang akan sentiasa anggap umur tak lebih daripada 30 tahun selagi gaya bahasa muda remaja lagi hehe. Orang lelaki lain, ada egonya huhu.
Jadi nak mintak pendapat koranglah mana yang lebih sesuai untuk saya bahasakan diri saya sendiri, sama ada nak guna ‘saya’ ataupun ‘aku’. ‘Aku’ macam kasar sikit tapi kalau kena tempatnya penggunaan ‘aku’ lebih tepat. Lebih selesa guna ‘aku’ sebenarnya sebab rasa macam dah lama kenal walaupun cuma sekadar di alam maya. Sejak balik dari tunaikan Haji baru-baru ni sengaja saya guna kata ganti nama ‘saya’. Ada tujuan tertentu sebenarnya untuk masa depan.
So, camana? ‘Saya’ atau ‘aku’? Takkan ‘I’ lak, tak sessswai you haha.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
- Kimmy: Kipas haji eyh?
- titan: tak faham. tak fahammm..
- chii: topi yg mcm beret tu
- Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
- tuan tanah: kena ada kalau selalu...
- azura: kipas moden dah sekarang, lama...
- azman: Yup mmg cuaca panas...
- akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
- chii: chii ingtkan tadi topi..adeih






