Bohsia – Boring
Sempat jugaklah tengok filem Bohsia arahan Syamsul Yusof ni. Sebelum ni memang tak terlintas langsung nak tengok sejak kecewa dengan filem Evolusi KL Drift dulu. Rasa² dah boleh agak dah macam mana cerita Bohsia ni berjalan. Tapi alang² dah keluar kat Mysahabat, layanlah kejap.
Tak sangka, kebosanan cerita ni bermula pada awal² cerita lagi. Mungkin Syamsul nak tunjuk perangai mat rempit dalam babak mat² rempit bawak motor melulu kat simpang tanpa hiraukan pengguna jalan raya yang lain. Lepas tu aksi² willie mat rempit kat Dataran Merdeka. Entahlah, rasa kurang kreatif. Mungkin Syamsul nak tunjuk situasi sebenar mat² rempit ni pada malam minggu, bagai yang dikata dia telah buat ‘tugasan’ di Dataran Merdeka sebelum mengarah. Itu boleh diterima, cuma rasanya masih boleh diolah dengan intro yang lebih menarik. Dia selalu pengarah, sepatutnya dia lebih tahu.
Menyampah jugak dengan mulut si Tasha lakonan Nabila Huda, tak habis² dengan ‘do’ dia. Setahu akulah, perkataan ‘do’ ni style orang JB yang diungkap mengikut konteks ayat tertentu, bak kata housemate aku dululah, orang Larkin. Tapi Tasha ni sebut ‘do’ tak kira masa. Macam tak kena pulak. Korang yang dah tengok rasa macam mana?
Syurga Cinta Kurang Berkesan
Baru semalam berkesempatan menonton Syurga Cinta di panggung buatan sendiri kat rumah. Nak juga tahu adakah filem arahan Ahmad Idham terbitan David Teoh ni betul² sama dengan filem Kiamat Sudah Dekat atau tidak seperti yang dikatakan Ahmad Idham tidak meniru mana² filem lain. Kita mulakan dengan intro cerita.
Jujur, intro filem ni agak menarik. Bukan kerana gadis² seksi yang ditonjolkan di club, tapi istilah² yang digunakan oleh tiga sekawan iaitu Irham, Alex dan Zainal. Contohnya, ‘nasi lemak 50 sen’ bagi gadis Melayu manakala ‘1 pound’ bagi gadis mat saleh. Dulu tak faham juga. Bila tengok filem Cinta Kolesterol kalau tak silap baru faham ‘nasi lemak 30 sen’ yang dimaksudkan oleh Chef Wan dalam filem tersebut eheh. Ada juga istilah lain tapi lupa dah.
Cuma tak berapa bestnya lagak ‘mat saleh’ Irham nampak seperti agak dibuat². Stop di situ.
Setuju juga dengan pendapat Ustaz Hasrizal di blognya Saifulislam.com. Dari segi olahan skrip patut diperbaiki. Kajian masyarakat kita yang jauh menyimpang dengan agama juga perlu dikaji dengan lebih dalam oleh pengarah. Kalau dilihat filem ni, boleh dikatakan tidak berapa nak hidup jalan ceritanya. Tapi saya suka part di mana Irham menunjukkan penyesalannya secara menyeluruh apabila hendak meneguk segelas arak di meja. Dia tersentak dan tersedar daripada dosa yang bakal dilakukannya apabila secara spontan membaca bismillah sebelum minum. Lakonannya memang hidup ketika itu. Rasanya mungkin itulah satu²nya part yang dikatakan oleh penonton² sebelum ini yang membawa kesan kepada mereka. Yang lain semuanya masih lagi ‘drama Melayu’.
Tiru Kiamat Sudah Dekat
Setem USD4 Juta Jadi Rebutan
*Kenapa lak si Leh ni pejam mata haha
Semalam, kami yakni empat orang bujang menghabiskan masa ke GSC 1 Utama untuk menonton filem Setem arahan Khabir Bhatia pada pukul 11:20 malam. Asalnya bos pun nak ikut juga tapi tak jadi bila isteri dan anak dia pun nak ikut sama haha. Kasihan orang yang dah berkahwin. Malam semalam hanya untuk orang bujang saja haha.
Aku, Azam dengan Leh kena bergerak awal nak ambik tiket yang aku tempah secara online petang semalam. Risau kalau² terlambat, nanti tiket tu dijual kepada orang lain kalau lewat dalam masa 45 minit sebelum tayangan bermula. Bila sampai ke kaunter, tak penuh pun GSC semalam. Lengang. Seat pun banyak yang kosong. Patutlah senang je nak book online. Kalau tak, jadi macam filem Transformers 2 dulu.
Ada 45 minit lagi sebelum Setem bermula. Nak buang masa pergi karaoke jap layan nasyid haha. Kiri kanan orang duk melalak lagu jiwang, kitorang tibai lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada UNIC. Sempat juga Azam berzikir dalam bilik kecik tu sampaikan bilik kiri dan kanan senyap seketika haha. Bagus betul Azam ni. Tak bestnya microphone kitorang tak berapa function. Suara aku tak dengar sangat biarpun dah keluar anak tekak. Suara Leh takpelah, suara dari perut. Tak pakai mic pun boleh dengar lagi.
Kitorang terlewat sikit masuk panggung sebab tunggu Hassan dengan kawan dia datang. Seminit pertama tayangan tak sempat nak tengok. Tapi boleh fahamlah juga intronya sebab dah baca sinopsis awal². Memalukan bila tempat yang kitorang duduk tu salah nombor haha.
Panggung tak ramai pun. Mungkin sebab weekday, mungkin juga sebab dah agak lewat malam. Tapi suasana masih lagi hingar dengan lawak² Afdlin dan Sathia. Pendek kata, filem ni memang menyeronokkan. Tak hangus begitu saja RM9 semalam.
Aku sangat tertarik dengan filem Setem ni sebab sinematografiknya sangat cantik, dengan angle yang menarik. Boleh rasa kelainannya dengan filem² tempatan yang lain. Nampaknya Khabir study macam mana nak buatkan sesuatu filem itu menarik seperti menonton filem² Hollywood dan Bollywood. Tengok trailer je pun dah mengujakan, apatah lagi filemnya ye tak?
Contohnya scene di mana Mani keluar penjara, sekali tengok memang seperti filem Hindustan. Dengan gaya jalannya, misai tebalnya, muzik latar belakangnya, best. Intro cerita pun best, ala² filem penyiasatan Hollywood. Belum pernah lagi aku menonton filem tempatan lain sebegini.
Ghost Finale – Awek Gannu Mabuk Minum Arak
Baru saja habis tengok drama Ghost 2 tadi. Tapi agak kecewa, ending kurang menarik. Ops, bukan jalan cerita yang aku maksudkan. Dari segi story board best juga, cuma nampak sedikit slack dalam lakonan. Kurang hebat berbanding sebelum ni. Betullah kata PakciQue, nampak makin mengarut pula dekat² nak habis cerita. Anyway, good drama by 8TV.
Beberapa persoalan terjawab. Antaranya, Inspektor Mazdin boleh nampak Harum dan Zack disebabkan hantu Ramlan rasuk tubuh badan abangnya, Mazdin. Logik jugalah kan, hantu mesti boleh nampak sesama hantu. Nampaknya, hantu Ramlan jugalah yang merasuk tubuh badan Ridzuan sewaktu dia ditangkap Wai (dah ingat nama dah haha).
Tapi persoalan tentang Alam masih tergantung. Siapa Alam yang sebenarnya? Mungkin tak mendatangkan kesan apa² pun kalau dapat tahu identiti sebenar Alam kan? Saja being curious. Nak juga tahu asal-usul orang yang ada kuasa psikik ye tak? Yang pasti Alam sudah mati. Andai ada Season 3 lepas ni, mungkin Alam pun akan jadi hantu. Dan mungkin..dan mungkin bila nanti, kita kan bertemu lagi…haha ternyanyi pula. Mungkin Alam akan jadi hantu yang boleh ramal masa depan. Dalam episod terakhir Season 2 tiba² dia boleh tahu apa yang akan berlaku kepada dirinya. Eheh, pendapat aku la. Orait juga apa haha. Last² ada bunyi ‘beep’, mungkin Eza memilih untuk hidup setelah dipujuk oleh Zack. Macam ada sambungan je. Tapi di laman 8TV dah letak banner (banner ke??) “Ghost Season Finale”. Takde dah kot sambungan lepas ni? Sedihnya…
Ok. Tamat cerita Ghost. Kita sambung dengan cerita pasal masalah sosial remaja masa kini.
Ghost Season 2 Episod Terakhir
Dengar cerita drama tempatan terhebat pernah aku tonton setakat ini iaitu Ghost akan berakhir pada malam ni. Jadi jangan ketinggalan untuk menonton seawal mungkin bermula pukul 10 malam di saluran 8TV. Negeri yang tak kesampaian untuk menonton rancangan² di 8TV bolehlah menontonnya secara online di website 8TV atau Youtube, itupun terlambat seharilah agakny kot. Kasihan buat aku sendiri tak dapat nak menonton drama kegemaran aku ni pada malam ini. Lepas Isyak nanti bertolak ke Kelantan dah. Terpaksa download jelah nanti. Apo nak buek, dah kojo aku.
Sepatutnya lepas habis episod 12 minggu lepas aku dah buat entri ni tapi sekali lagi…apo nak buek. Agak basi pun aku tetap nak update sikit dengan sigi Ghost Season 2 ni. Tak selesa jari kalau tak update. Lagipun dah bersarang dalam kepala sejak episod pertama lagi. Kata orang, benda yang nak diluahkan dari kepala jangan disimpan lama² nanti boleh naik gila haha. Iyolah tu.
Berbalik kepada Ghost.
Episod 12 lepas kita dah tahu yang pembunuh tatu itu adalah Inspektor Mazdin. Itupun belum 100% pasti lagi sebab takde satu scene pun yang tunjuk Inspektor Mazdin memakai topeng psycho putih tersebut. Cerita Ghost ni kadang² diluar kotak fikiran kita.
Sepanjang aku follow drama ni, ada beberapa persoalan bermain dalam kepala yang membuatkan aku selalu ternanti² episod baru Ghost Musim ke-2 ni. Read more
Transformers: Revenge of the Fallen Mengujakan
Akhirnya tertunai juga hajat nak menonton Transformers: Revenge of the Fallen kat panggung wayang. Tak dapat kat GSC 1 Utama, GSC Selayang Mall pun jadilah. Kata Leh diorang dah tukar sound system baru. Kalau still macam dulu, rasa longlai sikit nak menonton kat sana. Bila dengar semalam, bergegar juga satu badan. Mantop!!
Ad-hoc punya plan nak tengok Transformers, dapat tiket midnight. Ingat pukul 11 malam, sekali pukul 12:20 pagi haha. Layankan je walaupun mata dah mengantuk sejak pukul 11 lagi.
Berbeza dengan filem sebelum ni, Transformers 2 ni 90% aksi dan kurang lawak berbanding dulu 60% aksi dan lebih banyak dialog lucu. Memang tak berkelip mata bila tengok Autobots dengan Decepticons berlawan sepanjang masa. Boleh dikatakan takde masa nak keliplah haha. Aku paling suka part Optimus dan Bumble Bee melutut lawan. Nampak hebat dan gagah. Lagi satu, aksi diorang lebih realistik berbanding sebelumnya, rasa macam diorang ni betul² wujud di alam nyata. Kalau betullah wujud, aku nak Bumble Bee eheh. Boleh jalan² dengan Chevy Camaro. Sungguh bergaya!!
Sinopsis pendek
GSC Full!!
Hari ni cubaan kali ke 9 aku menerjah ke laman web Golden Screen Cinema untuk booking 4 keping tiket Transformers: Revenge of the Fallen tapi gagal lagi. Aku rasa ramai yang berebut² nak booking tiket cerita robot yang superb hebat ni sampaikan laman web GSC diserbu hingga server down. Ataupun peminat Terminator Salvation masih lagi ramai belum menonton di panggung wayang. Pendek kata, seminggu dua ni bertimbun² movie best dari barat. Sampaikan aku rasa movie tempatan karam di negara sendiri.
Haih, bila la dapat tengok Transformers kat panggung sementara tengah panas neh. Rugi pula tak terus book tiket 2 hari lepas kebetulan dapat cuti hari Isnin.
Aku ingat lagi 2 minggu lepas pada hari Sabtu malam. Berempat masa tu nak pergi tengok Terminator Salvation kat GSC 1 Utama. Manusia punyalah ramai beratur dekat kaunter tiket GSC. Sangap sangat, aku dengan Arip beratur. Sebenarnya aku taklah minat sangat terminator ni, saja layan angin si Arip eheh. Tak minat pun tapi kalau tengok ramai² mesti rasa best, lagi² kat panggung wayang.









