Lee Chong Wei Juara Badminton Superseries Terbuka Malaysia 2012
Cuma 36 minit masa yang diperlukan oleh Dato’ Lee Chong Wei untuk menjuarai Badminton Superseries Terbuka Malaysia 2012 di Stadium Putra Bukit Jalil dengan menewaskan Kenichi Tago dari Jepun. Ini menjadikan kemenangan beliau yang ke-11 berturut-turut dalam 11 pertemuan antara mereka berdua.
Lee Chong Wei membawa pulang hadiah wang sebanyak USD 30,000 menjadikan wang kemenangan yang diperolehi beliau dalam dua perlawanan awal 2012 ini berjumlah USD 105,000 (RM 328,964.99 pada ketika entri ini ditulis) dalam masa hanya dua minggu!
Tahniah diucapkan kepada Dato’ Lee Chong Wei. Alangkah ruginya tak dapat menyaksikan perlawanan di antara Chong Wei dan Lin Dan dalam perlawanan akhir Badminton Terbuka Malaysia 2012 petang tadi.
Lee Chong Wei Mara ke Final Badminton Terbuka Malaysia 2012

Kemenangan Dato’ Lee Chong Wei ke atas Chen Long dalam pertemuan Badminton Semi Final Maybank Terbuka Malaysia 2012 malam semalam melayakkan beliau mara ke peringkat final yang dijadualkan akan berlangsung sekitar pukul 4 petang hari ini di Stadium Putra, Bukit Jalil. Menanti Lee Chong Wei di peringkat akhir ialah pemain perseorangan muda dari Jepun, Kenichi Tago yang menang percuma dalam peringkat separuh akhir semalam kerana lawannya iaitu Chen Jin mengalami kecederaan kaki dalam awal set pertama lagi.
Mengikut rekod pertemuan antara Lee Chong Wei dan Kenichi Tago, dalam 10 pertemuan antara mereka belum pernah sekalipun Lee Chong Wei tewas di tangan pemain muda Jepun yang baru berusia 23 tahun itu. Harapan cerah buat Dato’ Lee Chong Wei merangkul juara Badminton Terbuka Malaysia 2012 sekaligus menjadikannya kejuaraan kali kedua dalam BWF Superseries selepas menjuarai Badminton Korea Open 2012 minggu lepas dengan menewaskan Lin Dan 12-21, 21-18, 21-14 di peringkat akhir. Namun keajaiban boleh berlaku memandangkan Kenichi Tago merupakan seorang pemain yang cepat meningkat dan pernah menang satu set dalam dua pertemuan sebelum ini. Diharap Lee Chong Wei tidak terlalu yakin boleh menang apabila menentang pemain ranking ke-12 dunia ini nanti. Baca Seterusnya »
Video Badminton Final Terbuka Korea 2012
Khas kepada peminat-peminat badminton yang tidak berkesempatan menonton perlawanan badminton final Terbuka Korea 2012 semalam termasuklah saya. Kredit kepada helma1 yang bersusah-payah upload kesemua 9 siri video perlawanan antara Lee Chong Wei dan Lin Dan di final Victor Korea Open 2012.
Lee Chong Wei Kalahkan Lin Dan di Final Terbuka Korea 2012
Keretapi dah sampai ke stesen saya baru nak buat entri ni hehe. Semalam tak sempat nak buat, mood nak update pun takde. Jadi hari ni sekadar nak berkongsi berita gembira tunggak utama pemain perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei yang berjaya kalahkan Lin Dan di Final Terbuka Korea 2012 pada 8 Januari 2012 kelmarin.
Datuk Lee Chong Wei menang ke atas Lin Dan dengan mata 12-21, 21-18 dan 21-14 dalam masa 1 jam 15 minit. Lee Chong Wei membawa pulang wang hadiah sebanyak USD75,000. Sungguh lumayan. Beruntung menjadi seorang Lee Chong Wei
Berikut adalah rekod kemenangan Chong Wei dalam setiap pertemuan bagi Victor Korea Open 2012 ini:

Kemenangan Lee Chong Wei di Terbuka Korea 2012 ini mengekalkan ranking beliau sebagai pemain nombor satu dunia, manakala ranking Lin Dan kembali berada di tangga kedua dunia dari tangga ketiga dunia sejak pertandingan badminton Terbuka China 2011 yang lepas.
ni adalah kemenangan peribadi Lee Chong Wei yang kelapan ke atas Lin Dan dalam 26 pertemuan antara mereka. Bermakna, Lin Dan menang ke atas Chong Wei sebanyak 18 kali.

Kita harapkan agar jurang kemenangan ini semakin dekat dan seterusnya Lee Chong Wei dapat terus menang dan menang ke atas Lin Dan.
Sumber: BWF
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- Mama Murai: ingatkan kipas kat atas...
- Kimmy: Kipas haji eyh?
- titan: tak faham. tak fahammm..
- chii: topi yg mcm beret tu
- Mr.Sepet: wahh .. kipas2 .. jgn x...
- tuan tanah: kena ada kalau selalu...
- azura: kipas moden dah sekarang, lama...
- azman: Yup mmg cuaca panas...
- akubiomed: Ingatkan apa. Rupanya...
- chii: chii ingtkan tadi topi..adeih






