Solution – Video Transition & Effect is Missing in Windows Movie Maker
Panjang benor title kali ni haha. Ini kalau belum cukup bagus untuk SEO tak taulah eheh. Ok. Terus kepada point. Semalam ada satu video nak disiapkan. Dalam banyak² video maker yang canggih-manggih ni aku lebih selesa menggunakan Windows Movie Maker, lagi² versi untuk Windows Vista. Bukan apa, user friendly dan lebih cepat kalau setakat nak buat video yang simple. Size file yang siap pun taklah besar sangat. Tapi wujud satu error bila nak buka Windows Movie Maker semalam.
Video transition dengan effect hilang pada Windows Movie Maker. Dapat mesej ralat seperti gambar di bawah ni:

Jadi apa yang perlu dibuat hanyalah beberapa langkah mudah seperti berikut:
Pembersih Database untuk Wordpress
Terkenang kembali masa Amirez.com dulu difokuskan kepada tips² berkaitan dengan komputer dan Internet. Tapi disebabkan kekangan masa untuk mengikut arus perkembangan teknologi dan mendalami hal² berkaitan komputer dan Internet, terpaksalah fokus blog ni ditukar (malas sebenarnya haha).
Punca utama aku kurang idea nak menaip entri baru kebelakangan ni disebabkan kurangnya membaca buku mahupun majalah dan juga ketiadaan masa untuk merangkak ke blog² kawan mahupun lawan (ada ke?). Jadi tipsnya di sini untuk mengelakkan mental block, rajin²lah membaca. Sejak dua menjak (istilah BM salah! Jangan amalkan dalam ujian BM) ni sibuk dengan kerja. Kerja kat ofis, outstation dan juga projek sendiri yang bakal dilancarkan insyaAllah 25 November nanti. Bukan calang² projek. Projek usahasama dengan saudara Nordin Jaafar, bekas vokalis kumpulan nasyid Alarme dan Raihan. Dan mungkin juga akan berkolaborasi (chee wah) dengan kartunis Ubi. Projek apa..? Akan dimaklumkan nanti
Ok. Sedang membaca di Google Reader tadi tertangkap satu entri dari Blog Perfume tentang Wp-Optimize. Plugin untuk Wordpress ni sangat berguna untuk kita bersihkan database wordpress kita daripada segala macam yang tidak perlu. Salah satu kelebihannya boleh buang post-revision. Post-revision nilah yang selalu makan banyak space dalam database kita. Penerangan lanjut boleh baca di entri Blog Perfume.
Baru try tadi untuk blog kompeni dan resultnya aku berjaya jimatkan space sebanyak 488.195 Kb. Banyak juga tu. Klik pada screenshot di bawah untuk sedikit gambaran.
Plugin ni sedikit sebanyak membantu juga untuk jimatkan ruang database kita. Untuk makluman, space hosting Amirez.com dah over limit huhu. Tengah mencari solusi untuk buang segala bendalah yang tidak diperlukan.
Cara Mengelakkan OpenDNS pada Firefox
Tajuk entri kali ini buat aku terkenangkan blog asal berdomain amirez.com sebelum kewujudan blog yang kau lihat sekarang ini, yang lebih tertumpu kepada tips dan masalah² yang melibatkan komputer dan Internet. Kenapa aku berpaling tadah menukar style, tema atau fokus blog dari bentuk hal² yang berkaitan dengan komputer kepada bentuk sekarang ni, sila baca di sini dengan duduk bersila. Lagi best.
Tersebut pasal fokus blog, aku rasa fokus asal blog ini dah terpesong sikit. Sepertimana title bagi blog ini; Lafaz Yang Tersimpan, rasanya makin lama aku menekan keyboard meluahkan sesuatu, makin lari dari makna asal title itu sendiri. Tapi takpelah. Aku guna title tu sebab aku suka lagu Lafaz Yang Tersimpan daripada UNIC eheh.
Ops, terpesong lagi. Terus ke tajuk.





