Cara untuk Burn File ISO ke CD
Selamat pagi semua (kalau korang baca blog ni waktu pagilah haha). Hari ni aku masuk ofis awal haha. 15 minit sebelum 8:30 tu, gila semangat hari ni. Selalunya dekat² 8:30 atau terlebih 5 minit baru aku sampai. Terlebih 5 minit tu sebab susah nak cari parking kat sini. Kalau datang awal, benefitnya (chee wah..dah lama tak sebut benefit sejak habis sekolah) boleh parking depan ofis. Jadi, hari ini aku datang awal. Perasaan datang awal ke ofis memang best sebenarnya haha.
Habis office hour nanti aku terus bertolak balik ke kampung nak uruskan hal² yang berkaitan dengan pernikahan aku nanti. Jumpa tok imam nak hantar borang kebenaran berkahwin luar mukim, susun bilik aku dengan set bilik tidur baru (ehem..ehem), jumpa dengan photographer Melayu terbaik Kelantan, bla..bla..bla. Cuti sampai hari Ahad nanti. Jadi sebelum aku tak menjamah Internet selama lebih kurang 3 hari ni, suka di sini saya maklumkan bahawa saya ingin menunjukkan cara bagaimana untuk kita burn file ISO ke CD dengan 2 langkah mudah (haha apa mengarut guna ayat surat rasmi ni??).
Pendek je tutorial ni. Jadi jangan mengarut lagi. Mari kita ke tutorial yang sebenarnya… Read more
Upgrade Maxis Broadband dari 3.6Mbps ke 7.2Mbps
Semalam dah berjaya download satu siri drama Jepun berjudul BOSS episod terakhir. Kalau nak diharapkan dengan kualiti coverage Maxis Broadband kat kampung aku ni, seminggu download pun belum tentu dapat habis punya. Tapi nasib baik jugalah certain area dalam rumah aku ni di bawah liputan HSDPA Maxis. Tak dapat download rate yang laju pun at least boleh surf Facebook dengan sekali kelip pun dah ok. Kira laju la tu sekali kelip mata je dah full load hehe.
Thanks kepada saudara Eddie atas entri beliau yang satu ni. Sikit sebanyak dah buatkan masa untuk layan Internet aku tak terbuang dengan menanti web untuk load sampai habis dengan lama. Sebelum ni aku menggunakan Maxis BB pakej 3.6Mbps dengan caj RM138 sebulan (free modem & no contract). Sekarang ni dah upgrade ke 7.2Mbps. Tak tau banyak mana perubahan speed bertambah. Sebelum upgrade aku terlupa nak buat speedtest. Tapi yang pasti aku dapat rasakan ianya lebih cepat, pantas dan tuntas haha.
Ok. Nak upgrade sonang yo. Follow je instruction kat bawah ni untuk proses transformasi speed Maxis BB korang. Sebelum upgrade, cuba test kat speedtest dulu berapa speed yang korang dapat dengan 3.6Mbps ni. Dah test, baru buat kaedah berikut: Read more
Cara Membakar Dengan Mudah
Asal hujung minggu je aku sibuk. Asal hujung minggu je aku busy. Asal busy je hujung minggu. Baru hari ni dapat jamah Internet, itu pun dah lewat petang. Semalam bos bagi cuti sebab kerja Sabtu dengan Ahad tapi Cik Maxis BB berjalan ke ofis pulak. Malaih nak pi ambik.
Semalam main bowling kat One Utama, aku tengok je sebenarnya eheh. Bagi can kat 3 orang kawan lepaskan gian. Kalau aku sorang je yang strike malu pulak diorang eheh. Lepas tu karaoke dua lagu; Itu Kamu dengan Belaian Jiwa sebelum layan panggung cerita Shinjuku Incident. 1:30 pagi baru sampai rumah. Hish, jarang sangat dibuat aku begitu.
Kali ni bukan nak review cerita Shinjuku Incident yang bagi aku agak menarik sebab membuatkan kita berfikir dalam sedalamnya tentang isu perkauman. Aku cuma faham dengan fahaman aku sendiri. Kalau buat review, takut tersilap mesej pula. Padanlan cerita tu diklasifikasikan 18PL. Budak² jangan tengok, nanti terpengaruh.
Baik. Mari ke tajuk sebetulnya iaitu aku ingin mengajar bagaimana cara untuk membakar (burn) dengan mudah tanpa memasang (install) sebarang perisian lain seperti Nero contohnya. Cuma menggunakan perisian yang sedia ada dalam komputer masing².
Read more
Rahsia USD 985 Sehari Dengan Google Adsense Terbongkar
Ini kali pertama aku dedahkan pendapatan aku di Internet buat tatapan kawan² yang rajin mengunjungi blog serba hina ini. Pada zaman ICT sekarang, agak mustahillah kalau tak pandai nak guna Internet. Nak buat duit di Internet pun tidaklah sesusah mana. Hanya dengan beberapa klik tetikus je dah boleh dapat beriban-riban income. Paling untung kalau dapat dalam nilai matawang tertinggi dunia contohnya Pound Sterling, tak pun US Dollar pun dah cukup mengenyangkan poket seluar. Boleh juling mata tengok dalam akaun ada 4 atau 5 angka tertera gah, mulalah terbayang nak shopping sakan eheh. Kalau boleh nak borong satu shopping complex.
Ok. Tak mau cakap banyak, terus ke tajuk. Aku akan bongkarkan rahsia bagaimana untuk dapatkan nilai yang tinggi sekurang-kurangnya USD 500 melalui Google Adsense. Sebelum tu, kalau tak tau lagi apakah itu Google Adsense boleh search di Google untuk penjelasan. Usaha itu tangga kejayaan.
Rahsia Terbongkar
Mari Belajar Bahasa Alien
Pefenahfah takfak koforangfang defengarfgar oforangfang cafakapfap dafalamfam bafahafasafa yangfang koforangfang takfak fafahamfam danfan bufunyifyi pefelikfik mafacamfam nifi? Ifinifilahfah bafahafasafa afalifienfen hafahafa.
Haha. Thanks kepada Marzuki sebab buat entri pasal bahasa alien neh. Dalam masa² ketandusan idea nak buat entri baru, entri ni ibarat nasik goreng pataya yang mengisi perut yang kosong haha. Sedang menaip dalam keadaan perut lapar.
Kat matriks dulu aku ada dua orang kawan kategori aww yang suka benar cakap dalam bahasa alien neh. Kalau diorang tengah cakap dengan bahasa pelik ni, ternganga aku cuba nak paham tapi tak paham² juga. Lepas baca entri Marzuki berulang² tadi, baru aku dapat tangkap rahsia bahasa pelik ni haha. Macam dah pecah kod rahsia la kiranya. Lepas ni mana² remaja yang suka cakap dalam bahasa kod pelik ni jangan ingat orang lain tak paham. Sebab aku akan cuba pecahkan rahsianya hahaha. Mari kita belajar sekarang…







