Browsing articles in "Tutorial"
Jan 10, 2012

Cara Unsubcribe Celcom Facebook SMS

Satu cara mudah untuk sentiasa update status Facebook korang tanpa melalui Internet adalah melalui servis Facebook SMS daripada telco korang. Melalui servis ni korang boleh update dan terima apa-apa saja update di wall Facebook korang ataupun kawan-kawan, mengikut setting pada akaun Facebook korang, termasuklah menerima private message yang dihantar ke akaun Facebook.

Tapi servis ini dah kurang menarik memandangkan hampir kesemua telco sekarang ni menawarkan pakej prepaid atau postpaid dengan Internet sekali dalam kadar caj yang jauh lebih murah daripada menggunakan 3G biasa untuk melayari Internet. Saya pernah dapat bil hampir RM300 dalam sebulan baru-baru ni gara-gara online melalui smartphone walaupun cuma sekejap. Perlu diingat, caj bukan dikira berapa lama kita online, tetapi ianya dikira berapa banyak packet data yang dimuatturun. Sebab itulah kalau nak melayari blog, layarilah blog yang telah dipasang mobile plugin untuk saiz packet data yang lebih kecil dimuatturun ke smartphone.

Berbalik kepada tajuk ni, saya nak kongsi cara untuk unsubscribe Celcom Facebook SMS memandangkan servis ni dah tak diperlukan lagi dah sekarang ni. Lagipun sekarang ni kadang-kadang dah tak dapat pun apa-apa SMS update daripada Facebook. Rasa rugi sangat sebab tolak RM1 kredit setiap minggu tapi tak dapat apa-apa update. Tak pasti telco lain macam mana. Mungkin sama jugak sebab diorang nak kita langgan pakej baru diorang yang disertakan sekali dengan Internet. Kalau Celcom serendah RM28 sebulan. Maxis kalau tak silap RM30. DiGi pun ada tapi saya lupa berapa.

Baca Seterusnya »

Nov 30, 2011

Cara Pantas Jadikan Laptop Sebagai Wireless Router

Selepas saya memiliki Samsung Galaxy S II baru-baru ni saya explore sehabis dalam setiap fungsi dan aplikasi yang ada bagaikan orang jakun yang first time guna smartphone hehe. Siapa tak rasa bangga dengan smartphone yang mendapat anugerah telefon bimbit terbaik 2011 ni. Tapi secara jujurnya niat untuk memiliki Samsung Galaxy S II bukan untuk mengikut arus teknologi. Saya ni bukanlah jenis orang yang up to date sangat. Selagi gajet sedia ada ok lagi dan selagi keperluan masih belum terbatas saya akan kekal menggunakannya sampailah masa yang sesuai untuk upgrade. Beli canggih-manggih tapi tak guna sepenuhnya fungsi yang ada rasa macam agak merugikan dan kurang cerdik. Itu pendapat peribadi saya jelah. Lain orang lain sebab membelinya, kan?

Tak lengkap rasanya pakai smartphone tapi tak dapat test keupayaan WiFi Galaxy S II ni. Nak juga tengok macam mana paparan blog kerdil ni kat dalam Galaxy S II dengan resolusi 800 x 480 piksel. Cuma masalah yang saya hadapi sekarang ni kat rumah takde wireless router. Wireless router rosak, jadi sekarang ni cuma guna wired router. Jadi, satu cara nak dapatkan WiFi adalah dengan menjadikan komputer atau laptop sebagai wireless router. Laptoplah senang, selalunya dah ada fungsi built-in wireless. Kalau PC nak kena beli wireless adapter dulu biasanya.

Ada dua cara untuk setup laptop sebagai wireless router. Cara pertama adalah dengan menetapkan beberapa setting pada Network and Sharing Center yang boleh dicari dalam Control Panel. Cara tu sedikit panjang dan agak leceh. Cara kedua adalah dengan menggunakan Connectify yang jauh lebih mudah. Hanya install dan on sahaja isyarat WiFi dah boleh diterima pada smartphone korang.

Langkah #1: Download & Install

Baca Seterusnya »

Sep 28, 2011

Cara Mudah Buang Shareaholic Firefox Extension Pada WordPress Dashboard

Sejak update plugin SexyBookmarks kepada versi 4.0.6.2 ni muncul satu promo bar yang agak mengganggu di bahagian atas dashboard WordPress yang menyarankan kita untuk install firefox extention daripada shareaholic macam gambar kat bawah ni:

dashboardwp Cara Mudah Buang Shareaholic Firefox Extension Pada Wordpress Dashboard

Promo bar ni takkan hilang walaupun kita dah install shareaholic firefox extension sebagaimana yang korang perasan logonya kat sebelah kiri address bar dalam gambar kat atas. Jadi macam mana cara untuk buang promo bar ni? Cara paling mudah semestinya dengan uninstall plugin SexyBookmarks tapi macam mana cara kalau kita nak kekalkan SexyBookmarks tanpa diganggu oleh shareaholic firefox extension promo bar ni? Ikut langkah-langkah mudah seperti berikut: Baca Seterusnya »

Jun 13, 2011

Tip Winamp: Crossfading Track Lagu Paling Mudah

Sebelum ni aku dah tunjukkan cara untuk buat crossfading track lagu menggunakan Winamp yang ditujukan khas kepada pembaca blog ni iaitu saudara Hafeez dalam entry yang lepas. Cara tersebut adalah asas pemahaman untuk teknik crossfading. Kali ni aku nak tunjuk cara paling senang dan ringkas untuk buat crossfading antara track lagu dengan menggunakan Winamp. Cara ni sesuai kepada sesiapa yang tak nak pening-peningkan kepala nak main-main dengan masa. Kalau tak berapa faham apa teknik crossfading ni boleh refer dalam entry yang lepas ataupun tanya pakcik Google icon biggrin Tip Winamp: Crossfading Track Lagu Paling Mudah

Ok, mudah je caranya. Rujuk gambar kat bawah. Aku tak tau macam mana nak jelaskan hehe.

winamp1 Tip Winamp: Crossfading Track Lagu Paling Mudah

Pada Equalizer, klik butang On dulu untuk aktifkan Equalizer seperti gambar kat bawah ni. Kemudian pilih je nombor pilihan untuk buat crossfading pada bahagian yang dibulatkan tu. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks