Browsing articles in "Tutorial"
Jun 10, 2011

Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu

Masih lagi dalam mood kenduri-kendara sekarang ni. Jumaat yang lepas aku jadi photographer tak rasmi majlis kenduri kahwin sepupu. Memang penat ke hulu ke hilir dengan D3100 terlilit kat tangan tapi memang puas hati bila dapat ‘menembak’. Masa pun tak terbuang gitu je sambil-sambil boleh tambah pengalaman yang terlalu cetek dalam ilmu fotografi ni.

images Tip Winamp: Crossfading Antara Track Lagu Sebut kenduri kahwin teringat pengalaman aku jadi deejay majlis kahwin dulu. Dalam satu malam 45 buah lagu berkonsepkan nasyid sempat aku sediakan untuk majlis perkahwinan yang berlangsung keesokan harinya. Software yang aku guna pada masa tu adalah Winamp. Bagi aku Winamp sangat sesuai digunakan untuk majlis-majlis macam ni. Nak navigate dari satu track ke satu track pun senang dengan hanya menggunakan huruf-huruf tertentu pada keyboard. Paling best dengan Winamp boleh buat crossfading antara track lagu. Guna Aimp2 pun boleh tapi aku tak berapa mahir sangat dengan Aimp2 ni sebab baru je install bulan lepas. Jadi tutorial kali ni aku akan tunjukkan cara untuk buat crossfading menggunakan Winamp.

Crossfading is used by radio and club DJs alike. It allows for seamless transitions between tracks: simultaneously fading out the volume of the current song, while fading in the volume of the up-coming song. – Winamp

Senang cakap crossfading ni berfungsi untuk memperlahankan bunyi lagu (fade out) bila nak habis track tapi dalam masa sama lagu dari track terbaru akan dimainkan (fade in) serentak.

Langkah-langkah

Mula-mula buka aplikasi Winamp dan tekan Ctrl+P untuk buka tetingkap Preferences macam gambar kat bawah ni. Kemudian pergi ke bahagian Plug-ins > Output > Nullsoft DirectSound Output dan klik pada butang Configure. Baca Seterusnya »

Jun 10, 2011

Renew Road Tax Kenderaan Secara Online

Sedar tak sedar kejap je masa berlalu. Dari setahun ke setahun rasa macam sebulan jarak masanya. Cuba korang check tarikh mati road tax kenderaan korang. Ntah-ntah dah nak luput dah tarikhnya, padahal baru ‘bulan’ lepas renew hehe. Biasalah. Kalau bil elektrik, bil Astro hatta bil telefon yang sampai ke rumah rasa macam dah terima bil dua kali dalam sebulan. Kalau bab gaji pulak rasa macam dua bulan belum terima gaji lagi, punyalah lama sebulan tu hehe.

myeg 1 Renew Road Tax Kenderaan Secara Online

Dua hari lepas aku teman isteri ke ofis ejen insurans nak renew road tax kereta yang akan tamat pada 14 Jun nanti. Macam biasa, bagi salinan geran kat ejen tu pastu tunggu dia bagitau berapa yang kena bayar. Jumlah yang dia bagitau kena bayar tu memang membuatkan kami rasa sedikit terkejut sebab mahal sangat. Hampir dua kali ganda bayar untuk tahun lepas punya. Timbullah rasa pelik kenapa mahal sangat. Ilmu pasal insurans kereta ni memang zero sikitlah. Tak tau langsung macam mana kiraannya. Yang tau, cukup tahun…bayar.

Disebabkan over budget (over expected sebenarnya hehe), kami tak jadi nak renew kat situ. Balik rumah aku buat carian sikit berkenaan dengan cara-cara nak renew road tax secara online. Aku try isi segala butir-butir yang diperlukan dan jumlah yang perlu dibayar boleh dikatakan hampir separuh lebih murah berbanding buat dengan ejen insurans. Banyak dah jimat tu. So, ini cara-caranya: Baca Seterusnya »

Jan 1, 2011

Clickable Header Logo Tutorial

Dah lama tak buat tutorial. Idea untuk buat tutorial Clickable Header ni pun datang lepas baca entri tentang theme baru blog saudari Intan. Eh, panggil Intan lak, padahal nama lain kalau tak silap hehe. Tajuk terpaksa tulis dalam English sebab tak tahu tajuk yang sesuai dalam Bahasa Melayu.

Tutorial ni ditujukan khas kepada saudari Intan atas dasar tolong-menolong amalan mulia sesama rakan blogger dengan menggunakan theme sama yang digunakan oleh beliau. Cara ni dijamin menjadi sebab aku dah test kat localhost dengan jayanya eheh. Kalau tak jadi juga…cubalah sampai berjaya icon razz Clickable Header Logo Tutorial Maaflah lambat sikit buat tutorial ni, sibuk menjaga puteri sulung. Maklumlah, part time Mr. Mama sekarang ni eheh.

Nak buat tutorial tak perlu merepek panjang-panjang. Kita teruskan dengan langkah-langkah untuk membuat header atau logo blog kita yang boleh diklik sebagai homepage.

Langkah #1: Check kod dengan Firebug

Mula-mula kita kena pastikan kod yang digunakan sebagai header theme blog kita. Cara paling senang guna addon Firebug sama ada untuk Firefox ataupun Google Chrome. Letak je cursor pada setiap kod untuk mengenalpasti kod mana yang digunakan sebagai header, contohnya macam screenshot kat bawah ni. Boleh klik untuk tumbesaran. Baca Seterusnya »

Dec 11, 2010

Cara Menghapuskan Malware SearchWeb1

Dalam seminggu ni aktiviti Internet aku cukup-cukup membosankan. Nak search kat Google ataupun Yahoo! memang tak boleh, akan keluar error. Tapi nasib baiklah boleh juga nak search melalui Firefox, itu pun kena taip kat address bar. Nak buka Gmail pun ada masalah error. Setiap kali lepas login kena klik butang back barulah dapat buka email. Leceh! Semua ni disebabkan sejenis malware yang aku tak tahu nama apa. Aku cuma gelarkannya malware SearchWeb1 sebab bila kita taip www.google.com akan redirect ke www.searchweb1.com. Paparannya macam gambar kat bawah ni:

searchweb1 Cara Menghapuskan Malware SearchWeb1

Kadang-kadang keluar gambar lain menggantikan gambar amoi-amoi yang comel lote tu. Apa dia ingat letak gambar amoi comel-comel ni kita tak kisahlah ye nak search melalui Google Custom Search? Takkan Google Inc. pun nak guna Google Custom Search, ye tak? Jadi macam mana caranya nak restore kepada search engine kita yang asal? Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks