Diriku Kini Milik Orang

Cheyyy…tajuk entri tak boleh tahan haha. Terasa leher aku takde halkum pulak. Apa pun tanggapan korang, aku masih lelaki sejati haha. Ops, lupa. Apa khabaran korang semua? Masih sibuk memenuhkan perut dengan daging kenduri? Bawak bertobatlah korang kalau sehari pergi kenduri sampai 6 buah rumah eheh. Tapi kalau dah dapat jemputan, takkan nak tolak kan? Pernah aku terbaca…a’a ter…eheh…yang undangan mahupun jemputan kenduri kawen ni wajib kita hadiri. Sama ada betul atau tak, korang tolong check ye.
Seperti yang sudah diketahui umum…haha…perasan…kini aku sudah bergelar suami. Kepada wanita-wanita jelita lagi menawan dan rupawan serta hartawan di luar sana, borang permohonan telah ditutup eheh. Aku tak nak sebut tentang poligami, sebab ia adalah satu perkataan taboo bagi si dia dan juga kebanyakan wanita di dunia yang fana ini eheh. Tambahan nasik tambah pula si dia ada kat sebelah neh. Maunya dilanyak aku cukup-cukup sampai jadi lempeng bila aku sebut pasal poligami. Sungguh tidak munasabah menyebut perkataan itu dalam usia perkahwinan yang masih lagi baby. Ingat korang yang berhalkum, ‘poligami’ adalah taboo ye…melainkan diberitahu mereka sendiri eheh. Berapa banyak eheh daa dalam perenggan ni…
Away Jap…
Assalamualaikum rakan² sekalian. Lama rasanya tak menulis blog. Bagi yang add aku di Facebook, mesti tahu apa yang telah terjadi kepada aku dalam seminggu dua ni. Boleh dikatakan mood untuk blogging skang ni agak lemau. InsyaAllah, dalam seminggu dua nanti aku akan cerita secara detail.
Sebagai klu, aku ceritalah serba sikit apa yang terjadi sebelum ni…
Setitis Air Mata Ehsan Buat Megat
Satu entri ringkas pada petang Ahad ni. Tak banyak yang dapat dilakukan untuk membantu seorang rakan blogger yang menghidapi masalah dalaman sekian lama. Dengan sekelumit usaha ini harap dapat meringankan kesempitan yang dialaminya. Dalam keriangan dan kesenangan yang kita hadapi, jangan sesekali kita lupa akan nasib orang lain yang menanggung penderitaan yang mungkin kita tak dapat nak bayangkan. Tangisan hati saudara Megat di blognya cukup hiba bila dibaca. Sebagai seorang ayah dan juga suami, apa lagi bebanan yang lebih berat daripada itu yang boleh dipikul?
Marilah kita sama² membantu saudara Megat dengan mempamerkan ribbon seperti di atas pada blog anda sebagai tanda prihatin kita. Setiap blog yang mempamerkan ribbon tersebut akan menyumbang RM1 kepada saudara Megat. Syukur atas usaha saudara hydir ini.
Apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:
- Copy dan paste ribbon diatas.
- Letakkan di blog masing-masing samada di sidebar or mana2 yg visible. Anda boleh resize saiz ribbon itu untuk kesesuaian blog anda.
- Biarkan ribbon tu selama seminggu di blog masing2 sehingga 17/1/2010
- Maklumkan kepada saya melalui komentar di bawah bahawa anda dah letakkan ribbon tersebut
- boleh juga maklum melalui twitter @kbsoccernet
Atau boleh salurkan sumbangan ikhlas kepada saudara Megat di nombor akaun berikut:
No. Akaun CIMB – 0123 0015 4575 21
No. Akaun Maybank – 1010 7541 8124
Nama Penuh – Faisal Amirul Othman
Semoga dengan usaha kita yang sedikit ini dapat meringankan bebanan yang ditanggung saudara kita En. Megat dan keluarga. Amin.
My Wedding Invitation
Assalamualaikum rakan² sekalian. Sihat²lah hendaknya selalu di samping keluarga tersayang. Chee wah, lama dah tak buat ayat camni sejak zaman pen pal sekolah dulu haha.
Cerita panjang dipendekkan.
Dijemput rakan² ke majlis kesyukuran perkahwinan saya pada 17hb Februari 2010 (majlis bertandang) bermula pada jam 12:30 tengah hari hingga 5:30 petang. Nak tau maklumat detail boleh download kad digital dan map yang saya buat sendiri ni yang semestinya agak cincai hehe. Link download kat bahagian last post ni. Yang pink tu majlis kesyukuran di rumah pengantin perempuan. Yang hijau tu pulak kat rumah saya.
Nak kad jemputan? Sila bagi alamat saudara/i ye, hantar terus kepada saya melalui ruangan contact me tu. Jangan lupa letakkan tajuk “Saya Mau Kad Kawen” pada ruangan Perkara. Tapi kalau yang tak dapat datang tu, bagilah peluang kepada mereka yang dapat datang untuk dapat kad jemputan ni ye. Kad buat agak terhadlah dik huhu.
Tema simple je, tak ditetapkan pun nak warna tema apa. Nanti kang susah nak cari baju pulak. Tak pasal² kena tempah baru semata² nak datang hehe. Read more
Nikmat Anak Dara

Tajuk berita muka depan yang sangat catchy, tapi bagi aku boleh timbulkan rasa malu kepada orang yang dituju. Aku tak pernah baca akhbar Perdana ni. Daripada tajuk headline, nampaknya Perdana pun nak jadi macam akhbar lucah Harian Metro; menarik minat pembaca melalui bacaan² yang mengghairahkan. Sungguh murah.







