close button

Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-53

malaysiamerdeka Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 53

Waktu ini tepat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 sekaligus membawa erti Tanah Melayu sudah bebas daripada cengkaman penjajah lebih daripada separuh abad. Rancangan TV sekarang ni pun banyak siarkan rancangan-rancangan berunsur patriotik. Semalam Leftenan Adnan dan 1957 Hati Malaya. Sekarang ni pula sedang tayang cerita Sarjan Hassan yang dah jadi cerita wajib setiap tahun menjelang malam 31 Ogos di saluran RTM.

Bila sebut berkenaan dengan merdeka, ramai orang akan tanya, “Merdekakah kita?” yang menjurus kepada persoalan berkaitan dengan akhlak dan tingkahlaku sebahagian rakyat Malaysia khususnya remaja. Isu mat rempit, dadah, ragut dan macam-macam lagi masalah jenayah. Itulah yang selalu orang ungkit-ungkitkan setiap kali tibanya hari merdeka.

Baca lagi…

Kisah Cikgu Pakai Crocs

Crocs Women

Memandangkan kandungan isteri aku dah masuk 6 bulan, rasanya dia mesti pakai kasut yang lembut yang boleh elakkan betisnya daripada sakit. Pernah dengar ada kasut khas untuk wanita mengandung tapi tak tau kat mana nak cari. Jadi aku cadangkan cari kasut Crocs ;) Hari-hari seterusnya, kasut Crocs Olivia isteri aku jadi tumpuan kat sekolah hehe.

Situasi 1 (Budak Darjah 5)

Budak 1: Eh, teacher pakai kasut Crocs?
Budak 2: Original ke?
Isteri: Mestilah original hehe.
Budak 1: Kalau tak original namanya Crab teacher.
Isteri: Iyelah korang.

Baca lagi…

Rumahtangga Raja Azura dan Suami Retak?

Raja Azura Kak EngkuSatu berita yang aku baca hari ni berkaitan dengan Raja Azura atau lebih mesra dipanggil Kak Engku berkenaan dengan pergolakan rumahtangganya bersama suami, Adzmin Tan Sri Osman. Aku try Google dan akhirnya mendapat ulasan panjang daripada Kak Engku di www.murai.com.my.

“Selama 10 tahun melayari bahtera perkahwinan, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke mahkamah. Sebenarnya kehadiran saya ke mahkamah bukannya untuk mencari penceraian tetapi mencari perdamaian. Keputusan itu dibuat setelah mendapat persetujuan bersama dan mendapat kaunseling daripada pihak mahkamah sendiri.

“Saya merasakan ia perlu ke mahkamah kerana hakim mempunyai kuasa untuk memutuskan hal-hal mengenai rumahtangga. Jangan ingat kita semua pergi ke mahkamah untuk bercerai sahaja. Buat masa sekarang perbiacaraan ditangguhkan dan saya kena menghormatinya.

“Sebenarnya tiada istilah penceraian yang wujud, malah saya tidak terfikir untuk ke peringkat itu. Insya Allah, saya mampu lagi mempertahankan hubungan ini kerana saya tahu perangai suami saya.

Itulah pihak media, suka buat cerita yang boleh mendatangkan tanggapan buruk seseorang. Yelah, dah keje diorang. Tak buat cerita yang panas panas nanti orang tak baca pulak. Diorang buat camtu pun sebab ada pembaca yang nak berita-berita macam tu.

Baca lagi…

9 Rancangan TV Yang Menarik Ditonton

9 Rancangan TV Mesti Tonton

Salam pagi buat semua. Apa plan hari ni? Pagi-pagi ni aku sekadar lepak di McD je, boleh jugak siapkan kerja-kerja freelance aku yang agak terbantut sket beberapa hari lepas. Hari ni order Sausage McMuffin dengan air ribena. Pagi-pagi dah minum ais, haish, tak bagus untuk kesihatan!!

Hari ni aku nak senaraikan 9 rancangan TV yang menarik untuk ditonton yang boleh bawa impak positif kepada kita. TV adalah hiburan tapi jangan jadikan ia sebagai hiburan yang terlalu melalaikan kita. Jadikan rancangan TV tu sebagai satu sumber ilmu yang bermanfaat, barulah hidup dengan sedap di dunia ni hehe.

1. Overhaulin’

Tahun lepas aku suka tengok Pimp My Ride. Tiap-tiap malam lepas balik kerja mesti download setiap episod sampaikan officemate yang seorang ustaz pun minat sama hehe. Tapi tak boleh la nak download selalu, kering la kuota Maxis broadband aku nanti. So skang ni aku selalu layan Overhaulin’ kat 8TV setiap hari Isnin pukul 11:45 malam. Aku suka tengok kereta yang dimodified dengan semangat berpasukan diorang siapkan kereta dalam 7 hari.

Baca lagi…

Beza Otak Lelaki Otak Wanita

Apa bezanya otak lelaki dengan otak wanita? Tiga gambar ni boleh bagi jawapan…

Beza Otak Lelaki Otak Perempuan

Baca lagi…