Keputusan World Cup 2010 Dari Google
Ini kali pertama aku update blog dengan entri tentang World Cup 2010. Sebelum ni cuma ada entri pasal isteri aku yang demam World Cup je hehe. Entahlah, World Cup 2010 ni tak berapa teruja sangat nak tengok. Bahangnya pun aku tak rasa sangat. Mungkin sebab bingit dengan bunyi vuvuzela yang macam bunyi lebah tu kot. Cristiano Ronaldo pun tak selesa dengan bunyi bising tu katanya. Ramai jugak yang komplen tapi cadangan nak haramkan vuvuzela untuk perlawanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan tak jadi pulak. Pasukan-pasukan hebat macam Italy, Perancis, Brazil kalah sebelum separuh akhir mungkin berpunca daripada gangguan vuvuzela kot eheh. Emosi sket sebenarnya ni pasal isu vuvuzela. Sejak game pertama lagi aku dah mula rasa tak seronok tak tengok sebab bingit sangat walaupun cuma depan tv. Diorang yang main kat stadium tu tak taulah macam mana, kan?
Ok. Cukup pasal vuvuzela. Semalam try search kat Google guna keyword ‘world cup‘, tak sangka keluar keputusan perlawanan yang diupdate oleh pihak Google. Keputusan perlawanan akan update selepas tamat setiap perlawanan. Baguslah Google neh!
Bukan itu saja. Google jugak tunjuk next match yang akan berlangsung mengikut waktu negara masing-masing. Macam dalam gambar kat atas ni kita boleh tengok Google bagitau perlawanan antara Uruguay dengan Belanda pada pukul 2:30 pagi tadi. Screenshot ni aku snap semalam sebelum diorang start lawan. Sekarang ni Belanda menang 3-2 ke atas Uruguay. Yeay!! Oh ye, sekali lagi bagus betul Google neh!!
Jawapan Teka Kata Berita Harian Minggu Ketiga
Nampaknya takde rezeki lagi nak menang Peraduan Teka Kata Berita Harian kali ni. Walaupun soalan teka tak banyak tapi jawapan boleh jadi pelbagai. Kalau setakat hantar sekeping sehari borang jawapan memang sangat² susah nak mengena dengan tepat. Melainkan kamu sangat² bertuah di muka bumi ni hehe.
Tak nak celoteh panjang, gambar kat bawah ni adalah jawapan untuk Peraduan Teka Kata Berita Harian bagi Minggu Ketiga:
La Tahzan Ya Akhi Hassan Adli
Sedih juga bila sahabat aku Hassan Adli tersingkir dari Akademi Quran musim keempat pada Jumaat lepas. Dia seolah-olah tahu yang dia akan disingkirkan pada minggu tersebut. Dua minggu sebelum tu aku tak sempat nak tengok dia bertarannum kat TV9. Masa tu aku kat kampung ada urusan sket. Aku sempat tengok Hassan menunjukkan kebolehannya pada minggu pertama. Sebagai seorang sahabat aku tumpang gembira bila dia dapat meneruskan perjuangannya ke minggu-minggu seterusnya.
Imbas kembali perkenalan awal aku dengan Hassan Adli. Kami mula berkenalan tahun lepas. Baru je lagi. Pernah kerja satu pejabat, meja kerja pun bersebelahan je. First impression aku tentang Hassan ni dia ibarat malaikat hehe. Baiknya toksah cakaplah, terlalu baik sangat. Tutur katanya lembut menusup kalbu. Wajahnya tenang lagi jernih sejernih air di kali chee wah. Kalau Hassan ni perempuan…hmm…hmm…haha. Tapi kalau dia tengah kelam-kabut, wajah yang jernih tadi terus jadi keruh eheh. Tengok komputer pun macam nak telan je. Itu kalau dia tengah kalut. Kalau mode relaks, dia suka senyum. Padanlah setiap kali program ramai peserta minat kat Hassan. Dah la wajah jernih, pandai nyanyi pulak tu. Lagu yang selalu dia bawak lagu Permaidani nyanyian suara Aris Ariwatan.
Kadang-kadang Hassan bawa lagu Kau Dan Aku nyanyian kumpulan nasyid Suflife. Sebenarnya Hassan ni salah sorang daripada anggota nasyid Suflife tu. Atas sebab-sebab tertentu kumpulan tersebut dibubarkan. Sempat keluarkan 1 album. Ada jugak lagu Suflife yang selalu keluar dalam carta IKIM. Tak silap aku lagu Kau Dan Aku. Memang sedap lagu tu. Kalau nak dengar boleh buka IKIM.
Jawapan Teka Kata Berita Harian Minggu Kedua
Tadi beli Berita Harian kat 7-E comel yang terletak antara Tesco Damansara dengan The Curve. Memang comel 7-E tu. Dah la kecik, duk sebelah kereta bomba (kereta bomba ke??) pulak tu, tengah-tengah laluan orang lagi hehe. Beli surat khabar BH ni pun bukan sebab nak tengok keputusan perlawanan bola sepak dunia. Berita besar kat headline bertajuk Angkat Rumah di Tengah Kota pun aku tak baca lagi sampai saat aku ketuk-ketuk keypad lappy adik aku ni. Yang menarik perhatian aku cuma jawapan Teka Kata Berita Harian bagi minggu kedua haha.
Seperti yang aku cakap hari tu, jawapan untuk minggu kedua ni pun lebih kepada teka-teki. Mana taknya, soalan ‘panggilan hormat untuk wanita’ jawapannya MS (Miss)??!! Aku letak jawapan PN (Puan). Terkial-kial jugaklah nak cari jawapan untuk soalan ‘sepi kalau di hutan’ bermula dengan huruf N. Rupanya jawapan dia Suasana. Pada mulanya memang aku tak puas hati dengan jawapan MS tu. Tiba-tiba pulak boleh ada jawapan dalam Bahasa Inggeris. Tapi bila teringatkan jawapan minggu pertama, aku terpaksa akur dengan jawapan berunsur teka-teki ni. Nama pun teka-teki kan? Jawapan taklah skema sangat macam Teka Silang Kata zaman aku sekolah rendah dulu. Kira…boleh terimalah. Kasi can kat Berita Harian hahaha.
Ok. Seperti biasa gambar kat bawah ni papershot skema jawapan Teka Kata Minggu Kedua. Yang aku highlight kuning tu jawapan yang aku tak dapat dengan tak tepat.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...






