Kita Bukan Siapa-siapa
Dah lama nak buat entri ni yang dah terperam lama dalam kepala. Dari sehari ke sehari aku duk perhatikan gelagat manusia sekitar tak kiralah dalam dunia maya blog ataupun dunia realiti. Tak kira juga saudara-mara sendiri, kawan-kawan mahupun orang yang tak dikenali. Apa yang aku nak sampaikan sebenarnya ni? Tentang pengiktirafan yang dinilai daripada pangkat mahupun sehelai kertas ijazah. Sekarang dah tak ada gulung-gulung ijazah dah eheh.
Daripada pemerhatian aku selama mempunyai hobi metacognition ni ramai aku perhatikan ada sesetengah orang kita (baca Melayu) sangat pentingkan ijazah atau paling tak pun pengiktirafan daripada mana-mana badan perseorangan mahupun pihak-pihak tertentu dalam mengambilkira pendapat, pandangan atau cadangannya. Mungkin tak berapa jelas. Meh aku gambarkan dalam bentuk dialog supaya lagi senang nak faham.
Situasi #1:
Budak sekolah: Makcik, tak betul cara makcik ni. Nak buat ini mestilah dengan cara ini ini ini.
Makcik: Siapa yang cakap?
Budak sekolah: Pendapat saya sendiri, makcik.
Makcik: Belajar pun belum habis SPM tapi dah pandai nak ajar orang.
Situasi #2:
Jemputan Buka Puasa untuk Blogger Kelantan
Salam Jumaat semua. Buat pertama kalinya aku nak menjemput blogger-blogger Kelantan ataupun yang bekerja atau berada di Kelantan untuk berbuka puasa bersama-sama di salah sebuah restoren sekitar Kota Bharu pada tarikh yang akan ditetapkan nanti. Idea ni datang secara tiba-tiba dan disokong kuat oleh Haru. Kitorang tengah semangat nak adakan gathering berbuka puasa ni. Jadi harapnya gath nanti dapat dimeriahkan lagi dengan kehadiran anda
Maklumat gath berbuka puasa ni adalah seperti berikut:
- Tarikh:
Antara 15, 16, 17 atau 18hb Ogos 2011.19 atau 20 Ogos 2011. - Masa: Berkumpul pukul 6:15 petang atau selewat-lewatnya 6:45 petang.
- Lokasi: Restoren sekitar Kota Bharu. Cadangan buat masa ni di Four Season Restaurant, Jalan Sri Cemerlang, KB.
- Target: 10 hingga 20 orang blogger.
Tujuan gath berbuka puasa ni selain daripada nak kenal-mengenali sesama blogger senegeri, bolehlah kita saling tukar pendapat dan pengalaman dalam hal ehwal berkaitan dengan blogging. Sharing is caring kata omputih.
Tak lengkap sesuatu gathering itu tanpa tentatif. Jadi ini adalah tentatif paling ringkas semasa gathering buka puasa nanti:
- 6:15 pm : Berkumpul di restoren
- 6:30 pm: Taaruf dan berkongsi idea
- 7:30 pm: Buka puasa
- 7:50 pm: Solat Maghrib berjemaah di masjid berdekatan (terpulang)
- 8:40 pm: Solat Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid berdekatan (8 rakaat) (terpulang)
- 9:30 pm: Bersurai
Kalau nak bersurai lepas solat Maghrib berjemaah pun tak apa, mungkin anda ada hal lain. Kalau ada masa bolehlah teruskan sampai habis 8 rakaat solat Tarawih. Kalau larat, buatlah sampai 20 rakaat tapi aku setakat 8 rakaat jelah hehe. Kena bergegas balik lepas tu sebab nak kejar masa untuk program tadarus kat masjid kampung.
Setakat ni yang dah confirm adalah aku, Haru dan Akmal. Harapnya makin ramai yang dapat join gath berbuka puasa ni nanti untuk rapatkan lagi ukhwah sesama blogger yang dari Kelantan khususnya. Sesiapa yang berkelapangan bolehlah join dengan tinggalkan komen kat bawah ataupun hantar email melalui Contact Form. Ataupun boleh join kami dalam event FB.
Proton Saga FLX Baru dengan CVT
25 Julai 2011 yang lepas Proton menambah koleksi keluaran kenderaan nasional dengan kelahiran Proton Saga FLX yang merupakan model penambahbaikan bagi Proton Saga FL yang mampu memberikan pemanduan lebih lancar dengan teknologi Continuously Variable Transmission (CVT) menggunakan enjin Campro. Penggunaan CVT pada enjin mampu menghasilkan penggunaan bahan api yang lebih baik daripada sistem transmisi lain dengan membenarkan enjin berjalan pada putaran seminitnya (RPM) secara paling cekap pada satu banjaran kelajuan kenderaan. Saga FLX dikatakan mampu memberi penjimatan petrol sebanyak 4% atas jalan biasa manakala sebanyak 10% di atas lebuhraya.
Terdapat dua model bagi Saga FLX iaitu FLX 1.3 Standard dan juga FLX 1.3 Executive dengan transmisi automatik dan manual yang didatangkan dalam 5 jenis warna; Solid White, Tranquality Black, Genetic Silver, Blue Rock dan warna terbaru Elegant Brown. Proton Saga FLX dilengkapi dengan 6 kelajuan CVT dan juga terdapat transmisi SAT (Stepped Automatic Transmission) Switch yang menukar kepada transmisi automatik 6 kelajuan standard secara serta-merta. Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...







