
Selamat Hari Guru buat semua guru di Malaysia terutamanya cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya sama ada yang baik mahupun yang garang
Dan lebih utama ucapan ini ditujukan kepada isteri saya yang juga seorang guru yang disukai pelajar-pelajarnya hehe dan juga kepada ibu mertuaku, mak saudara serta rakan-rakan yang sekarang ni memilih profesion guru sebagai kerjaya. Tahniah semua atas jasa dan pengorbanan kalian dalam mendidik anak bangsa.
Masih segar dalam ingatan ketika di sekolah rendah dahulu, cikgu Bahasa Melayu yang manis lagi comel datang dari sebuah Maktab Perguruan untuk mengajar kami selama beberapa bulan. Suaranya yang lemah lembut dan kasih sayangnya terhadap kami yang jelas terpancar pada kaca matanya membuatkan kami selesa dan amat menyukai cikgu kecik molek tu. Siapa yang tak suka cikgu yang baik, lembut dan comel kan? Sebab tulah kalau kelas cikgu comel tu kami satu kelas jadi bising sebab tau cikgu tu tak marah punya hehe. Tapi sebaliknya saya yang jadi pening sebagai ketua kelas yang terlalu lurus. Pantang bising je nak catit nama bagi kat cikgu. Tapi kalau cikgu dah tak kisah apa boleh buat. Itu masa Darjah 4.
Baca lagi…

Setelah kalah kepada Jepun pada peringkat kumpulan 11 Mei yang lepas yang boleh dikatakan sangat menghampakan dari segi semangat untuk menang, semalam skuad Malaysia bangkit dengan membawa semangat yang baru. Mungkin semangat yang datang berpunca daripada tekanan kalah mati dalam peringkat suku akhir pertama Piala Thomas 2010 ini.
Seperti yang dikatakan pemain perseorangan ketiga negara, Hafiz Hashim, “Walaupun bermain dalam perlawanan penentuan tetapi saya suka berada dalam situasi genting itu kerana dapat mengeluarkan permainan terbaik saya.” Kadang-kadang tekanan perlu diberikan kepada individu untuk tonjolkan segala kemampuan dan kebolehan yang ada dalam diri masing-masing.
Gandingan baru regu kedua negara, Zakry Abdul Latif bersama Hoon Thien How sangat mantap walaupun Thien How hanyalah gandingan bidan terjun Zakry yang menggantikan Fairuzizuan Tazari yang direhatkan oleh jurulatih beregu negara Rexy Mainaky akibat kegagalan beliau mengawal emosi setelah kekalahan menentang regu Jepun 11 Mei yang lalu dalam pertandingan peringkat kumpulan B.
Baca lagi…
Percaya dengan janji ‘Tok Muda’ yang mendakwa mampu mengembalikan keperawanan mereka, dua remaja perempuan terpaksa melakukan upacara pelik, iaitu mengadakan hubungan seks tiga serangkai dengan bomoh itu. Lebih malang, kedua-dua gadis itu turut dipaksa menggadai rantai emas mereka, – Harian Metro, 7 Mei 2010
Sedikit info buat hari ni sebelum aku dan isteri bertolak pulang ke kampung sekejap lagi. Tengah online kat McD sekarang ni nak tunggu isteri habis sekolah pukul 12:30 nanti. Erk, dia bukan pelajar sekolah, tapi mengajar di sekolah eheh.
Antara muka depan Harian Metro hari ni bertajuk Tipu Pulih Dara. Bukan Harian Metrolah kalau takde berita2 macam ni.
Apa yang buatkan aku sangat2 pelik, kenapalah dua oang gadis tu boleh terpedaya dengan pujukan ‘Tok Muda’ berlagak bomoh berusia 19 tahun untuk mengadakan seks secara bertiga dengan tujuan dapat kembalikan selaput dara dua orang gadis tersebut yang telah hilang akibat kerap melakukan hubungan kelamin. Tau pulak kepentingan selaput dara yang hanya sah untuk suami.
Baca lagi…
Terkejut pagi tadi bila Jawa Rangers mengatakan tentang pemergian seorang pelawak terkenal tanahair, Din Beramboi, pada sekitar jam 12:30 pagi tadi di Hospital Selayang akibat demam denggi berdarah sejak Isnin lepas. Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya beliau Mior Ahmad Fuad Mior Badri dikatakan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat sejak Allahyarham tidak sedarkan diri hinggalah dihentikan atas nasihat doktor kerana kegagalan buah pinggang dan hatinya untuk berfungsi.
Allahyarham Din Beramboi meninggalkan seorang balu, Suhaini Che Man dan tiga orang anak pada umur 43 tahun.
Baca lagi…

Cheyyy…tajuk entri tak boleh tahan haha. Terasa leher aku takde halkum pulak. Apa pun tanggapan korang, aku masih lelaki sejati haha. Ops, lupa. Apa khabaran korang semua? Masih sibuk memenuhkan perut dengan daging kenduri? Bawak bertobatlah korang kalau sehari pergi kenduri sampai 6 buah rumah eheh. Tapi kalau dah dapat jemputan, takkan nak tolak kan? Pernah aku terbaca…a’a ter…eheh…yang undangan mahupun jemputan kenduri kawen ni wajib kita hadiri. Sama ada betul atau tak, korang tolong check ye.
Seperti yang sudah diketahui umum…haha…perasan…kini aku sudah bergelar suami. Kepada wanita-wanita jelita lagi menawan dan rupawan serta hartawan di luar sana, borang permohonan telah ditutup eheh. Aku tak nak sebut tentang poligami, sebab ia adalah satu perkataan taboo bagi si dia dan juga kebanyakan wanita di dunia yang fana ini eheh. Tambahan nasik tambah pula si dia ada kat sebelah neh. Maunya dilanyak aku cukup-cukup sampai jadi lempeng bila aku sebut pasal poligami. Sungguh tidak munasabah menyebut perkataan itu dalam usia perkahwinan yang masih lagi baby. Ingat korang yang berhalkum, ‘poligami’ adalah taboo ye…melainkan diberitahu mereka sendiri eheh. Berapa banyak eheh daa dalam perenggan ni…
Baca lagi…
Recent Comments