Cuaca Panas Disebabkan Ribut Aere
Fuh, dalam seminggu ni panasnya membahang lebih daripada hari biasa. Duduk dalam rumah rasa panas, nak keluar rumah sakit mata pula dek teriknya mentari. Kang aku pakai rayban nanti kang orang kata perasan jadi artis pulak eheh. Padahal aku yang perasan sorang-sorang, orang lain tak kata apa pun haha.
Hari Jumaat lepas aku tertekan butang suhu kat remote aircond dalam bilik. Tertera 33 darjah Celsius. Mak aih, tak pernah lagi dapat bacaan suhu sepanas itu. Biasanya paling tinggi pun cuma 29 darjah Celsius. Hari tu memang melekit-lekit rasanya badan ni walaupun baru je lepas mandi. Kalau tak kerana iman yang ada mesti dah macam-macam perkataan tak elok keluar dari mulut. Sedar atau tak, perkataan tak elok tu sebenarnya dah menyalahkan Allah s.w.t. Allah yang menentukan setiap apa yang berlaku di dunia ni. Jadi kita sebagai hambaNya hanya perlu menerima dan jangan mempersoalkannya, melainkan untuk bertanya kepada diri sendiri kenapa musibah atau ujian itu ditimpa ke atas diri kita. Kuatkanlah iman untuk menyejukkan tubuh badan kita pada musim panas membahang macam sekarang ni.
Sesampainya aku kat rumah petang semalam isteri aku bagitau cuaca panas yang membahang dalam tiga empat hari kebelakangan ni disebabkan oleh ribut Aere yang melanda Filipina. Berkerut dahi kejap, tak pernah dengar pasal ribut Aere ni. Aku ke ruang tamu kejap tanya pakcik Google. Rupanya ribut Aere ni adalah ribut tropika yang yang berlaku di utara Filipina yang meniup angin dari arah barat daya Filipina ke negara kita. Baca Seterusnya »
Perlukah A Dalam Setiap Exam?
Hari ni adalah hari keramat buat calon-calon SPM 2010 yang mana result dah boleh didapati bermula pagi tadi di sekolah masing-masing. Kalau tak sempat ke sekolah atau dah terlalu teruja nak tau result boleh saja check melalui SMS. Dah rasa macam check saman trafik je hehe. Cara-cara nak check melalui SMS boleh rujuk di blog Zik.
Tahniah kepada 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia yang berjaya mendapat keputusan SPM dengan cemerlang. Ada peningkatan memberangsangkan berbanding tahun 2009 iaitu seramai 7,987 orang. Angka ni semestinya akan bertambah lebih tinggi kalau dimasukkan sekali dengan pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah agama di bawah kerajaan negeri masing-masing. Kepada yang tidak tersenarai sebagai pelajar cemerlang, tahniah juga kepada anda. Tak perlulah rasa sedih, kecewa, hampa dan sebagainya kalau target tak tercapai. Anda harus berbangga dengan kemampuan anda.
Berbalik kepada tajuk hari ni, perlukah gred A dalam setiap exam yang kita duduki? Ada orang kata perlu, sebab itu yang menjamin masa depan. Tapi lain pula pandangan peribadi aku sendiri. Berpengalaman dua tahun dalam bidang motivasi dari peringkat pelajar tadika hingga peringkat korporat dan warga emas, sedikit sebanyak mengubah pandangan aku tentang hebatnya gred A bagi satu-satu mata pelajaran.
Sekilas Raja Lawak Musim ke-5 Minggu ke-9
Salam Ahad semua. Setelah beberapa hari baru timbul semula mood nak update blog. Makin lama makin lemau rasanya blog picisan aku ni. Tapi alhamdulillah, secara puratanya unique visitors blog ni langsung tak berubah. Terima kasih kepada korang yang sudi bertandang ke sini. Sedikit sebanyak menyumbang kepada peningkatan earning iklan BE Nuffnang yang terbaring kat atas ni. Setakat ni boleh dikatakan dapat RM3 sehari melalui satu iklan BE tersebut. Taklah banyak tapi bersyukur sangat. Terima kasih Nuffnang, terima kasih juga kepada korang. Boleh aku tambah hadiah contest yang bakal aku buat nanti
Siapa yang tengok Gelanggang Raja Lawak minggu ke-9 bagi musim ke-5 ni Jumaat lepas? Aku tak sempat nak tengok, malam tu aku keluar shopping dengan isteri. Bukan aku yang shopping, isteri aku yang beli macam-macam. Aku tukang angkat barang je hehe. Eh, dengar kata Epy yang terkeluar kan Jumaat lepas? Kasihan juga tapi apa boleh buat, persaingan makin sengit. Lawak Epy pun makin lama makin kurang idea. Tapi kira oklah juga sebab undian penonton kali ni agak adil. Sebelum ni rasa pelik juga macam mana peserta yang langsung tiada lawaknya boleh berada top 3. Tapi sejak Afdlin Shauki selaku juri beri peringatan kepada penonton-penonton, undian peserta terus berubah.
Mood Hilang & D3100 Masuk Wad
Fuh, lama juga ye blog ni bersawang. Ada la dalam seminggu tak update. Entahlah, tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni aku tak ada mood langsung nak update blog. Idea ada, draf dah makin bertambah, tapi bila nak publish..ish..rasa macam ada yang tak kena. Masalah ni bermula sejak aku nak publish entri berkaitan dengan satu contest sempena wedding anniversary aku dan isteri pada 14 Februari lepas. Entri untuk contest tu dah siap tapi tak berapa lengkap. Sampai separuh jalan mengarang tiba-tiba mood lari. Mungkin korang pun pernah alami situasi macam aku ni.
Kadang-kadang rasa tension juga bila entri-entri yang dah penat kita karang tapi tak dapat nak publish atas sebab-sebab yang mungkin diri kita sendiri pun tak berapa nak faham. Mungkin aku perlukan cuti untuk menenangkan jiwa sebelum aktif semula berblogging eheh. Dapat pergi Pulau Pangkor orait juga
Alkisah D3100
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- nuriz: Salam maulidurrasul.. terima...
- anjangman: Tq. kongsi maklumat...
- tehr: Salawat dan salam kepada nsbi...
- anjangman: Baru nak berjinak2 dgn...
- akubiomed: Saya tidak makan ikan....
- titan: memang tu yang aku wat. kalau...
- sabree hussin: nakal masa kecik2 je,...
- sabree hussin: sekarang dah stabil...
- hatiputera: emang sebaik-baik contoh...
- hatiputera: cuma dengar lagu...





