Jadikan Azam Tahun Baru Satu Realiti

Assalamualaikum dan Salam Tahun Baru 2011. Macam mana sambutan tahun baru korang semalam? Aku macam biasalah, sambut depan tv tapi macam tak sambut pun eheh. Sekadar tengok countdown kat TV3. Teringat dua tahun lepas aku sempat menyaksikan secara jauh percikan bunga api dari Masjid Wilayah Persekutuan sempena Tahun Baru. Masa tu tengah handle program tiga hari dua malam kat sana. Esoknya orang cuti, tapi kerja macam aku dulu selalunya sibuk bila hari-hari cuti. Tapi rasanya sambutan Tahun Baru kali ni tak semeriah dulu. Alhamdulillah, mungkin banyak pihak dah mula sedar akan hukum menyambut Tahun Baru Masihi secara berlebih-lebihan. Info lanjut boleh rujuk blog ini.
Kalau bercerita tentang Tahun Baru mesti bersangkut-paut dengan azam baru. Azam tahun-tahun sudah pun belum tertunai lagi dah tambah lagi satu azam dalam tahun ni hehe. Jangan azam sekadar tinggal azam sudahlah.
Ramai juga yang buat entri tentang azam baru kat blog masing-masing. Tak salah pun, mungkin boleh dijadikan semangat untuk mencapai azam tu. Aku pun kalau boleh nak juga senaraikan beberapa azam yang nak aku capai dalam tahun ni. Tapi risau pula ada suara-suara sumbang yang mengutuk atau paling tidak pun perli dengan azam tinggi yang mungkin agak mustahil untuk dicapai. Daripada terima komen-komen yang hanya akan menjatuhkan moral, lebih baik biarkan saja azam-azam tersebut diketahui oleh kita saja.
Kalau dah berazam, mestilah kita nak ianya menjadi realiti. Tapi macam mana? Baca Seterusnya »
Ben Bradshaw Datang ke Kuala Lumpur
Masih ingat Ben Bradshaw, orang Amerika yang pandai bercakap bahasa Melayu? Siapa-siapa yang add Ben Bradshaw kat Facebook mungkin perasan status beliau hari ni yang beliau akan berada di KLCC pada pukul 6 hingga 8 petang. Sekali baca dah rasa Ben ni macam artis pula eheh. Sekarang ni bukan artis je boleh popular, orang macam Ben ni pun boleh glamour, termasuklah blogger dan model macam Hanis Zalikha yang mengalahkan Siti Nurhaliza dalam carian popular di Internet baru-baru ni.

Kalaulah aku masih lagi kat KL dah semestinya aku akan luangkan masa untuk berjumpa Ben kat KLCC. Seronok bila dapat berkawan dengan orang asing, lagi-lagi dia pandai cakap Melayu, taklah kita terbelit lidah nak speaking mat salleh dengan dia eheh. Bukan tak pandai, cuma kurang practice
Masa kat Sabah dulu speaking dah jadi perkara biasa. Kawan aku orang Kadazan kat belakang rumah pun pandai speaking. Sejak pindah Kelantan aku tak boleh nak speaking sangat. Bila speaking mulalah kena ejek dengan kawan-kawan sekolah. Diorang ejek aku anak mat salleh sesat. Kecik-kecik dulu kalau kawan ejek mesti bertumbuk punya sampailah satu tahap aku fikir baik aku tak payah speaking, baru diorang tak ejek lagi.
Kecik-kecik dulu aku selalu berangan nak berkawan dengan minah salleh. Masa tu aku suka watak Christy lakonan Kirsten Dunst dalam cerita Small Soldiers. Masa tu Kirsten Dunst baru berumur 16 tahun. Comel. Dalam cerita tu dia berkawan dengan Alan, watak yang dilakonkan oleh Gregory Smith. Aku selalu bayangkan Alan itu adalah aku hehe. Tapi bukan cerita perang-perang dengan mainan macam dalam Small Soldiers. Imaginasi aku lebih kepada persahabatan antara remaja lelaki dengan perempuan dalam suasana taman perumahan macam kat negara Barat yang takde pagar tu. Aku suka perumahan macam tu, bersih, tersusun dan segar dengan laman rumput kat depan rumah. Baca Seterusnya »
Jangan Makan Ketika Membaca

Salam petang Rabu. Hari ni tak hujan setitik pun kat sini. Sekarang ni pula cuaca nak kata mendung, tak berapa mendung. Nak kata panas terik, panas gitu-gitu je. Senang cerita cuaca petang ni adalah cuaca yang baik untuk bersantai dengan angin tiup sepoi-sepoi bahasa. Zaman belajar kat UTHM dulu time macam ni aku dah menyentap pisang goreng sepinggan dengan kawan-kawan sambil minum air tebu kat gerai Wak. Yang bestnya pisang tu cicah dengan sambal kicap eheh. Mungkin ada sesetengah orang pelik dengan menu ni, tapi seriously memang sedap. Itulah istimewanya menu orang Jawa.
Sebut pasal makan ni teringat pesan tok sedara aku masa kecik-kecik dulu. Katanya, “Jangan makan sambil membaca!” Kecik-kecik dulu aku suka makan nasik depan tv sambil baca komik Doraemon hehe. Telinga mendengar tv, mata membaca komik, mulut pula mengunyah makanan, 3 in 1 haha. Kebetulan tok sedara ada kat sebelah, dia marah aku sebab perangai tak senonoh tu. Katanya takut aku tercekik tulang ikan, padahal aku tengok lauk ikan dulu nak buang tulang, lepas tu baru mata tertumpu semula kat komik sambil tangan suap ke mulut. Dia risaukan aku sebenarnya takut terselit tulang dalam nasik, tapi masa tu aku buat tak endah je hehe.
Tapi ada benarnya juga nasihat orang tua-tua ni. Al-kisahnya tadi aku tengah baca majalah Impiana keluaran Disember 2010 sambil mengayunkan ‘Iffah dalam rocker. Tak lama lepas tu mak mertua ajak makan ubi kayu tapi disebabkan aku tengah jaga ‘Iffah, dia bawa sepiring ubi kayu dengan kelapa kat tempat aku membaca. Kebetulan tengah lapar, ditambah pula dengan cuaca petang yang tenang macam sekarang ni membuatkan selera aku terbuka untuk makan ubi kayu. Memang sedap, tapi… Baca Seterusnya »
“Saya Gay, Saya OK”
Terkejut dengan pendedahan berani seorang lelaki yang pada luarannya kita lihat sebagai seorang Muslim melalui namanya yang mengaku secara terang-terangan bahawa dia adalah seorang gay. Baru terbaca dalam akhbar Berita Harian tadi. Sebelum aku buat ulasan lanjut lebih baik aku jelaskan dulu tujuan entri ini dibuat.
Tak ada niat untuk menambahkan aib beliau, sekadar ingin meluahkan pendapat berkaitan dengan isu gay ni. Bahkan beliau sendiri dah mengaibkan dirinya sendiri. Jadi harap semua pembaca lebih bersifat terbuka dengan tujuan entri ni diwujudkan. Dalam entri yang lama dulu aku pernah timbulkan isu ni sekali tapi aku akui cara penulisan masa tu lebih ke arah emosi sebab tak tahan dengan gangguan lelaki gay tersebut. Banyak komen diterima dan tak kurang juga yang menasihatkan aku supaya tidak membuka aib orang lain. Terima kasih. Aku selalu ingatkan diri sendiri untuk menjaga aib orang lain supaya aib diri kita juga terjaga.
Sebelum tu, video di bawah adalah pengakuan seorang lelaki bernama Azwan Ismail yang mengaku dirinya adalah seorang gay yang diterbitkan laman seksualitimerdeka yang mengumpulkan individu-individu gay, lesbian dan bisexual atas tujuan keterbukaan yang mungkin sebagai langkah awal untuk gaya hidup mereka diterima masyarakat umum. Baca Seterusnya »
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





