Browsing articles in "Umum"
Dec 12, 2010

Teaser: 5 in 1 Hi-Fi S-XBS Wireless Headphone

8 Disember yang lalu, on the way nak balik rumah dari urusan nak bayar saman trafik yang menjadi ‘kegilaan’ rakyat sekarang, isteri aku call bagitau barang yang aku order dah sampai dengan penghantaran melalui Skynet. Bila sebut Skynet maka tahulah aku barang yang dimaksudkan adalah 5 in 1 Hi-Fi S-XBS Wireless Headphone yang ditempah secara online via Kemen Marketing.

wirelessheadphone4 Teaser: 5 in 1 Hi Fi S XBS Wireless Headphone

Tak ada niat pun sebenarnya nak beli Wireless Headphone 5 Dalam 1 ni tapi entah macam mana boleh terpikat nak beli lepas dapat email daripada pihak Kemen Marketing tentang headphone ni beberapa hari sebelum bertolak ke Kuala Lumpur hari tu. Harga pun murah, cuma RM38 dengan free postage sama ada melalui Skynet ataupun Pos Laju. Tawaran free postage ni hanya sah sehingga 15 Disember nanti saja. Baca Seterusnya »

Dec 8, 2010

Kerana 50% Diskaun Saman Trafik…

Pagi tadi sungguh memenatkan. Bukan penat badan tapi penat otak bila memikirkan sistem pengurusan tidak efisien sesetengah perkhidmatan kat Malaysia ni yang aku yakin ramai dah mengalaminya.

Al-kisahnya, pukul 8:30 pagi tadi lagi aku ke Balai Polis Cawangan Trafik untuk bayar saman yang kena 4 November lepas kat Kuala Lipis. Dah lama rasanya tak pernah kena speed trap kat area tu. Dulu selalu sangat kena sampaikan aku jadi cukup berhati-hati bila kat situ, mesti drive sekitar 60 hingga 70 Km/j sebab kat situ adalah kawasan had laju 70 Km/j.

saman Kerana 50% Diskaun Saman Trafik...

Tapi yang memanaskan hati, seingat aku area tu memang tidak ada pun papan tanda had laju 70 Km/j. Yang ada cuma papan tanda had laju 90 Km/j. Siapa yang tak geram bila kena speed trap kat situ. Macam samseng yang datang mintak duit perlindungan. Yelah, papan tanda had laju tak ada, tengok-tengok sampai surat saman ke rumah. Tak nak bayar nanti tak boleh renew road tax. Nampak sangat nak duit, sebab itulah kerajaan bagi diskaun 50% untuk bayar saman dalam tempoh 15 hari dari tarikh surat saman, barulah ramai orang nak bayar. Kalau tak, memang liatlah nak bayar, tak gitu hehe. Baca Seterusnya »

Nov 28, 2010

Ayah Masuk Lokap

Ayah aku masuk lokap? Bila? Kenapa? Lagi pelik…ayah aku dah meninggal tahun 2004 lagi, macam mana orang dalam kubur boleh hantar SMS bagitau yang dia masuk lokap, siap mintak topup RM30 lagi tu haha. SMS palsu ni sama dengan SMS yang diterima oleh isteri bro Along baru-baru ni, sebijik sama. Entah siapa yang buat kerja ni, eja pun tak betul. Rasanya dah ramai yang dapat SMS macam ni. Nak je aku buat report tapi tak tahu cara. Korang boleh tolong tak?

Sebelum tu gambar kat bawah ni adalah SMS yang aku terima yang dihantar ke nombor Maxis Broadband aku.

nomborpalsu Ayah Masuk Lokap

Take note kedua-dua nombor tersebut! Dia ni boleh dikira telah melakukan satu jenayah penipuan, boleh didakwa sangat dah dia ni. Kalau korang tahu cara untuk buat report kepada mana-mana pihak, tolong report segera sebelum ada orang yang betul-betul percaya dengan SMS ni.

Nov 22, 2010

Bekerja Sambil Berbakti

Terdetik hati nak terbitkan entri Bekerja Sambil Berbakti ni buat renungan kepada sesiapa saja yang bekerja kerana ada di kalangan kita yang bekerja semata-mata untuk keuntungan dan sering melupakan tentang perihal ibadah dalam bekerja.

Lepas mandi pagi tadi tiba-tiba telinga sebelah kiri tak dapat mendengar apa-apa bunyi. Termasuk hari ni dah empat kali rasanya telinga kiri aku ni bermasalah. Bukan masalah serius pun, cuma telinga tersumbat sikit dengan tahi telinga hehe. Itulah, degil nak korek sampai kosong telinga tu. Sepatutnya tak perlu korek dalam-dalam sebab tahi telinga ni pun ada fungsinya juga. Bukan aku yang cakap, tapi doktor yang rawat telinga aku dulu yang bagitau masa mula-mula masalah pendengaran ni berlaku.

Memang tak selesa bila sebelah telinga ni jadi pekak. Nak cakap dengan orang pun kena duduk rapat-rapat. Dah la telinga kanan aku kurang peka kalau nak dibandingkan dengan telinga kiri. Jadi aku terus ke klinik yang selalu aku pergi dulu. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks