Hadiah Harijadi Paling Istimewa
Dua hari blog ni tak berupdate. Selalunya aku akan buat entri draf sekurang-kurangnya satu entri sehari. Tapi dalam dua hari kebelakangan ni tak ada kesempatan langsung nak prepare. Sebabnya dari 13hb lepas hingga sekarang aku masih lagi kat Hospital An-Nisa, Kota Bharu menyambut kelahiran puteri sulung yang comel yang selamat dilahirkan pada pukul 12:45 tengah hari semalam, 14hb November 2010. Syukur alhamdulillah
Kebetulan, hari ni pula adalah harijadi aku yang ke-26. Hampir seminggu yang lepas isteri aku bertanya hadiah apa yang aku nak. Macam biasa kalau orang tanya nak hadiah apa mesti aku jadi blur. Tapi tanpa diduga isteri aku hadiahkan seorang baby girl sebagai hadiah harijadi aku hari ini yang sepatutnya lahir sekitar 18 November nanti. Tak ada ungkapan yang paling sesuai dapat aku ucapkan selain ucapan terima kasih dan bersyukur.

Cadangan nama dah ada cuma belum tetapkan lagi mana yang lebih sesuai. InsyaAllah esok atau lusa aku akan buat entri penuh untuk detik-detik manis ni. Atas permintaan kawan isteri aku juga aku akan kongsikan pengalaman aku sendiri ketika berada di dalam labour room saat-saat isteri aku bertarung nyawa untuk melahirkan seorang lagi umat Nabi Muhammad s.a.w. ni.
Jumpa next entry
Ben Bradshaw & Melayu Yang Jelek
Pernah tengok video Ben, orang Amerika berumur 23 tahun yang pandai cakap Melayu tu? Seronok tengok orang asing yang pandai cakap bahasa kita ni. Tak mustahil videonya kat Youtube agak popular, rasanya belum ada lagi Mat Saleh buat video dalam bahasa Melayu. Mintak tolong ajar lagi dan sebagai balasan dia akan ajar kita bercakap dalam slang Amerika dengan betul. Kira baguslah tu, kan? Sama-sama belajar.
Apa kaitan Ben dengan Melayu yang jelek? Sebelum tu kita layankan dulu video Ben ni.
[pro-player]http://www.youtube.com/user/BenBradshaw1#p/u/6/4c5wrohhMeM[/pro-player]
Comel la pulak tengok Ben ni cakap Melayu hehe. Kita patut rasa bangga ada orang asing yang sudi nak belajar bahasa kita macam Ben ni. Bukan Ben seorang je sebenarnya, ramai lagi orang asing yang dah pandai cakap Melayu. Salah seorang ialah Geofrey Perrin Williams yang pegang watak Smith dalam drama Habil Qabil yang tengah tayang kat TV3 sekarang ni. Fasih pulak tu dia cakap, slang Melayu pun ok. Kalau ada yang nak belajar kita patut tolong diorang dengan hati yang terbuka.
Tapi aku sangat kecewa dengan beberapa orang kita yang tak pernah matang. Malu rasanya nak jadi Melayu dengan adanya manusia tak bertamadun macam diorang ni. Screen shot kat bawah ni aku ambil dari ruang komen video-video Ben Bradshaw, nak tunjuk betapa jeleknya diorang ni. Baca Seterusnya »
Teacher Shida Orang Kampung Aku?
Siapa pulak Teacher Shida ni yang aku tiba-tiba nak buat entri pasal dia haha. Sejak dua menjak ni Teacher Shida boleh dikatakan agak glamour jugaklah kat Youtube. Kalau sebelum ni video Mak Mohd Khairuddin jadi bualan orang dengan nasihat-nasihat kewangan dia, Teacher Shida ni pulak lebih diperkatakan tentang gelek-gelek dan miming dia yang dah macam tak ingat dunia tu haha. Sebenarnya aku baru je dapat tau pasal Teacher Shida ni semalam masa blogwalking ke blog samanosuke.
Sebelum aku ulas lebih lanjut, jom layankan satu video Teacher Shida ni: Baca Seterusnya »
Best ke Mencarut?
Seperti biasa kalau ada masa terluang aku akan layan Internet sampai mula terasa puas atau dah mengantuk. Lepas dua kali klik ikon hijau Maxis Broadband web pertama yang akan aku buka mesti Facebook dulu. Lepas tu Nuffnang, nak tengok siapa Nuffnangers yang sudi datang melawat ke blog aku ni. Lepas tu barulah buka blog sendiri nak check jumlah pelawat terkini. Sejak trafik meningkat dengan sangat mendadak pada pertengahan bulan Oktober lepas aku jadi suka sangat tengok graf Google Analytic yang aku pasang kat blog ni. Dah jadi macam gunung dah. Hari tu gunung rata, sekarang ni dah nampak puncak dengan lombong haha.
Sehari tak buka Facebook rasa macam tak on Internet. Facebook dah jadi satu fenomena sekarang ni yang aku rasa agak kurang sihat. Disebabkan Facebook kerja jadi makin kurang produktif, atau paling tak pun lambat sikit satu-satu tugasan tu nak disiapkan kerana melayan Facebook dulu. Dah jadi rutin pagi sebelum mula kerja. Baca akhbar online pun dah turun nombor dua agaknya. Keutamaan diberikan kepada baca status-status kawan berbanding baca akhbar online. Itulah yang terjadi kepada diri aku sejak aku mula kenal Facebook ni. Korang tak kot, korang baik hehe.
Tapi yang memburukkan mata setiap kali login Facebook adalah status-status mencarut yang nampak macam dah jadi biasa diucapkan dengan mulut sendiri. Marahkan seseorang, dicarutnya puas-puas supaya semua kawannya yang sekitar seribu orang tu dapat tahu. Apa faedah yang dia dapat? Tak bestnya bila otak kita yang tengah suci pagi-pagi ni disajikan dengan kata-kata carut yang boleh buat emosi atau mood kita sedikit terganggu. Yang dah biasa mencarut tu mungkin tak kisahlah kot sebab perkataan itu juga yang dia duk sebut-sebutkan. Dah biasa. Yang tak biasa ni masalah. Nak tegur, takut terasa hati pula kawan kita tu. Selalunya orang yang suka mencarut ni pantang ditegur. Silap-silap kita pula yang kena maki.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





