Browsing articles in "Umum"
Oct 26, 2010

PTPTN – Jadual Tentatif Tawaran Ujrah

Berita baik buat peminjam PTPTN untuk beli handphone baru. PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat. Bagi melancarkan proses penawaran tersebut peminjam dikehendaki mengemaskini maklumat yang diperlukan di dalam laman web kemaskini Ujrah. Rujuk jadual di bawah untuk tarikh mengemaskini maklumat penawaran pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%).

ujrahptptn PTPTN   Jadual Tentatif Tawaran Ujrah

Hampir terlupa yang satu ketika dulu aku merupakan salah seorang daripada berpuluh ribu pelajar IPT tahun itu yang meminjam sejumlah wang daripada PTPTN. Mana tak lupa, arwah mak yang tolong bayarkan sikit-sikit setiap bulan hehe. Baru-baru ni sampai surat bayaran balik daripada pihak PTPTN, ada hutang lagi RM2000 lebih nak kena langsaikan. Jangan cakap aku, orang lain pun ada yang liat nak bayar balik pinjaman PTPTN ni haha.

Teringat zaman belajar dulu. Masa tu ada satu semester PTPTN tak masukkan duit loan kepada semua pemohon. Tak pasti masalah apa. Ramai yang tak puas hati. Masa tu ramai yang tersasul dengan sengaja menyebut PTPTPU haha. Makan pun ada yang sampai ikat perut. Makan maggie dah jadi macam makan nasik. Semua amalkan budaya berjimat cermat hehe.

Baca Seterusnya »

Oct 21, 2010

Hati-Hati Bila Buat Pembayaran Online

Ini baru berlaku ke atas diri sendiri tak sampai 10 minit yang lepas. Diringkaskan cerita, tadi nak buat pembayaran bil TNB secara online melalui Maybank2u. Cubaan pertama tak berjaya sebab nombor TAC dah tak valid padahal baru terima 5 minit. Terpaksalah buat kali kedua. Bil yang perlu dibayar sebenarnya RM30.30 tapi tak perasan tertinggal titik perpuluhan, maka jadilah bayar bil sebanyak RM3030!!

bilrumahsgbulohoktober Hati Hati Bila Buat Pembayaran Online

Banyak kelebihan buat pembayaran secara online ni. Antaranya, tak perlu tunggu giliran nak bayar kat kaunter, jimat duit minyak, jimat masa dan boleh bayar lewat malam, asalkan ada talian Internet. Tapi pembayaran secara online ni ada risikonya. Risikoya macam kes aku sekarang ni, tersilap amaun bil. Kalau RM50 tak kisah sangat, yang lebih tu boleh carry forward. Ini RM3030!! Aduyai!!

Dah contact Maybank mintak batalkan transaksi tapi tak boleh sebab pembayaran tu dah successful katanya. Kiranya sekarang ni duit tu dah mengalir ke akaun TNB. Maybank hanya boleh buat satu report untuk mintak refund daripada TNB. Itupun makan masa berbulan-bulan katanya. Aku puji dengan Maybank sebab ada customer care waktu malam macam ni.

Baca Seterusnya »

Oct 14, 2010

Ada Apa Dengan IKEA

katalogikea60 Ada Apa Dengan IKEA Kalau datang ke Damansara, jangan lupa singgah kejap kat IKEA yang terletak di Mutiara Damansara. Antara hobi aku pada hari yang free aku akan berkunjung ke IKEA untuk cari inspirasi menghias rumah ataupun sekadar cuci mata dengan perabot-perabot cantik dan berkualiti. Bagi aku segala kelengkapan rumah yang ada di IKEA sangat sangat menarik dan moden. Berkonsepkan simple, elegant dan jimat ruang boleh jadikan kediaman lebih selesa dengan kelengkapan yang berkualiti.

Dua minggu lepas ada terselit katalog IKEA kat pagar rumah aku. Kalau katalog lain yang kertas A4 sekeping-sekeping tu terus aku buang dalam tong sampah tapi tidak kalau dapat katalog IKEA. Katalog 2011 tersebut adalah edisi yang ke-60 sejak pertama kali diperkenalkan kepada umum oleh pengasas IKEA iaitu Ingvar Kamprad sejak tahun 1951. Dengan isi yang tebal macam durian gajah boleh buat mata berpinar melihat kelengkapan rumah serta perabot yang memukau pandangan.

Kebanyakan produk yang terdapat dalam katalog 2011 adalah lebih murah berbanding tahun lepas. Semua produk dan harga yang terdapat dalam katalog 2011 tersebut adalah sah sehingga 31 Julai 2011.

Alang-alang dah ke IKEA rugi kalau tak singgah kat rumah konsep yang bersaiz kecil tapi lengkap semuanya dari ruang tamu hinggalah ke bahagian dapur. Seingat aku rumah paling kecil hanya seluas 22 meter persegi, tapi kat dalam semua ada. Kalau rumah korang mempunyai ruang yang terhad dengan keluasan sederhana bolehlah cuba dapatkan idea daripada IKEA ni. Kalau ada bajet yang cukup tempah je terus dengan IKEA hehe. Kalau tak silap IKEA ada pereka dalaman yang boleh bagi konsultansi untuk rumah korang.

Baca Seterusnya »

Oct 11, 2010

Fast Update: 11.10.2010

  1. Siapa-siapa yang berminat untuk memohon KPLI-jQaf bolehlah beli nombor pin di BSN bermula pada hari ini.
  2. Tadi ke BSN nak beli nombor pin KPLI. Cari kat dalam tapi tak nampak mesin ATM. Rupanya mesin ATM masih lagi kat luar macam dulu-dulu. Sekarang ni dah banyak bank buat mesin ATM dalam satu bilik kaca untuk menjamin keselamatan. Lama tunggu nak dapat nombor pin sehinggalah tertera ‘Out of Service’. Buang masa betul. Nak beli kat kaunter ramai pulak orang tapi tak semua kaunter bukak.
  3. Laman web permohonan KPLI masih lagi tak boleh diakses sejak semalam. Tarikh pun tak betul. Ada tertera ayat ‘permohonan telah ditutup’. Apa kes? Semalam keluar akhbar, hari ni dah tutup. Dari dulu sampai sekarang masalah yang sama je berlaku dengan laman web KPLI mahupun DPLI. Biasanya tiga hari dari tarikh pengumuman barulah web tu berfungsi.
  4. 10.10.10 merupakan tarikh bahagia bagi Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina Mohd Yunos sebagai suami isteri. Tapi tarikh tersebut juga merupakan hari malang dan duka bagi mangsa-mangsa bas nahas di Lebuhraya PLUS berhampiran Pedas, Negeri Sembilan. Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.
  5. Semalam sempat layan dua episod Liar Game Season 2. Dah tengok episod pertama mesti teruja nak tengok sambungannya. Tengah cari file dalam format rmvb untuk download. Keringlah kuota Maxis Broadband aku kalau asyik download file avi yang sebesar 400Mb satu huhu.
  6. Nikon D3100 atau D7000?

Itu saja buat hari ni. Sebenarnya aku tengah mencari mood untuk kembali menulis blog. Entah kenapa sejak Sabtu yang lepas tak ada mood langsung nak update blog. Draft makin bertambah tapi bila nak publish rasa tak puas hati pulak. Ada idea tak macam mana nak dapatkan mood blogging?

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks