Kucing Kesayangan Kini Tinggal Kenangan

Tengah hari tadi aku bawa Chemon, anak kucing yang paling aku sayang ke sebuah klinik haiwan untuk dapatkan rawatan. Tiga empat hari lepas Chemon sakit cirit birit yang teruk. Tiap kali dia berjalan najis cair akan keluar dari duburnya. Kadang-kadang banyak, kadang-kadang sikit. Aku mula perasan sejak baru balik dari kampung Ahad yang lepas setelah dua minggu ditinggalkan. Sejak hari itu Chemon langsung tiada selera untuk makan.
Terasa kesal di hati kerana lambat bawa Chemon berjumpa dengan Vet. Silap aku juga kerana sibuk dengan urusan lain. Terlintas juga tadi mungkin doktor sengaja suntikkan ubat yang mempercepatkan kematiannya supaya Chemon tak menanggung rasa seksa yang lama. Aku pernah dengar ada doktor haiwan yang buat demikian, tapi hanya untuk kucing dalam jagaannya saja bukan kucing peliharaan orang.
Di Vet, Chemon nampak agak cergas kalau nak dibandingkan dengan semalam. Doktor bagi ubat cacing kat Chemon. Keluar dari bilik doktor, mulut Chemon berbuih-buih. Tak lama lepas tu Chemon muntah kuning. Terkejut aku pada mulanya tapi kata pembantu doktor itu kesan biasa lepas bagi ubat cacing.
Entri Selepas Raya
Tajuk takde idea hehe. Macam mana raya korang? Dapat duit raya lagi ke hehe. Lama rasanya tak update blog sejak balik kampung dua minggu lepas sampaikan ucapan Selamat Hari Raya dengan Hari Malaysia pun tak sempat nak wish hehe. Raya tahun ni kira raya sakan jugaklah sampai nak update blog pun dah takde mood. Mood dah diambil alih oleh ketupat, kuih semperit, nasik dagang, buah rambutan dan duku hehe.
Raya kali ni banyak makan buah duku. Maklumlah, buah duku sangat-sangat menjadi kali ni. Kat mana-mana pun ada, sampaikan harga duku jatuh teruk hampir takde nilai. Aku perasan cikgu aku jual duku 35 sen sekilo, itu pun rasanya tak berapa laku kot hehe. Rezeki duku murah kali ni. Rambutan pun sama. Tapi aku tak berapa gemar sangat makan rambutan. Paling tak suka bila ada yang terlekat celah-celah gigi. Kuis-kuis dengan lidah kadang-kadang rasa macam nak lebam lidah tu hehe.
Semalam bertolak dari kampung pukul 9 pagi, sampai rumah sekitar pukul 4:30 petang. Mula-mula risau jugak takut-takut jalan jem teruk macam tahun lepas, 12 jam baru sampai. Tapi semalam jalan lancar cuma macam biasalah kalau ada lori kat depan beratur panjanglah kejap. Tahun lepas orang balik KL serentak tapi tahun ni orang balik dalam tiga peringkat. Peringkat pertama hari Isnin lepas untuk orang yang bekerja hari Selasa. Peringkat kedua pulak hari Khamis masa cuti Hari Malaysia untuk orang yang kerja hari Jumaat. Peringkat ketiga adalah semalam, untuk orang yang mula kerja hari Isnin. Macam ni baru best, tak sibuk atas jalan raya.
Setakat ni sajalah untuk entri pembukaan mood. Ikutkan takde nafsu lagi nak start blogging walaupun entri-entri draf dah makin bertambah. Tu la sape suruh ‘cuti’ lama sangat, kan dah malas hehe. InsyaAllah lepas-lepas ni akan ada entri setiap hari macam selalu.
Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada korang yang sudi luangkan masa ke blog kerdil aku ni. Salah silap sepanjang aku blogging ni harap dapat dimaafkan. Jemputlah makan sisa-sisa kuih raya kat rumah sendiri hehe. Salam semua.
Selamat Menyambut Kemerdekaan ke-53

Waktu ini tepat Malaysia menyambut hari kemerdekaan yang ke-53 sekaligus membawa erti Tanah Melayu sudah bebas daripada cengkaman penjajah lebih daripada separuh abad. Rancangan TV sekarang ni pun banyak siarkan rancangan-rancangan berunsur patriotik. Semalam Leftenan Adnan dan 1957 Hati Malaya. Sekarang ni pula sedang tayang cerita Sarjan Hassan yang dah jadi cerita wajib setiap tahun menjelang malam 31 Ogos di saluran RTM.
Bila sebut berkenaan dengan merdeka, ramai orang akan tanya, “Merdekakah kita?” yang menjurus kepada persoalan berkaitan dengan akhlak dan tingkahlaku sebahagian rakyat Malaysia khususnya remaja. Isu mat rempit, dadah, ragut dan macam-macam lagi masalah jenayah. Itulah yang selalu orang ungkit-ungkitkan setiap kali tibanya hari merdeka.
Kisah Cikgu Pakai Crocs

Memandangkan kandungan isteri aku dah masuk 6 bulan, rasanya dia mesti pakai kasut yang lembut yang boleh elakkan betisnya daripada sakit. Pernah dengar ada kasut khas untuk wanita mengandung tapi tak tau kat mana nak cari. Jadi aku cadangkan cari kasut Crocs
Hari-hari seterusnya, kasut Crocs Olivia isteri aku jadi tumpuan kat sekolah hehe.
Situasi 1 (Budak Darjah 5)
Budak 1: Eh, teacher pakai kasut Crocs?
Budak 2: Original ke?
Isteri: Mestilah original hehe.
Budak 1: Kalau tak original namanya Crab teacher.
Isteri: Iyelah korang.
7 Entri Terbaru
Entri Paling Popular
Komen Terkini
- hatiputera: paling best untuk diikuti...
- puanbee: Semua yang Rasullulah s.a.w...
- sofya: salam warahmatullah. terima...
- gurumuda: komen sket pasal...
- hafidz: dan inilah rujukan diet yang...
- Abdullah Awang: salam, saya hanya...
- nizamghazi: Kebanyakan pelajar yang...
- nizamghazi: Salam Amirez, Salam...
- nuriz: alamak saya pun jatuh gak ni...
- fariq fariqun: salam bro. pada...





