Woah!! Korang Boleh Buat Origami Macam Ni?

Masih ingat lagikah korang masa kita kecik² dulu buat kapal terbang kertas? Tak pun buat perahu. Ataupun kalau terrer sikit buat katak yang boleh lompat bila kita tekan bontot dia haha. Siap buat pertandingan katak lompat lagi hehe. Indahnya zaman kanak² dulu. Oh ye, pandai buat love guna duit? Single love bolehlah aku buat, yang double love tu tak reti² lagi sampai sekarang. Ada siapa² yang pandai, tolonglah ajar aku ye hehe.

Itu yang simple. Macam mana pulak kalau yang macam dalam video ni?

atau yang macam ni… Read more

Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda

Selamat hari raya semua. Banyak dapat duit raya? Tak sangka betul, dah setahun lebih kerja ni pun ada lagi orang yang sudi bagi duit raya kat aku hehe. Tapi taklah sebanyak yang adik² aku dapat. Itulah rezeki namanya.

Seminggu dua sebelum raya hari tu selalu juga dengar lagu ni diputar berulang² kali kat Hot FM. Pasang telinga juga apa tajuk lagu ni tapi selalu terlepas. Akhirnya, baru tadi adik aku bagitau lagu tersebut dinyanyikan oleh Hujan dan Raihan dengan tajuk Salam Aidilfitri Ayahanda dan Bonda. Rupanya inilah lagu best yang si dia bagitau hari tu. Aku bagitau ada satu lagu rock hari raya yang best, tapi bukan dinyanyikan oleh Hujan dan Raihan. Haha…

Ringkas saja. Jom layan video klip lagu ni sambil makan kuih tat.

Dulu Benci Tomok, Tapi Sekarang…

Siapa yang tak kenal Tomok sekitar Y2K dulu. Sebut nama Tomok teringat lagu Sejarah Mungkin Berulang, juga teringat suara sengaunya ketika mendendangkan lagu jiwang leleh sampai cair taik telinga.

Aku masih ingat di sekolah dulu. Pelajar² perempuan memang tak boleh dengar nama Tomok disebut², naik gila jadinya. Melalak-lalak  tergila²kan Tomok. Hari² memekak dengan lagu² kumpulan New Boyz. Wekk..nak muntah dibuatnya.

Ada sorang pelajar baru baru masuk sekolah. Muka ada la iras² Tomok sikit. Serta-merta meja dia dipenuhi surat² secret admirer setiap pagi. Cakap nak berkenalan, tapi tak nak tonjolkan diri. Dia pun bolayan jelah haha. Jadi cikgu MRSM rasanya sekarang ni.

Benci Tomok.

Itu dulu, zaman dia baru menapak dalam industri muzik tanah air. Sekarang Tomok bangkit memperbaiki kelemahannya dulu.

Tomok kini tidak lagi sengau. Suara dah best. Tak percaya? Usya Tomok membuat ‘konsert’ Crazy in Love di pentas OIAM baru² ini. Teruja beb!

Read more

Proton Satria Neo CPS

proton-satria-neo-cps

Februari lepas Proton melancarkan siri minor evolusi bagi Proton Satria Neo terdahulu yang dilengkapi dengan enjin Campro CPS (Cam Profile Switching) yang diberi nama Satria Neo CPS. Keluaran siri kedua bagi Satria Neo ini ibarat ingin mengulangi kejayaan Proton Satria GTi yang menjadi kegilaan jejaka suatu ketika dahulu (aku pun hehe).

Selain enjin, Proton juga menukar dari sudut exterior kenderaan untuk menampakkannya lebih sporty dengan body kit ala² Proton Satria GTi. Manakala bahagian dalaman tiada perubahan kecuali kusyen kulit berwarna hitam berjalur merah, menonjolkan sifat orang berjiwa muda.

Spesifikasi Proton Satria Neo CPS 1.6L

Read more

Hantu Hospital Likas

Macam mana sambutan valentine’s day semalam eheh. Gurau je.

Lepas Subuh tadi layan movie jap, pastu nak sambung mimpi. Tapi aku tersedar dengan dada berdebar² sebab mimpi yang agak menakutkan huhu. Taknaklah cerita, bukan itu tujuan posting hari ni.

Aku terjumpa video ni kat Youtube pagi tadi. Banyak video hantu yang aku jumpa tapi tak senyata yang ini. Yang lain² setakat ni aku jumpa cuma nak terkejutkan orang, buat², lawak dan menipu orang je. Tapi yang ni, mulut aku terdiam kejap. Cuba nilaikan. Aku nak tau juga pandangan pembaca blog aku ni macam mana.

Read more

Blog Widget by LinkWithin