Browsing articles in "Video"
Jan 29, 2012

Makna Tersirat Lagu Aku Maafkan Kamu – Malique Ft Jamal Abdillah

maliqueibrahim Makna Tersirat Lagu Aku Maafkan Kamu   Malique Ft Jamal Abdillah Lagu Aku Maafkan Kamu hasil nyanyian Malique dan Jamal Abdillah acapkali kita dengar di corong-corong radio sekarang ni. Mula-mula lagu ni menusuk ke halwa telinga saya langsung tak faham makna setiap bait liriknya. Selama ini saya cuma layan lagu Aku Maafkan Kamu ni sekadar satu lagu hiburan yang kena dengan selera saya, lagi-lagi apabila ianya dinyanyikan oleh Malique, salah seorang tonggak utama kumpulan duo Too Phat bersama dengan Joe Flizzow si Mr. President.

Bila lagu ni didengar berulang-ulang kali, terlalu banyak yang sukar untuk difahami. Kenapa lagu Aku Maafkan Kamu ni terlalu puitis dan penuh makna tersirat agaknya ye? Saya faham gaya hip hop sememangnya diluahkan dalam bahasa yang sengaja disembunyikan maknanya. Tapi lagu ni lain sikit.

Disebabkan lagu ni terlalu puitis, bermacam-macam tafsiran pendengar boleh andaikan. Ada yang kata lirik lagu Aku Maafkan Kamu berkisarkan tentang hidup seorang penagih atau banduan yang kebiasaannya disisih masyarakat. Atas sebab itu Jamal Abdillah dipilih untuk featuring dengan Malique sebagai ‘pelengkap’ lagu Aku Maafkan Kamu. Maaf, bukan nak jatuhkan maruah Jamal Abdillah. Ini hanyalah tafsiran individu berdasarkan apa yang difahaminya.

Ramai orang membuat tafsiran dan andaian sendiri berkenaan dengan lagu Aku Maafkan Kamu ni. Bagi saya semua tafsiran ini tiada yang salahnya sehinggalah Malique sendiri menceritakan maksud sebenar lirik lagu Aku Maafkan Kamu.

Baca Seterusnya »

Jan 14, 2012

Video Korporat Perpustakaan Baru UTHM

Hari ni tak sempat nak publish entri baru sebab ada kerja nak disiapkan secepat yang mungkin untuk klien. Jadi hari ni sekadar nak tunjuk Video Korporat Perpustakaan UTHM yang baru saya dapat melalui Facebook tadi. Tak sangka macam ni rupanya. Rasa macam dalam PICC. Sebenarnya saya suka cara persembahan video ni. Menarik. Apa-apa pun, enjoy icon wink Video Korporat Perpustakaan Baru UTHM

Info: Dibuka kepada pelajar pada Julai 2010. Mempunyai keluasan 16,000 meter persegi dan boleh memuatkan 300,000 naskah koleksi. Noleh menampung lebih kurang 3,000 pengguna dalam satu masa. Mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam. - Sumber: Perpustakaan UTHM

Bila saya nak sambung Masters kat UTHM ni ye? icon biggrin Video Korporat Perpustakaan Baru UTHM

Kredit: Mohd Romadan Hamzah

Dec 20, 2011

Fenomena Oley MatLuthfi90

Menjelang akhir tahun 2011 ni wujud satu lagi fenomena yang makin hari makin berkembang pengikutnya sejak video pertama dikeluarkan pada 14 Disember 2011 yang lalu dengan tajuk Oley! : “Hudud Allah”. Video ni sebenarnya adalah balasan kepada video yang dikeluarkan oleh Sembang Rakyat yang mengutuk hukum hudud secara terang lagi nyata. Tak nak cerita panjang pasal ni, nanti ada yang cakap entri ni berunsurkan politik pula sedangkan apa yang nak disampaikan adalah berkisarkan tentang hukum yang Allah s.w.t. kita tetapkan.

Saksikanlah video Oleh! : “Hudud Allah” ni untuk pemahaman yang lebih jelas tentang perlaksanaan hukum hudud. Menariknya video ni adalah penampilan khas daripada vlogger terkenal selepas Anwar Hadi iaitu Mat Luthfi dan juga Bob Lokman. Erk…Bob Lokman? Sila abaikan soal politik kejap eheh. Oo ye, video ini menduduki tangga ke-17 dunia dalam Youtube dengan viewers hampir 150,000 dalam masa dua hari selepas ia ditayangkan. Pergh, gile kentang!! Baca Seterusnya »

Mar 24, 2011

Video Remaja Terjun Dari Bangunan KB Mall

Baru saja dapat berita berkenaan seorang remaja perempuan yang ingin cuba membunuh diri dengan terjun dari atas bangunan KB Mall pada petang tadi. Punca sebenar masalah remaja tu belum lagi dapat diketahui tapi kat Facebook dah ramai yang buat andaian sendiri. Kena rogol, terlanjur, kecewa dengan result SPM kelmarin, macam-macam lagi andaian orang yang hanya mahu mensensasikan sesuatu yang belum lagi pasti. Status agama remaja perempuan ni belum lagi dikenalpasti. Berikut adalah dua video dari sudut rakaman berbeza:

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks