Browsing articles in "Video"
Mar 12, 2011

Video Tsunami di Jepun Terburuk Dalam Tempoh 140 Tahun

Semalam dunia digemparkan dengan peristiwa bencana alam yang paling ditakuti pada abad ini iaitu bencana tsunami yang melanda perairan timur laut negara Jepun dengan gempa bumi bermagnitud 8.9 skala Richter, hanya 0.1 skala Richter kurang daripada gempa yang melanda Acheh pada tahun 2004. Kejadian tsunami kali ini dikatakan adalah yang paling teruk dalam sejarah Jepun bagi tempoh 140 tahun dengan sebuah kapal besar yang hanyut merempuh ke arah tembok penahan di bandar Kesennuma dalam wilayah Miyagi. Ombak setinggi 10 meter telah mengakibatkan kemusnahan besar daerah tersebut dan sekurang-kurangnya satu kebakaran bangunan telah berlaku.

Pihak berkuasa Rusia pula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan kira-kira 11,000 orang penduduk dari kepulauan Pasifik bagi mengelak sebarang kejadian mangsa tsunami berlaku. Manakala di Indonesia pula amaran tsunami dikeluarkan kepada penduduk timur negara itu termasuk Papua, Maluku dan Utara Sulawesi berikutan ada kemungkinan tsunami akan melanda kawasan tersebut susulan daripada yang berlaku di Jepun. Baca Seterusnya »

Mar 10, 2011

Video Tomboi Membunuh Anak Kucing

Arrgghh!! Hati aku serta-merta terasa PANAS selepas melihat video seorang perempuan yang berpewatakan seperti seorang tomboi membunuh seekor anak kucing dengan menyeksa menggunakan payung hujan sebelum memijak-mijaknya tanpa sedikit pun rasa belas kasihan walaupun ia sudah tidak bernyawa. Sama ada si tomboi tersebut sedar atau tidak, perbuatan kejamnya telah dirakam oleh sebuah CCTV di Serdang dan video ini telah tersebar secara meluasnya di laman Facebook dan blog-blog tempatan.

 

Ini pula adalah surat permohonan maaf si tomboi tersebut kepada seluruh masyarakat atas perbuatan kejamnya yang dihantar ke NTV7 selepas mendapat kiriman SMS berunsur ugutan dan mengancam keselamatan dirinya. Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks