Browsing articles in "Wordpress"
Dec 31, 2011

Amirez (dot) com Kini Menyokong Mobile Theme

Dulu blog Amirez (dot) com ni pernah install mobile theme tapi kena buang balik bila WordPress dikemaskini kepada versi 3.0. Saya pernah buat satu entri bertajuk Amirez.com Versi Smartphone yang diterbitkan pada 15 Oktober 2010, lama dah. Maknanya dah lebih daripada setahun blog kerdil saya ni tak mesra-pengguna-smartphone hehe.

Beberapa hari yang lepas bro WR ada buat satu entri tentang Mobile Theme untuk WordPress. Masa tulah baru tergerak hati nak install mobile theme plugin untuk blog saya ni. Kalau pengguna Blogspot rasanya blog diorang akan ditukarkan secara automatik kepada versi mobile theme yang lebih ringan dan ringkas untuk dilayari oleh pengguna-pengguna smartphone.

Kalau bro WR guna WPtap, saya pula guna WpTouch yang baru dikemaskini pada 19 Oktober yang lepas untuk disesuaikan dengan WordPress versi sehingga 3.3 (yang terkini semasa entri ini ditulis). Dah install dan dah cuba layari blog saya ni melalui Samsung Galaxy S II tadi. Paparannya cukup memuaskan, jauh lebih ringan daripada melayari dengan theme utama ni.

WpTouchMobileTheme Amirez (dot) com Kini Menyokong Mobile Theme

WpTouch: Download

Antara kelebihan dan beberapa mobile theme yang menarik bolehlah baca di HadiHanafee.com.

Dec 4, 2011

Wajah Baru untuk Tahun Baru 2012

Haha, lambat lagi nak masuk tahun baru 2012 tapi saya macam dah tak sabar-sabar nak tukar wajah blog ni. Dah lama sebenarnya nak tukar tapi rasa sayang pula dengan theme sebelum ni yang saya modified hampir 60% daripada theme asal. Lagi banyak modified lagilah bertambah rasa sayang nak tukar. Revamp theme pun dah banyak sebenarnya tapi bila nak install je mesti tak jadi. Kali ni betul-betul nekad, tahun 2012 kena guna theme baru. Biarlah tak nampak beza sangat dengan theme original, yang penting Amirez (dot) com berwajah baru.

Theme ni belum lagi siap revamp sepenuhnya. Kalau korang perasan ada beberapa tempat dalam theme ni yang nampak kurang kemas. Sengaja dibuat tak kemas sebab ada penambahan sikit nanti pada bahagian yang nampak kosong tu. Tak nampak? Carilah sendiri hehe.

Esok saya sekeluarga awal-awal pagi lagi akan bertolak ke Batu Pahat, Johor ikut laluan Pasir Puteh – Kuala Terengganu – Kuantan – Segamat – Batu Pahat. Bestlah ‘Iffah Nur Iman dapat pergi tiga negeri esok icon biggrin Wajah Baru untuk Tahun Baru 2012 Dah lama tak drive ke Johor yang selalunya makan masa sekitar 9 ke 10 jam perjalanan. Rindu betul dengan bubur ayam dengan roti nan cheese kat Batu Pahat. Memang sedap. Masa belajar dulu kedai makan tu antara favourite saya kalau ke Batu Pahat, tapi taklah makan selalu kat situ. Student dulu mana ada banyak duit macam student sekarang eheh. Sedar tak sedar dah nak empat tahun dah rasanya tak ke Johor sejak graduate dari UTHM dulu.

Lusa pula kami akan bertolak ke KL atas dua urusan. Pertama, nak ambik bagasi kami kat Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya. Kenapa kena ambik sendiri? Sape-sape yang belum tau cerita tu nanti saya akan cerita dalam entri akan datang, saya akan masukkan dalam pengalaman ketika kami berada di Madinah dan Makkah baru-baru ni.

Urusan kedua pula cuma nak jumpa adik yang belajar kat UiTM Shah Alam. Ada dokumen penting dia kena sign. Nak tunggu dia balik terpaksalah bersabar hingga bulan Februari 2012 nanti. Saya boleh sabar, tapi dokumen ni tak boleh hehe. Mesti nak selesai cepat. Lambat setel, macam-macam masalah pula yang datang.

Jadi cadangnya blog ni dapat dihiasi dengan theme yang dah siap diubaisuai sepenuhnya menjelang tahun baru 2012 nanti. Rasanya tak banyak perubahan, cuma sekadar nak tukar mood. Cuma nak mintak pendapat korang dengan theme baru ni. Komenlah apa yang patut, ataupun sumbangkan sebarang idea untuk menjadikan theme ni lebih unik. Kadang-kadang saya buntu juga nak revamp. Harapnya dapat bantuan daripada rakan-rakan blogger sekalian icon smile Wajah Baru untuk Tahun Baru 2012

Beberapa perubahan akan dibuat dalam blog ni. Antaranya:

Tagline

Tagline blog ni akan ditukar. Bukan lagi Diam Diam Ubi Kayu. Apa yang ubi kayunya? Haha, itu nanti saya akan cerita kenapa saya guna tagline macam tu. Tagline baru ni lebih santai sebab lepas ni tak ada lagi dah tutorial ataupun tips yang berkaitan dengan blog dalam blog ni. Tutorial-tutorial tersebut akan dibuat dalam blog baru saya yang difokuskan khusus untuk kategori blog. Mungkin ramai yang tak tau blog baru saya tu walaupun dah up sejak bulan 9 lepas lagi. Nanti-nantilah saya reveal nama blog tu hehe. Namun begitu… chee wah ayat…. tutorial yang selain daripada blog, wordpress dan yang sewaktu dengannya masih lagi dikekalkan dalam blog ni. Contohnya macam Tutorial Jadikan Laptop Sebagai Wayerless Router.

Header

Buat pertama kalinya saya akan berikan header kepada blog ni. Kesian dia, blog lain ada header, blog ni tak pernah pun ada header melainkan logo blog je. Itupun sekadar tulisan, tak ada design logo spesifik pun. Langsung tak ada identiti. Harapnya dengan adanya header nanti dapatlah memberikan sedikit identiti buat blog picisan ni. Sama ada saya reka sendiri atau upah designer, itu belum diputuskan lagi.

Slot Iklan Percuma

Sebelum ni saya dah sediakan dah satu page untuk sebarang penerangan tentang iklan. Tapi dari awal blog ni wujud sampailah sekarang page tu terbengkalai gitu je. InsyaAllah saya akan update page tersebut tak lama lagi, dan yang lebih penting ianya adalah percuma icon wink Wajah Baru untuk Tahun Baru 2012

Facebook Fan Page

Sebelum ni saya segan nak letak Facebook Fan Page untuk blog ni. Blog pun bukannya bagus sangat. Tapi dalam 2012 ni saya akan cuba susun blog ni dengan lebih baik, bukan sekadar blog melepaskan batuk di eskalator. Sudi-sudikanlah untuk like nanti ye hehe.

Liveblog

Dalam masa terdekat ni juga saya akan buat liveblog dengan design yang lebih simple, sesuai dengan isi kandungannya yang juga simple. Bila? InsyaAllah sebelum 2012 menjelang icon smile Wajah Baru untuk Tahun Baru 2012

Itu antara beberapa perubahan yang akan dibuat dalam masa terdekat ni. Mungkin reward PunchTab pun ada sikit penambahan hadiah, tengok rezeki macam mana. Nak hadiah gempak silalah buat solat hajat setiap hari hehe. Saya harap akan terus mendapat sokongan daripada rakan-rakan blogger mahupun facebook dengan hobi saya ni.

Majulah Blogger untuk Malaysia icon biggrin Wajah Baru untuk Tahun Baru 2012

Sep 28, 2011

Cara Mudah Buang Shareaholic Firefox Extension Pada WordPress Dashboard

Sejak update plugin SexyBookmarks kepada versi 4.0.6.2 ni muncul satu promo bar yang agak mengganggu di bahagian atas dashboard WordPress yang menyarankan kita untuk install firefox extention daripada shareaholic macam gambar kat bawah ni:

dashboardwp Cara Mudah Buang Shareaholic Firefox Extension Pada Wordpress Dashboard

Promo bar ni takkan hilang walaupun kita dah install shareaholic firefox extension sebagaimana yang korang perasan logonya kat sebelah kiri address bar dalam gambar kat atas. Jadi macam mana cara untuk buang promo bar ni? Cara paling mudah semestinya dengan uninstall plugin SexyBookmarks tapi macam mana cara kalau kita nak kekalkan SexyBookmarks tanpa diganggu oleh shareaholic firefox extension promo bar ni? Ikut langkah-langkah mudah seperti berikut: Baca Seterusnya »

Jul 4, 2011

Statistik Bulan Jun 2011 Amirez [dot] Com

Salam 1Malaysia. Dah masuk hari keempat dalam bulan Julai baru nak buat entri statistik untuk bulan Jun ni eheh. Lewat sikit bukan apa, ada beberapa perkara lebih penting yang aku kena selesaikan dulu. Tinggal masa lebih kurang 3 bulan saja lagi sebelum blog ni tak berupdate, ataupun dibiarkan update dengan sendirinya dengan schedule post yang akan aku buat nanti, kalau adalah hehe.

Ok. Tak nak cakap banyak, ini adalah statistik blog aku yang tak seberapa ni sepanjang bulan Jun 2011 yang lepas. Sebelum tu, sekali lagi aku nak tegaskan kat sini bahawa entri ini langsung tiada niat untuk menunjuk-nunjuk atau bangga-bangga dengan pencapaian yang aku kira masih lagi seciput. Ramai lagi blogger lain yang jauh lebih hebat. Ini hanyalah motivasi untuk diri aku sendiri dan juga kepada sesiapa saja yang nak memotivasikan dirinya. Harap tak adalah yang duk cakap tak elok kat aku huhu.

Google Analytic

Kita tengok statistic yang pakcik Google buat ni dulu yang semestinya dah jadi panduan kepada sesiapa saja yang nak menilai prestasi blog masing-masing. Kalau tak jelas, boleh klik untuk besarkan gambar ni.

2 5 Statistik Bulan Jun 2011 Amirez [dot] Com

Baca Seterusnya »

Komen Terkini

Pengomen Terhangat

4 comments
mira
3 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
2 comments
1 comment

Kategori

Arkib

  • Partner links

  • Get paid with Backlinks